Monday, July 24, 2017

U Masjid (29): Haji, memaksimumkan usaha mencari reda Illahi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
**************


ALHAMDULILLAH, dengan rahmat Allah musim haji datang lagi. Sekarang ini antara topik perbualan terhangat di masjid adalah siapa yang dapat pergi haji, siapa yang tidak. Ada pertanyaan seperti, "di kampung kita ini berapa orang dapat pergi?"

Kepada bakal jemaah haji, diucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi dan tahniah kerana menjadi tetamu Allah. Nikmat Allah dilimpahkan ke atas tuan-tuan sekalian yang telah terpilih menziarahi rumah suci-Nya, terpilih daripada kalangan kira-kira 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia.

Seorang ustaz berkata, lengkapilah diri dengan ilmu agama dengan sesungguhnya sebelum melangkah kaki menuju Tanah Suci. Setiap detik masa ketika di sana amatlah berharga, sentiasalah beriktikad dalam hati bahawa segala ruang masa dapat dipergunakan untuk melakukan ibadah dengan sempurna dan diterima Allah SWT. Ya, memaksimumkanlah usaha untuk mendapat keredaan-Nya.

Selain daripada mengetahui dengan jelas segala rukun dan rahsia batin amalan haji, ketahuilah juga dengan mendalam tentang rukun dan rahsia sembahyang.

Berpegang teguhlah kepada ajaran-ajaran dalam mazhab kita iaitu mazhab Shafie. Insya-Allah, semasa melakukan manasik-manasik haji, kebanyakan mazhab adalah agak serupa.

Tetapi agak berlainan dengan sembahyang terutama menutup aurat bagi lelaki dan wanita dan juga pergerakkan jari telunjuk semasa tasyahud. Jangan samakan mazhab kita dengan mazhab lain, contohnya mazhab Hanafi yang menganggap tumit kaki tidak termasuk aurat wanita yang wajib ditutup ketika bersembahyang. 

Rendahkanlah pandangan mata kita agar terlindung daripada terlihat perkara-perkara yang menimbulkan tanda tanya dan persoalan dalam hati yang membawa kepada was-was dalam ibadat. 

Rapat dan luruskanlah saf ketika bersembahyang. Di tanah air, masjid kita lapang, tetapi di sana ketika musim haji, suasana amat berlainan. Jagalah tertib bersembahyang berjemaah.

Janganlah kerana tidak mahu terpisah dengan teman atau bersembahyang di sebelah jemaah lain yang bukan 'sebangsa' dengan kita, kita tidak mahu berganjak untuk mengisi kekosongan di saf hadapan sehingga saf di hadapan terputus. Ketahuilah bahawa makruh membuka saf baru sebelum saf hadapan penuh. Bergerak cergaslah ke hadapan dan ke kanan.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Luruskan saf, setentangkan antara bahu-bahu, tutupkan celah-celah yang kosong, hendaklah bersikap lembut terhadap tangan-tangan saudara kamu dan jangan barkan ruang-ruang kosong untuk (diduduki) oleh syaitan. Sesiapa yang menyambung saf nescaya Allah akan menghubunginya (mengasihinya) dan sesiapa yang memutuskan saf nescaya Allah akan memutuskan hubungan dengannya." - Hadis riwayat Abu Daud

Sabdanya baginda lagi: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat atas orang yang menyambungkan saf atau sesiapa yang menutup ruang (saf sembahyang) nescaya Allah akan mengangkatnya dengan perbuatannya itu satu darjat." - Hadis riwayat Imam Ahmad

Di dalam Masjidil Haram, disediakan tempat solat khas untuk jemaah wanita. Bagaimanapun, pintu masuk adalah sama untuk jemaah lelaki dan wanita. 

Bersembahyanglah di tempat yang disediakan. Bagi jemaah wanita, jangan bersembahyang bersebelahan jemaah lelaki, walaupun suami sendiri. Begitu juga sebaliknya. Haram hukumnya bersembahyang bercampur gaul di tempat terbuka dan ia juga meluputkan fadilat pahala berjemaah.

Ada jemaah wanita yang memberitahu saya, tidak mengapa (dibolehkan) bersembahyang di sebelah jemaah lelaki di dalam Masjidil Haram, tetapi tidak ditempat lain. Ini adalah tidak benar. 

Jagalah tertib dan adab kesopanan ketika berada di dalam masjid, lebih-lebih lagi Masjidil Haram, masjid yang paling mulia di muka bumi Allah ini. Walau letih dan lelah bagaimanapun, jangan sekali-kali melunjurkan kaki kita ke arah kiblat dan Baitullah.

Ketika sembahyang, kita bersujud ke arahnya, selepas sembahyang, tergamakkah kita untuk melunjurkan kaki ke arah Rumah Allah yang suci itu? Ada juga yang melunjurkan kaki dengan al-Quran di hujung jari-jari kaki. Kita datang begitu jauh dan inikah adab laku kita di hadapan Rumah Allah RabbulJalil?

Sebaik-baik bekal ialah ilmu agama dan kemuliaan akhlak. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. ketika ditanya, "Siapakah antara mukmin yang paling utama keimanannya? Baginda menjawab: "Yang paling baik budi pekertinya."

Semoga tuan puan sekalian dapat melaksanakan sebaik-baik haji dan mendapat haji makbul dan mabrur. Sentiasalah sematkan di hati bahawa ini mungkin satu-satunya peluang untuk mengerjakan haji yang tidak mungkin terulang kecuali dengan izin dan rahmat Allah. Ingatlah solat di Masjidilharam adalah 100,000 kali ganda ganjaran daripada di masjid biasa manakala di Masjid Nabawi sebanyak 1,000 kali. Kedua-duanya adalah universiti (U) Masjid terulung dan terunggul dunia!

1 comment:

Elah bali said...


DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D ( 8939 )BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 670.JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI href="http://www.masterjituprediksion.gq/2017/06/angka-top-hari-ini-angka-kramat-angka.html?m=kilk@ di SIINI BOCORAN TOGEL HRI INI 2D 3D 4D 5D 6D MANGKUBONO
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI. DI NOMOR INI [[[ 085 203 333 887 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMI KEYAKINAN ANDA DisiniII SEMOGA ANDA BISA SEPERTI SAYA SEKELUARGA. BELI RUMAH πŸ†—πŸ†—πŸ†—πŸ•πŸ•πŸ•πŸ•πŸ•πŸ’°ARTIKEL INI SANGAT MEMBANTU GAN..
SILAHKAN MAMPIR