Thursday, July 20, 2017

Agama, akhlak syarat utama pilih suami, menantu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************


SABTU tidak lama dulu penulis menghadiri empat majlis perkahwinan dan satu kenduri arwah. Banyak lagi jemputan penulis uzurkan diri. Mungkin badan sudah panas manakala kepala pusing selepas makan terlalu banyak nasi briani dan minyak, daging serta minum air batu. Demikianlah, orang Melayu 'pulun' habis - ada yang sibuk menikahkan anak dan ada yang terkenangkan arwah tersayang menjelang bulan puasa tidak lama lagi. Itulah sebabnya mereka buat kenduri, kenduri dan kenduri.
Apa yang penulis amati, majlis perkahwinan orang Melayu masa kini melalui evolusi masa, antaranya semua majlis yang dihadiri, tiada satu pun yang mengamalkan makan secara berhidang sebaliknya berdasarkan konsep layan diri - ceduk sendiri dan makan. Layangan petugas adalah minimum - ada gadis dan pemuda yang menghulur buah tangan - kotak kecil mengandungi gula-gula dan coklat (tetapi bukanlah jenis coklat yang disalutkan ke strawberi!). Sekarang hampir tiada buah tangan kotak telur bunga telur.
Khemah orang sekarang pun 'dahsyat-dahsyat'. Walau di ceruk kampung, khemahnya adalah daripada kain yang menyeret hingga ke tanah dan dalam waktu terakhir ini penulis tidak ketemui lagi khemah 'simple' daripada atap zink dan tiang besi. Kalau khemah dibuat daripada buluh, rasanya sudah 10 tahun penulis tidak ketemui.
Pendeknya sudah berlaku pelbagai perubahan dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Ini termasuklah kad kahwin, yang baru-baru ini bapa penulis mengomel. Katanya, apalah budak-budak sekarang, buat kad kahwin, disertakan gambar bakal pasangan pengantin berpeluk-peluk. Masa mereka ambil gambar itu, dia orang ingat dia sudah jadi suami isteri ke?
Budak-budak sekarang sudah melampau, kata pula seorang ustaz ketika majlis Israk Mikraj yang penulis hadiri baru-baru ini. Beliau mengulas tiga dugaan utama seseorang manusia (lelaki) iaitu perempuan, harta dan pangkat. Apabila memperkatakan dugaan perempuan, beliau berkata budak-budak sekarang kalau bercinta, melampaui batas, berlebih-lebih.
Ambil contoh kalau seseorang pemuda itu sedang mabuk bercinta. Pukul tujuh, ketika ke masjid untuk solat maghrib, kita nampak dia di atas motor sedang bercakap dengan 'aweknya' menggunakan telefon awam, pukul 9.30 malam, ketika kita balik dari masjid, dia masih bertenggek atas motor itu, berbual lagi. Apa benda yang sedap sangat agaknya dia bualkan sampai berjam-jam itu? Tak terfikirkah dia maghrib sudah lepas, nanti Isyak dan subuh pun boleh terlepas sama.
Itulah orang sekarang, kata ustaz itu. Belum kahwin boleh bercakap berjam-jam, tetapi selepas kahwin 'silent' (senyap) saja. Sebab masa belum kahwin dulu, dia dah cakap habis-habis, jadi lepas kahwin dia tidak ada bahan nak cakap lagi. Pasangan ini sudah habis modal jadi dia orang 'silent', 'silent', 'silent', alih-alih kita dengar dia orang dah bercerai pula.
Ini berlainan dengan orang dulu, kata ustaz itu. Pasangan pengantin dulu tak kenal satu sama lain. Mereka ikut saja cakap mak bapak. Kalau keluarga mereka dah berkenaan kat seorang anak dara itu, mereka ikut saja. Ketika mula kahwin mereka 'silent' saja, tetapi selepas beberapa tahun kahwin, tup-tup anak dah lapan, 10 dan 12! Itu tandanya apa? Tanda bahagialah tu!
Dalam sebuah kuliah subuh yang penulis hadiri, penceramah dalam bab nikah kahwin, berkata kalau kita sebagai bapa (penjaga) kepada anak-anak gadis, pilihlah bakal menantu yang baik agama dan akhlaknya. Jalankan siasatan dan risikan sama ada bakal menantu solat lima waktu dan menunaikan amalan agama lain. Soalan pertama untuk rombongan bakal menantu, 'budak' tu sembahyang tak, bukan seperti kebanyakan kita yang bertanyakan, dia kerja apa, gaji dia berapa, 'pass' universiti mana dan pakai kereta apa?
Kalau soalan pertama (solat tak?), dia 'fail', lebih baik jangan dijadikan menantu. Orang yang tidak solat, sudah pasti 'fail' dalam bab-bab lain seperti puasa. Kalau dia tidak takutkan Allah, bagaimana dia nak menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dalam rumah tangga, nak memimpin isteri dan anak-anaknya?
Bagi calon isteri pula, carilah juga yang kuat beragama walaupun ciri-ciri lain seperti keturunan, subur (tidak mandul) dan kecantikan juga penting. Janganlah seperti orang sekarang yang suka cari orang glamor seperti artis. Perkahwinan adalah satu ibadat, bukan untuk bermegah-megah, kononnya dapat kahwin artis, pelakon hebat dan sebagainya tetapi agama dan akhlaknya tidak diperhatikan.
Kata ustaz itu, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44. Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT. Sekian, wassalam.
Artikel Kepilan
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan, mengkritik hebahan melampau dan majlis perkahwinan besar-besaran yang dakwanya menyumbang ke arah penyuburan nilai-niai negatif, antaranya pembaziran dan menyalahi hukum agama.
Gambaran dan laporan melampau berhubung perkahwinan seorang artis terkenal dengan seorang usahawan tempatan di dada-dada akhbar baru-baru ini telah menimbulkan persoalan, apakah kesannya kepada masyarakat sehingga mengkesampingkan isu-isu yang lebih penting daripadanya.
Adakah wartawan-wartawan hiburan tidak tahu memilih sesebuah berita atau itulah sahaja sebuah 'current issue'. Sedangkan banyak lagi isu yang boleh diketengahkan untuk tatapan umum.
Yang nyata kesannya kepada masyarakat ialah sehingga menganggap isu-isu itu adalah isu negara, isu terpenting dan kadang-kadang menenggelamkan teguran atau nasihat seorang mufti atau ulama.
Lebih parah lagi apabila isu-isu seperti ini di 'highlight', menggambarkan masyarakat Islam khususnya, gila kepada budaya pembaziran, budaya kemegahan, budaya hiburan. Ia menggambarkan juga di Malaysia ini orang-orang yang penting ialah golongan artis.
Kini, isu percintaan, perkahwinan, persiapan ke arah majlis kenduri perkahwinan melampaui isu-isu lain. Ia bukan saja mendapat penonjolan di dalam akhbar perdana di muka hadapan, tetapi juga mendapat liputan khas melalui TV, satu-satunya media elektronik yang sangat memberi pengaruh.
Semua liputan dan berita seolah-olah pasangan ini pasangan yang cukup 'ideal', melebihi percintaan Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun, Uda dan Dara dan kemegahan membina tugu cinta mereka sama dengan Shah Jahan yang membina Taj Mahal. Tetapi masyarakat yang mabuk dengan isu ini, yang menganggap artis adalah segala-galanya lupa beberapa sejarah pahit yang memalukan.
Perkahwinan sememangnya baik dan seharusnya kita berdoa agar pasangan (tidak saja artis) kekal jodoh sehingga akhir hayat. Tetapi kenapa berita ini menjadi lebih penting daripada yang lain dan digembar-gemburkan oleh media.
Ia sudah menjadi riak, takbur, membazir, melampau dan kadang-kadang sampai melanggar tata susila hukum. Namun apa yang mendukacitakan, ulasan-ulasan dan paparan dari wartawan hiburan seperti ini tidak mengambil kira hal-hal hukum kerana mahu meng'highlight'kan orang-orang seumpama ini.
Antaranya ialah sebanyak tujuh kamera digunakan di Masjid Wilayah Persekutuan bagi tujuan merakamkan upacara perkahwinan. Siaran secara langsung pula dibuat. Pentas khas diletakkan di dalam ruang masjid, satu-satunya rumah ibadah. Seramai 30 krew produksi pula akan bekerja keras.
Memanglah masjid sangat baik dijadikan tempat ijab qabul pernikahan. Tetapi apabila ia menunjukkan seperti melampau, riak dan bermegah-megah, menunjukkan kehebatan, apakah ia baik di sisi agama?
Kita tidak tahu, apakah ia mendapat restu dari pihak pentadbir agama dan masjid di situ? Jika ia direstu dan diluluskan begitu mudah, alangkah malangnya pemikiran sebegitu rupa kerana pihak bertanggungjawab juga terbawa-bawa dengan budaya keglamoran artis-artis.
Bukan masanya lagi apabila ada orang berkata, apa pun yang dilakukan oleh seseorang, itu adalah hak mereka. Memang sesiapa pun boleh mengeluar hantaran berjuta ringgit, belanja majlis perkahwinan berjuta, merancang akad nikah di dalam kolah masjid atau sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit.
Tetapi dalam masa yang sama, tidakkah kita merasa prihatin, sensitif dan peka terhadap enam ratus kanak-kanak yang menghidap sakit jantung, yang melanda kebanyakan keluarga berpendapatan rendah?
Bagaimana dengan nasib mangsa peperangan di Lubnan, Palestin, Iraq dan Afghanistan? Bagaimana dengan nasib masa depan anak dan isteri yang ditinggalkan ini?
Tergamakkah kita memakan juadah dan majlis santai meraikan pengantin, tetapi dalam masa yang sama, ada mereka yang menjerit kesakitan kerana luka dan berpenyakit kronik.
Memang di sisi lain mungkin akan dijawab ia tidak ada kena mengena. Tetapi itulah sebenarnya gambaran masyarakat kita. Jika ia tidak dilakukan oleh pihak yang terlibat, siapakah pula yang bertanggungjawab menggembar-gembur hal ini.
Lebih-lebih lagi para artis di negara kita menjadi 'role model' kepada golongan remaja dan kami percaya kita perlu menyemai budaya yang lebih baik dan bukannya pembaziran dalam melakukan sesuatu.
CAP memandang berat hal ini.

Ia bukan satu tafsiran cemburu tetapi mestilah dilihat dalam bentuk keprihatinan, kepekaan terhadap orang lain yang turut menjadi anggota masyarakat Malaysia. Ia juga satu bentuk budaya bermegah, membazir yang tidak dituntut oleh mana-mana agama mahupun budaya yang sihat.
Kesederhanaan adalah yang terbaik dan CAP mengharap semua pihak dapat mengamalkan sikap dan budaya ini.

1 comment:

Elah bali said...

DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D ( 8939 )BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 670.JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI atau kilk di SIINI BOCORAN TOGEL HRI INI 2D 3D 4D 5D 6D MANGKUBONO
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI. DI NOMOR INI [[[ 085 203 333 887 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMI KEYAKINAN ANDA DisiniII SEMOGA ANDA BISA SEPERTI SAYA SEKELUARGA. BELI RUMAH πŸ†—πŸ†—πŸ†—πŸ•πŸ•πŸ•πŸ•πŸ•πŸ’°ARTIKEL INI SANGAT MEMBANTU GAN..
SILAHKAN MAMPIR