Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
***************
Renungan
"...Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba'), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orag-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih." (Maksud Ayat 108 Surah At-Taubah)

DI Masjid Nabawi dan Masjidilharam tiada peti atau tabung derma. Jadi sukarlah jemaah mahu menderma seperti di masjid-masjid di Malaysia yang kebanyakannya menyediakan tong malah kotak derma beroda pada hari Jumaat.
Sebelum berangkat menunaikan umrah tempoh hari, ada saudara dan taulan menyerahkan sejumlah wang kepada saya untuk didermakan di Tanah Suci. Saya berfikir takkan semua wang itu mahu diserahkan kepada pengemis dan peminta-peminta di dalam dan luar masjid.
Ada sahabat mengesyorkan sebahagian wang itu dibahagi-bahagikan kepada pekerja-pekerja beruniform di Masjid Nabawi dan Masjidilharam. Masa kecil-kecil dulu, saya ada terdengar orang kampung bercerita bahawa mereka adalah 'khadam' masjid yang telah menyerahkan seluruh jiwa raga mereka kepada jalan Allah malah tiada keinginan pada dunia seperti berkahwin.
Atas usaha mengagihkan-agihkan wang itulah saya berkenalan dengan sejumlah 'khadam'. Ada ribuan 'khadam', kebanyakannya dari benua kecil India (India, Pakistan dan Bangladesh) tetapi disebabkan kekangan bahasa, tidaklah dapat saya berbual lancar dengan mereka.
Alhamdulillah ada sejumlah 'khadam' dari Indonesia, jadi dapatlah saya 'mengorek' cerita mereka. Kata seorang daripadanya yang berasal dari Jawa Tengah, ada hanya kira-kira 100 warga Indonesia daripada ribuan pekerja itu.
Beliau berkata tidak betul 'khadam' tiada berkeinginan kepada dunia. "Kami dikontrak di sini dua tahun. Selepas itu diberi cuti panjang untuk balik kampung. Kalau mahu sambung kontrak, boleh saja, kalau tak mahu tak payah ke sini lagi.
"Kami di sini diberi gaji 700 riyal sebulan. Tolak makan dan belanja, ada berbaki 500 riyal untuk disimpan atau hantar balik kampung. Apa yang seronok di sini uniform, kediaman, pengangkutan adalah gratis (percuma) dan yang paling mustahak dapat sentiasa solat berjemaah di masjid. Alhamdulillah."
Berkenaan 'khadam' ini, ada pembaca mencoretkan kisah kebaikan seorang daripadanya.
----------------
DISEBABKAN sudah beberapa kali ke Tanah Suci, tidak menjadi masalah untuk aku ke Masjid Nabawi sendirian.
Pada hari pertama di Madinah, aku tidak sempat bersembahyang fardu Subuh di masjid yang turut menempatkan makam Rasulullah s.a.w.
Untuk menunaikan fardu Zuhur, aku pergi awal ke masjid. Aku pergi ke satu sudut lengang, tidak jauh dari pintu yang aku gunakan untuk memasuki masjid.
Selepas bersembahyang sunat, aku duduk dan bersandar di pangkal tiang untuk membaca Quran.
Secara kebetulan aku ternampak sekeping wang kertas Arab Saudi bernilai 50 riyal terletak di tepi pangkal tiang tersebut.
"Wang siapakah ini?" aku bertanya diriku sendiri.
"Siapakah yang meletakkannya di sini?"
Kata orang di dalam Masjid Nabawi, di salah satu pangkal tiangnya merupakan tempat seseorang meminta sesuatu.
"Tidak...," bisik hati kecilku.
"Wang ini bukan untukku. Ada orang tercicir wang itu. Berkemungkinan pekerja masjid yang meletaknya di sini...," hati kecilku berkata lagi.
Aku dengan segera berpindah tempat duduk.
Aku mengingatkan diriku keikhlasan hatiku sedang diuji.
Aku diberi peluang menemui wang itu agar reaksiku dapat dikenal pasti. Aku percaya akan diberi ujian lagi pada hari-hari berikutnya.
Aku perlu berhati-hati. di Tanah Suci (Madinah dan Makkah), seseorang jemaah haji atau umrah ada kalanya diuji keimanannya dengan berbagai-bagai cara.
Aku lalu memohon kepada Allah supaya diberi hidayah dan petunjuk.
Selepas beberapa hari berada di Madinah, aku dan ahli-ahli rombongan umrahku dibawa ke Makkah pula.
Pada hari terakhir aku di Makkah, selepas bersembahyang fardu Zuhur, seorang pemuda, agakku dari Pakistan mendekatiku.
Dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang mahasiswa di pusat pengajian tinggi. Dia bertutur dalam bahasa Inggeris.
Dia mendakwa kesempitan wang dan merayu bantuanku.
Pada masa itu aku mempunyai wang sebanyak 150 riyal. Aku berhasrat menyerahkan wang tersebut kepada pemuda itu.
Tiba-tiba seorang pekerja masjid berdiri tegak di hadapan pemuda tadi. Dia berbicara dalam satu asing, agakku bahasa Urdu.
Aku tidak faham apa yang mereka perkatakan. Yang lebih banyak bercakap pekerja masjid itu.
Dia berkata-kata dengan nada agak keras. Sejurus kemudian pemuda itu meninggalkan tempat itu dan terus menghilangkan diri.
Pekerja masjid itu berbicara denganku pula.
"Saya Akbar...orang Bangladesh. Saya pernah bekerja di Malaysia...di Kuala Lumpur. Encik dari Malaysia...bukan?"
"Ya," jawabku ringkas.
"Pemuda itu pembohong. Di hadapan Kaabah pun dia berbohong. Jangan percaya kata-katanya," dakwa Akbar.
"Terima kasih Encik Akbar," kataku.
Aku bangkit untuk bersembahyang sunat syukur dua rakaat. Aku bersyukur kerana ada insan memberitahu aku rahsia pemuda tersebut. - YUSOFF ISMAIL

Hantarkan artikel anda kepada LanH di e-mel Lanh14@gmail.com
No comments:
Post a Comment