Tuesday, July 2, 2013
Parti Islam diharapkan kembalikan maruah ummah
********************DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
*****************
Renungan
******************
"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan atsar (bekas-bekas) yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab induk yang nyata. (Lauhul Mahfuzh)." - Surah Yasin, ayat 12)
****************************
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita dipanjangkan usia bagi memuzakarahkan isu-isu semasa. Di ambang Ramadan ini kita ingin mengucapkan tahniah di atas kemenangan parti-parti Islam termasuk yang telah berjaya membentuk kerajaan manakala yang lain semakin kukuh kedudukannya di persada negara masing-masing.
********************************
Rejim pro-Barat atau sosialis di negara umat Islam seperti Bangladesh dan Syria ternyata tidak dapat diharapkan pergantungan malah pemimpinnya sanggup membunuh rakyat sendiri terutama pejuang Islam secara besar-besaran semata-mata untuk mengekalkan kuasa.
*********************************
Parti-parti Islam berjaya dalam pilihan raya di negara seperti Mahgribi (Parti Keadilan dan Pembangunan), Tunisia (Pergerakan Trend Islam, Ennahdha) dan gabungan Ikwanul Muslimin melalui partinya, Parti Kebebasan dan Keadilan (AJP) di Mesir manakala di negara kita sendiri PAS semakin kukuh kedudukannya.
********************************
Di samping bersyukur ke hadrat Illahi di atas nikmat kemenangan ini, kita berharap dan mendoakan parti-parti Islam yang membentuk kerajaan ini dapat menyemarakkan seterusnya mengembalikan maruah umat Islam yang telah dihina sejak sekian lama. Sejak zaman penjajahan dan jatuhnya kedaulatan kerajaan Islam terutama hancurnya pemerintahan Uthmaniyah pada tahun 1924, nasib umat Islam sebahagian besarnya bergantung kepada kuasa-kuasa besar yang mencatur dunia mengikut nafsu mereka.
**********************
Hari ini legasi cengkaman Barat terus kukuh di dunia Islam; mereka bukan saja ‘membaham’ negara ummah seperti Palestin, Iraq dan Afghanistan tetapi meneruskan penjajahan pemikiran dan teknologi yang melumpuhkan umat Islam seluruhnya. Bukan saja umat Islam yang tunduk kepada apa didakwa kemajuan oleh dunia Barat tetapi pemerintah Islam juga tunduk akur kepada kehendak Washington, London dan Moscow. Agak mengusarkan apabila penguasa di Washington kononnya lebih tahu tentang Islam seterusnya mengarahkan bonekanya yang menerajui negara umat Islam pro-Barat mengamalkan Islam mengikut kehendak mereka.
***************************
Kini dengan kesedaran tinggi umat Islam yang memberikan kemenangan kepada parti-parti Islam menerajui negara, adalah diharapkan pihak ini dapat kembali mengembalikan maruah ummah. Tidak guna pucuk kepimpinan bertukar tangan tetapi permasalahan umat Islam tetap sama. Kita menaruh harapan besar agar pemimpin baru ini dapat mengukuhkan ikatan perpaduan ummah sejagat yang sudah pun terasas melalui pembentukan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk ke tahap lebih tinggi.
************************
Jika dulu OIC tiada kemampuan untuk menangani secara berkesan permasalahan umat Islam global seperti isu Palestin, Iraq, Afghanistan dan kezaliman dilakukan ke atas umat Islam minoriti seperti di Kashmir (India), Xinjiang (China), Pattani (Thailand), Mindanao (Filipina) dan Arakan (Myanmar-Burma), kini pemimpin-pemimpin parti Islam yang sudah menerajui negara diharapkan dapat melakukan tindakan berkesan.
*************************
Jika dulu OIC, negara serta umat Islam hanya mendiamkan diri ketika Amerika menghancurkan bumi Iraq dan Afghanistan, kini kita menaruh harapan pemimpin parti Islam yang sudah menerajui negara ini menjalankan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di bumi Allah ini. Jangan sesekali membiarkan umat ini dihina, lakukanlah sebagaimana Khalifah Al-Mutassim yang menghantar bala tenteranya hanya kerana seorang muslimah dijatuhkan maruahnya!
**********************
Sekalipun kita menaruh harapan yang tinggi kepada pemerintah baru ini, kita berdoa agar apa yang berlaku di Afghanistan selepas kumpulan Mujahidin mendapat kuasa di Kabul selepas menewaskan tentera Soviet Union pada 1989 dulu tidak berulang.
*******************************
Kumpulan Mujahidin berpeluang memakmurkan Afghanistan namun terus bertelagah, negara menjadi huru-hara, kemudian Taliban mendapat kuasa dan diakhiri oleh serangan dahsyat oleh penjarah Amerika Syarikat yang diketuai si laknatullah George W Bush. Afghanistan kembali dikuasai oleh rejim pro-Barat, ternyata pemimpin Islam telah mensia-siakan peluang; kita berdoa hal ini tidak berulang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment