Monday, May 30, 2016

Iktibar Sarawak untuk Sungai Besar, KK

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan

"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62) 
UMNO tidak wujud di Sarawak. Dan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) yang diketuai Parti Bumiputera Bersatu (PBB) menyapu 72 daripada 82 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) 7 Mei lalu membayangkan Umno tidak akan dapat mewujudkan sayapnya di Bumi Kenyalang buat masa yang lama. Jadi tidak betullah dakwaan pemimpin Umno bahawa jika Umno tiada, 'bangsatlah' bangsa Melayu kerana di Sarawak tiada Umno!
Penganalisis politik berkata Umno hanya boleh 'kacau daun' jika kedudukan BN di Sarawak goyah. Sekarang BN Sarawak pimpinan KM Adenan Satem kukuh, jadi 'minta maaflah' - Umno tidak diperlukan dan diminta 'main jauh-jauh' dari Sarawak. Atau ia tidak diperlukan 'dulu, kini dan selama-lamanya'.
Dulu semasa berkuasa (lebih tiga dekad), KM Taib Mahmud yang bersara pada 2014, berkata parti rasis Umno tidak diperlukan di Sarawak. Pemimpin tertinggi Umno pun tidak berani menyanggah kenyataan Taib itu. Malah sesetengahnya seperti TPM ketika itu, Muhyiddin Yasin memberi jaminan bahawa Umno tidak ada niat untuk mengembangkan sayap ke negeri itu.
Penganalis politik berkata Umno tidak ada sebab masuk Sarawak selagi PBB masih berfungsi seperti Umno. Bezanya Umno dianggotai orang Melayu tetapi PBB dianggotai Bumiputera Islam dan bukan Islam (Iban). Keadaan berlainan di Sabah di mana Umno berkesempatan terbabit dalam perjalanan politik negeri itu.
Di Sabah kewujudan Umno adalah kerana faktor terdesak apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar BN menjelang PRU 1990. Umno mengambil kesempatan mengembangkan sayap selepas pemerintah PBS keluar daripada BN. Di Sabah Bumiptera bukan Islam pun boleh menyertai Umno.
Pada PRN Sarawak baru-baru ini, BN yang diterajui PBB menang besar. Natijahnya ia bermakna Sarawak dan rakyatnya tidak perlukan Ummo. Umno diminta 'main jauh-jauh'. Namun pada pilihan raya itu ramai pemimpin Umno 'berkampung' di Sarawak. Antaranya, Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon yang maut dalam nahas helikopter di Bumi Kenyalang itu. Turut terkorban bersamanya adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar (KK), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Sekarang ini gegak gempita politik dihalakan kepada kemungkinan pilihan raya kecil Sungai Besar dan KK. Kedua-duanya adalah kawasan tradisi ditandingi PAS. Majoriti pengundi Sungai Besar dan KK adalah Melayu (lebih 60 peratus). Cakap-cakap politik sudah banyak didengari; ini termasuklah 'perebutan' di kalangan parti-parti bukan BN untuk mengemukakan calon. Misalnya PAS dan parti serpihannya PAN (Amanah) sudah memukul gendang masing-masing.
Adalah hak masing-masing berbuat demikian tetapi amat-amatil apa yang berlaku pada PRN Sarawak. Terimalah hakikat bahawa PAS 'dibelasah' 11-0 manakala PAN 13-0. PAN bertanding 13 kerusi semuanya kalah; demikian juga PAS bertanding 11 kerusi tak menang satu pun sedangkan pemimpin dan medianya heboh dengan kelahiran anak sulung, malah ada menyebut anak sulung kembar dua, tiga malah sampai 11!
Selain 'masalah' antara PAS dan PAN, terimalah hakikat bahawa pertindihan kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan (misalnya antara DAP dan KEADILAN) tidak menyenangkan rakyat. Pihak yang gembira adalah BN yang akhirnya diberi mandat jitu oleh rakyat menyebabkan KEADILAN hanya berjaya mengekalkan tiga kerusi manakala DAP hanya tinggal tujuh kerusi saja.
PRN Sarawak sudah menghantar 'signal' jelas kepada parti-parti anti-BN. Kegagalan kamu 'bersatu' membawa padah; ambillah iktibar...jika perkara ini diulangi pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan KK malahan pada PRU akan datang kamu sebenarnya menempah kecundang dan ini sekali gus memusnahkan harapan sebahagian besar rakyat yang sudah bosan dengan segala 'kejelekan' Umno BN sebaliknya mahu negara ini ditadbir oleh pihak terbaik yang sentiasa patuh kepada Yang Maha Kuasa!

1 comment:

Unknown said...


SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI ALIH,, TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI ALIH DAN AKHIRNYA AKI ALIH MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI ALIH SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI ALIH …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI ALIH: (((_082 313 669 888_))), ATAU




KLIK DISINI 4d 5d 6d





Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan dan alhamdulillah saya dpat Rp 257 juta dan semuaini
berkat bantuan angka dari AKI ALIH]
karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
hubungi AKI ALIH] DI Nomor Ini (((_082 313 669 888_))),
insya allah beliu akan menbatu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang Aki Bisabantu Anda trima kasih.?



وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ