Sunday, August 21, 2016

Presiden AS perlu matang dalam hubungan dengan dunia Islam

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan

"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62) 

TANGGAL 8 November 2016, rakyat Amerika Syarikat akan memilih presiden negara yang ke-45 bagi menggantikan Presiden Barack Obama daripada Parti Demokratik. Setakat ini sangat jelas yang akan terpilih adalah sama ada calon Parti Demokratik, Hillary Clinton atau calon Parti Republikan, Donald Trump. Saingan daripada pihak lain mungkin ada tetapi tiada signifikan. Jika Hillary iaitu isteri bekas Presiden Bill Clinton selama dua penggal, dipilih, beliau akan muncul presiden Amerika pertama di kalangan wanita.

Sangat menarik untuk menilai bagaimana nanti sikap, pendirian dan tindakan Hillary terhadap umat dan negara Islam. Demikian juga sebaliknya, bagaimana reaksi umat dan negara Islam terhadap Hillary, seorang wanita yang memimpin negara dianggap sebagai paling perkasa di dunia masa kini. Di dunia Islam, pemimpin lelaki mendominasi suasana, bagaimana agaknya pemimpin Arab dan Iran yang berjubah dan berserban itu akan bersalaman dan duduk di sebelah Hillary dalam menyambut dan berunding dengannya? Selain itu, bagaimana pula penerimaan gerakan antarabangsa yang dikaitkan dengan Islam seperti IS? Namun, perlu diingat Hillary bukan baru dalam arena antarabangsa kerana beliau pernah menjadi Setiausaha Negara Amerika Syarikat!

Bagi Trump pula beliau diingati semasa kempennya mengesyorkan supaya orang Islam dilarang memasuki Amerika Syarikat. Trump menimbulkan kemarahan di kalangan umat dan negara Islam termasuklah Turki yang baru-baru ini menyaksikan percubaan rampasan kuasa tentera yang nyaris menyingkirkan Presiden Tayyeb Erdogan. Trump awal-awal lagi sudah menujukkan 'belangnya', jadi bagaimana agaknya hubungan Amerika dengan negara dan umat Islam jika dia ditakdirkan menjadi Presiden?

Namun berdasarkan perkembangan semasa, tidak kiralah sama ada Hillary atau Trump menjadi Presiden Amerika ke-45, peneraju negara yang mendakwa kuasa tunggal dunia itu, perlu matang dalam hubungan dengan umat, negara dan dunia Islam. Ini kerana perkembangan terkini di negara umat Islam seperti Turki menyaksikan pemimpin dan parti bernaunsa Islam menerajui kuasa selepas berlaku kebangkitan rakyat manakala di rantau lain seperti di Xinjiang (China), Kashmir (India), Chechnya (Rusia), Mindanao (selatan Filipina) dan Rakhine (Myanmar) umat Islam berterusan ditindas dan dizalimi walaupun dilaporkan sudah diusahakan pelan damai di wilayah bergolak seperti Mindanao yang membabitkan bansa Moro.

Diharapkan Presiden Amerika yang baru tidak mengulangi kesilapan presiden-presiden terdahulu seperti George W Bush yang menyumbang kepada kemusnahan Iraq dan kehancuran Afghanistan. Sebaliknya, Presiden Amerika diharapkan dapat menyumbang dalam menjadikan dunia tempat aman untuk didiami seluruh insan.

Sejarah merakamkan bahawa tentera Amerika yang hebat dan sofistikated itu tidak pernah terbabit dalam peperangan di negara sendiri sebaliknya menunjukkan kejantanan dan membasahi darah bumi yang jauh seperti Timur Tengah, Afghanistan dan Vietnam. Namun, kuasa Ilahi tidak mampu dihalanginya; kini dunia Barat (termasuk Amerika Syarikat) malah di serata dunia gempar dan gentar dengan siri pengeboman dan letupan yang dituduhkan ke pundak IS.

Dunia menanti pemasyhuran Presiden Amerika yang baru (biasanya Presiden Amerika memulakan tugas pada awal tahun baru) dengan penuh harapan, moga-moga beliau dapat menjadikan dunia lebih aman, namun pemimpin negara umat Islam tetap menunjukkan reaksi berhati-hati. Presiden terdahulu seperti Bush Jr dan presiden sekarang (Obama) dilaporkan cuba memahami Islam termasuk mengadakan majlis berbuka puasa untuk sejumlah pemimpin umat Islam, persoalannya aspek Islam mana yang difahami oleh mereka. Malah dengan PM Malaysia, Najib Razak, Obama bermain golf sambil Najib 'mengkempenkan' Islam 'moderate' (sederhana)nya.

Jika Bush melabelkan orang Islam sebagai pengganas selepas serangan ke atas WTC manakala Obama mengambil sikap lebih berhati-hati, diharapkan Presiden baru Amerika lebih matang dalam menghadapi isu membabitkan umat dan dunia Islam. Hari ini berdasarkan perkembangan semasa, dunia terus dihantui keganasan dan sesuatu amat dikesali dan memedihkan ia terus ditudingkan kepada apa didakwa 'pengganas Islam' seperti dilakukan ramai pemimpin Barat termasuk Amerika, tetapi satu hakikat yang disembunyikan kezaliman semakin menjadi-jadi ke atas umat Islam.

Contohnya amat jelas, rejim Israel semakin ganas ke atas umat Islam Palestin, rejim Moscow makin ganas ke atas umat Islam Chechnya, rejim Beijing semakin ganas ke umat Islam Xinjiang, rejim  India mengganasi umat Islam Kashmir, manakala rejim Myanmar (Burma) membiarkan keganasan ke atas orang Islam Rohingya sekali pun negara itu kini dipimpin pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi.

Sehubungan itu, diharapkan Presiden Amerika yang baru, tidak kiralah Hillary atau Trump dapat memahami umat dan dunia Islam dan bagi orang Islam sempena bulan haji yang mulia sekarang ini marilah kita bersama-sama berdoa agar Presiden Amerika tidak lagi melumurkan tangannya dengan darah anak-anak di dunia Islam seperti Afghanistan, Palestin dan Iraq seperti dilakukan presiden-presiden Amerika terdahulu.

1 comment:

77777 said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((_082==313==669==888 _)))insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya

tapi tidak ada satupun yang berhasil..



KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D





Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu

anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:

butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO

MAGNUM / dijamin

100% jebol

Apabila ada waktu

silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: (((_082==313==669==888 _)))


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/






..(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
«´
_ ¨`»082==313==669==888
..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..


الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل