Tuesday, January 29, 2013
Jangan kerajaan saja berubah, nasib rakyat tetap sama…
*******************
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
*******************
Renungan
*********************
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***************************
ANTARA pemimpin kontemporari yang saya gemar amat-amati pemikiran termasuk melalui tulisan beliau adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Baru-baru ini beliau menjadi pengerusi penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR). Antara ‘mutiara kata’ yang pernah beliau ungkapkan antara lain bermaksud: “tidak guna kerajaan berubah jika nasib rakyat tetap sama…”
****************************
Semasa HKR 12 Januari lalu, saya mendengar ‘mutiara’ ini diulang-ulang oleh beberapa pemimpin yang berucap dan juga juruacara. Antara lain, “power corrupts absolute power corrupts absolutely.” Dan ada menyatakan, “NGO (pertubuhan bukan kerajaan) terus jalankan peranan anda sekalipun kerajaan sudah berubah.”
**********************
Ya, NGO perlu berperanan menegur kerajaan semasa. Oleh kerana sifat semua manusia dan organisasi yang dianggotai mereka tidak maksum, semuanya perlukan teguran. Malah khalifah Islam awal seperti Sayidina Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. mengalu-alukan orang menegur mereka.
***********************
Jadi apabila seorang bekas menteri besar sebuah negeri paling kaya tidak lama dulu bercita-cita menjadikan negerinya sifar pembangkang, hal itu membayangkan dia gila kuasa dan akibatnya dia kini merana dan terhina pula.
*************************
Demikian juga wartawan selalu diingatkan berperanan menjadikan akhbar (media massa) sebagai ‘the fourth estate’. Ia bertujuan untuk memeriksa kuasa pemimpin dan kerajaan. Akhbar menjadi penegur; apatah lagi jika sesebuah pihak itu (termasuk kerajaan) mempunyai kuasa besar (seperti tiadanya pembangkang).
***********************
Jika akhbar gagal berperanan maka jadilah pemimpin ‘orang gila kuasa’. Kuasa mutlak membawa kepada kehancuran; jadi pada pandangan saya Pakatan Rakyat ketika ini adalah kerjasama politik sangat ideal kerana masing-masing pihak boleh menegur satu sama lain kerana tiada satu pun pihak yang dominan.
***********************
Ya berceloteh mengenai teguran ini, e-mel ini mungkin dapat memberi manfaat kepada kita semua.
*********************
“Tuan penulis, saya ikuti tulisan tuan di sebuah akhbar harian nasional sejak saya bersekolah lagi. Baru-baru ini saya ada baca artikel tuan tentang gambar pemimpin bertajuk ‘Gila pamer gamber, gila mengampu…’. Saya berpendapat tulisan tuan agak mengelirukan dan ‘bias’ kerana beberapa persoalan yang tuan timbulkan seolah-olah tidak dibuat oleh penyokong dan pimpinan PAS.
***************************
Tuan merujuk maksud hadis Nabi s.a.w. tetapi perincian ulasan tersebut amat ringkas. Saya juga adalah ahli PAS. Tindakan menggantung gambar/foto pemimpin turut dibuat oleh ahli/penyokong PAS malah lebih hebat berbanding oleh Umno-BN. Apabila ada ceramah, akan digantung ‘banner’ info program yang meletakkan gambar muka penceramah yang tersengih dan ayu itu.
**************************
Lebih hebat jika ada yang menggantung foto-foto Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Dr Haron Din malah gambar arwah Ustaz Fadhil Mohd Nor pun ada. Bagaimana dengan baju-T, rantai kunci, poster, pelekat bergambar yang bersepah dijual oleh peniaga merata tempat dan dipakai oleh penyokong-penyokong. Mungkin di Melaka tiada, wallahu'alam.
**********************
Setahu saya belum ada lagi penyokong Umno yang berniaga gambar-gambar pemimpin mereka serta dibeli oleh penyokong melainkan diberi percuma. Maknanya penyokong PAS-Pakatan Rakyat lebih ke hadapan dalam mengekspresikan sokongan mereka. Mungkin juga boleh dikatakan taksub. Saya bukanlah orang yang cukup arif dalam ilmu agama, sekadar fahaman saya jika foto tersebut tidak melibatkan seluruh tubuh badan adalah dibenarkan dalam ijtihad ulama. Contohnya gambar muka separas bahu atau separas dada.
***********************
Cuba tuan lihat di Kedah, bukan setakat banner di tiang elektrik tepi jalan tetapi penuh ‘billboard’ gergasi wajah MB Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak di serata negeri. Saya orang Kedah jadi saya nampak. Kadang kala naik jelik sampai orang kata MB Kedah ni MB billboard. Berapa kos? Siapa yang dapat tender? Siapa yang keluarkan kos? Nampak membazir pun ada. Pantang ada perayaan dan hari kebesaran negeri atau Pusat maka akan naik poster/billboard yang baru manakala yang lama dibuang.
************************
Contoh yang amat nyata, di Kawasan Bukit Gantang sedang giat menaikkan poster/banner/bunting berwajah pemimpin seperti Dato’ Seri Nizar Jamaluddin /Ustaz Idris Ahmad bersaiz besar. Sampaikan kenderaan rasmi kegunaan pusat khidmat MP Bukit Gantang iaitu van dan 4WD turut mempunyai wajah di sisi pintu.
********************
Itu yang penyokong Umno sebut muka Nizar nampak kat pintu kereta saja, orangnya bayang pun tak ada. Saya harap tuan sebagai wartawan berpengalaman puluhan tahun menulis dapat mencari isu-isu yang lebih membina minda pembaca. Bukan sekadar mengkritik Umno-BN secara membuta tuli seolah-olah PAS langsung tiada kesalahan. Bagaimana justifikasi tuan sedangkan orang PAS turut lakukan yang sama? Jangan kuali kata belanga bontotnya hitam.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment