Friday, January 11, 2013
Perhimpunan Kebangkitan Rakyat: Bagaimana dan apa wanita fikirkan?
*********** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ************* Renungan ************ "Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21) ************************
MENURUT satu mitos Greek, lelaki dikatakan berasal dari planet berlainan daripada perempuan. ‘Men are from Mars, women are from Venus’ (Lelaki dari planet Marikh, perempuan adalah dari Zuhrah. Namun ia hanya mitos, tiada kebenaran.
**********************
Berdasarkan berlainan pemikiran lelaki dan perempuan, hampir tidak pernah saya mencelotehkan hal-hal berkaitan perempuan dalam ruangan ini. Bukan apa, bimbang tersilap, nanti habis orang perempuan membelasah saya.
********************
Namun menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu, 12 Januari ini saya terpanggil untuk mencelotehkan sekelumit apa yang wanita perlu lakukan berdasarkan apa yang saya lihat semasa perhimpunan Bersih, membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sedikit masa dulu.
************************
Lebih-lebih lagi baru-baru ini saya menerima satu e-mel daripada seorang peminat wanita yang menggelar dirinya Puan Radix yang antara lain menulis:
*************************
“Salam Sejahtera! Saya selalu mengikuti tulisan Saudara. Walau di mana kita pergi dan berada, keadaan di tempat itu membuatkan kita terfikir dan berfikir.
***********************
Saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana orang kita (wanita) berfikir. Baru-baru ini atas sesuatu keperluan saya terserempak dengan seorang pengawal keselamatan wanita. Dia bertugas di sebuah kuarters guru. Sebelum ini pun saya memang dah kenal dengannya (lebih kurang 10 tahun).
**********************
Dalam menunggu sahabat yang dalam perjalanan dan berjanji jumpa depan kuarters tersebut, kami berbual santai pasal Bantuan Rakyat 1-Malaysia (BR1M). Saya kata kita ambil sebab itu duit kita. Dia jawab dengan bertanya; “bukanlah kerajaan nak ringankan beban rakyat sebab harga barang naik?”
*******************
Saya akui saya bukannya bijak kalau nak berhujah... Kita bayar cukai macam-macam. Duit itu masuk kat LHDN, pi ke Perbendaharaan. Terus ke Kementerian Kewangan. Setiap tahun PM akan bentang Bajet. Peruntukan untuk Kementerian A sekian-sekian bilion ringgit. Peruntukan Kementerian B sekian-sekian bilion ringgit. Malaslah nak hurai kat ‘mak gad’ ni...
********************
Saya tabik sebab dia buat kerja halal.Macam saya juga pernah jadi ibu tunggal nak besarkan anak-anak. Belajar buat kuih dan bekalkan kuih ke kantin pejabat. Tetapi saya sentiasa terapkan budaya membaca dalam diri saya. Ibu tunggal pun warganegara juga.
************************
Jadi Saudara, biarpun siapa kita, jangan malas membaca, ambil tahu apa yang terjadi di keliling anda. Contoh; kenapa ramai pelajar-pelajar Melayu (ini yang sering saya jumpa di sekitar tempat tinggal saya) ponteng sekolah. Siap dengan rokok sebatang untuk dihisap 4-5 orang. Kesian kat mak ayah. Susah payah cari rezeki anak kurang berminat belajar. Anak siapa tu...
*********************
Kalau ada ‘info’ yang kurang tepat minta maaflah ye...(yang berkaitan dengan perbelanjaan negara). Pendek kata, orang seperti inilah akan menerima PM20 untuk undi ....tak berbaloi kak oiii...(ada kat kampung saya di utara).”
******************
Berbalik kepada cadangan ‘tidak seberapa’ saya apa yang wanita perlu lakukan ketika ke rapat umum seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat itu. Dulu selepas Perhimpunan Bersih 2.0 disuraikan dengan tembakan gas pemedih mata, saya perhatikan bukan saja peserta lelaki menunaikan solat zuhur di sebuah kawasan lapang di sisi Menara Maybank tetapi juga ada wanita berbuat demikian.
********************
Saya tabik dan kagum kepada mereka yang boleh melakukannya dengan lengkap bertelekung sekali. Ada yang mencari kawasan terpencil di celah-celah gerai untuk menunaikan solat. Ya, syahdu sekali melihat keprihatinan mereka untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah sekalipun keadaan begitu genting.
**************************
Di sini saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan membetulkan tanggapan segelintir wanita bahawa bertelekong itu adalah keperluan mesti untuk seseorang wanita solat. Daripada apa yang saya pelajari, batasan aurat perempuan di luar solat adalah sama seperti ketika solat.
**********************
Semasa musim haji, di Makkah dan Madinah, kita perhatikan jemaah wanita yang bersolat lengkap bertelekung kebanyakannya adalah dari negara-negara Asia Tenggara, mereka dari benua kecil India dan negara Arab hanya dengan jubah atau seluar panjang dan baju labuh dengan tudung. Mereka juga pakai stokin. Pakaian kebanyakan mereka ketika di luar solat dan semasa solat adalah sama saja.
*************************
Itulah kalau wanita kita sudah mengenakan pakaian menutup aurat sepenuhnya ketika menyertai perhimpunan, tidak perlulah mereka sibuk-sibuk dengan telekung lagi; apabila hendak solat, solat saja; ini dapat menyelamatkan masa dan diri mereka sendiri dalam suasana kritikal ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment