Sunday, July 29, 2012
Ramadan, Syawal dikuatiri bertukar pesta maksiat...
*****************
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
******************
Renungan
********************
Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah."
*************************
BEBERAPA hari lalu terkejut saya tatkala membaca sebuah iklan mengenai acara ‘Meriah Raya Suasana Kampung’ sebuah pusat membeli belah terkenal di ibu kota dalam sebuah akhbar kompak berbahasa Melayu.
**************************
Sembilan acara disenaraikan; iaitu Tarian Zapin Johor, Tarian Magnutip, Nasyid Wildan, Tarian Riang Ria Aidiltri, Tarian Kuda Kepang, Nasyid Putra, Dikir Barat, Mari Berjoget dan Joget Hari Raya.
*********************
Rasa macam ‘nak menangis’ apabila melihat waktu majlis diadakan; misalnya ‘Tarian Riang Ria Aidilfitri’ antaranya diadakan pada hari Jumaat, 3 Ogos jam 12.00 tengah hari sampai 1.00 petang. ‘Joget Hari Raya’ pula antaranya dilangsungkan pada jam 12.00 tengah hari sehingga 1.00 petang hari Jumaat 10 Ogos. Yalah, macam mana tak ‘tertusuk hati’ kerana tarian diadakan pada ketika umat Islam sibuk menunaikan solat Jumaat pada bulan puasa pula!
**********************
Pengurusan pusat membeli belah ini telah salah faham dan tersasar jauh mengenai konsep puasa dan raya (Ramadan dan Aidilfitri) tetapi siapa sebenarnya yang telah menanamkan bibit-bibit salah faham itu? Mungkin ramai daripada kakitangan pengurusannya bukan Islam; dapat diterimalah jika mereka tidak faham tentang Islam, tetapi apa yang dibimbangi jika petugasnya ramai yang Islam tetapi tidak faham mengenai kehendak agama mereka sendiri.
********************
Negara kita di ambang menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 tahun, tetapi mengapa orang bukan Islam dan ramai orang Islam sendiri yang tidak peka mengenai tuntutan agama mereka? Nampak seolah-olah pihak pemerintah gagal dalam memberikan kefahaman Islam kepada orang Islam dan bukan Islam walaupun telah melakukan pelbagai kempen dan pembaharuan pentadbiran seperti ‘Penerapan Nilai-Nilai Islam’ dan konsep ‘Islam Hadhari’ tidak lama dulu.
**********************
Tempoh waktu 55 tahun adalah panjang jika digunakan untuk berdakwah; tetapi mengapa masih ramai umat Islam dan juga bukan Islam yang mengaitkan bulan puasa dan raya dengan amalan mungkar seperti berjoget bercampur lelaki-perempuan dan pelbagai amalan terpesong lain? Kita bimbang budaya ini disuburkan oleh pemimpin-pemimpin daripada pihak pemerintah, sesetengahnya amat cenderung kepada cara hidup ‘pesta-pestaan’.
**************************
Contohnya Ramadan ini banyak disuburkan dengan budaya ‘pesta-pestaan’ ini. Pemimpin sendiri mahu menjadikan ‘pesta-pestaan’ ini sebagai tarikan utama pelancongan kononnya maka wujudlah pelbagai sambutan dengan kemuncaknya ‘Rumah Terbuka Aidilfitri’ peringkat nasional yang menelan jutaan ringgit wang rakyat untuk diadakan.
********************
Ramadan dijadikan pesta makan-makan dan membeli belah. Ada pasar Ramadan. Ada bazaar Ramadan. Ada ‘buffet’ Ramadan. Malah siaran televisyen juga sarat dengan program ‘makan-makan’. Ada ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’, ada ‘Selera Ramadan’.
*********************
Ringkasnya Ramadan dan Syawal digambarkan sebagai bulan syurga menikmati makanan dan pembelian barangan serba baru dan mewah. Jadi tidak hairanlah kapitalis bisnes mengeskpoitasi kecenderungan masyarakat ini, jadi wujudlah pesta joget-joget, makan besar di restoran dan hotel besar dan tawaran istimewa membeli barangan keperluan harian dan mewah seperti kain langsir, perabot dan kenderaan.
**********************
Ramadan adalah bulan ibadah yang terdapat dalamnya puasa. Tetapi nampaknya bulan suci ini sudah di’hijack’ menjadi bulan budaya. Budaya pesta-pestaan termasuk memperbanyakkan makan dan berseronok menghamburkan ringgit membeli belah.
*****************
Kita bimbang jika ibadat Ramadan akan menjadi pesta haji yang berlaku pada zaman jahiliah dulu. Sejarah haji yang bermula sebagai ibadah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan anak baginda, Ismail a.s. akhirnya bertukar menjadi pesta selepas itu sebelum dikembalikan ke landasannya oleh Nabi Muhammad s.a.w.
************************
Pada kemuncak maksiat pesta haji itu, pengunjung Baitullah melakukan tawaf dengan keadaan bertelanjang bulat. Jadi, dikhuatiri pesta-pestaan Ramadan dan Syawal ini jika tidak ada membuat teguran, akan bertukar menjadi pesta yang terkandung pelbagai unsur negatif seperti menggalakkan amalan membazir, bercampur-gaul lelaki perempuan ketika majlis berbuka dan dicampur-adukkan dengan pesta hiburan termasuk nyanyian dan tarian.
**********************
Buktinya, pusat hiburan terkenal di ibu kota itu sudah pun menjayakan tarian dan joget Hari Raya pada bulan puasa dan pada hari Jumaat pula! Siapa mahu 'berjihad' menegur amalan songsang seperti ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bhai Lanh...
Nak diharapkan JAKIM atau JAWI... payah rasanyer... jadi perkara amar maaruf nafi mungkar nih makin hari makin berkesan...
Yang pasti.. roh Islamiah tidak dapat berkembang dengan baik kerana adanyer anasir-anasir yang bertopengkan agama tetapi bersikap menyalahi agama...
Tapi... pada pandangan gua... kita boleh laksanakan boikot sebagai satu usaha untuk memberikan peringatan kepada pihak terbabit.
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
jazakallah....saudara cipan, betul komen anda, wassalam
Post a Comment