Thursday, March 8, 2012

Mencari pengajar lesen L wanita

****************
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
**************

SEORANG anak gadis saya kini duduk-duduk saja di rumah; menunggu keputusan peperiksaan SPM-nya. Ingatkan dia dipanggil menyertai PLKN, tetapi tidak pula. Bagi mengisi masa lapang, saya mengesyorkan dia belajar memandu kereta. Dia bersedia belajar; jadi terpaksalah saya menyediakan wang bagi membayar pelbagai yuran dan kos pengajian yang mencecah RM1,000.

Sebelum ini dua orang anak saya yang pernah belajar memandu ini adalah lelaki; tidaklah saya peduli sangat di mana dan dengan siapa mereka belajar, tetapi apabila anak gadis saya mahu belajar memandu, saya usahakan mencari tenaga pengajar wanita. Ya, wanita belajar dengan wanitalah, tetapi masalahnya wujudkah pengajar wanita itu?

Memang susah mencari tenaga pengajar wanita. Saya bertanya ke sana dan sini, semuanya menjawab tidak tahu. Mereka tidak tahu kewujudan pengajar lesen L wanita. Agak-agak saya di seluruh negeri kami tidak ada pengajar lesen L wanita.

Namun mungkin niat dan keazaman kuat saya untuk mendapatkan pengajar wanita untuk mengajar anak gadis saya, suatu hari ketika saya sedang memandu, Allah 'menemukan' saya dengan pengajar wanita itu.

Ya, di depan kereta saya ada sebuah kereta L, bergerak perlahan-lahan macam kura-kura; saya meneka yang memandu itu seorang gadis pelajar manakala pengajarnya seorang wanita! Apalagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya pun mengikuti kereta ini yang akhirnya masuk ke kawasan latihan memandu.

Kereta itu berhenti; wanita pengajar itu turun dari keretanya, bertanya apa saya mahu kerana mengekorinya. Terus saja saya katakan saya mencari seorang pengajar L untuk anak gadis saya. Orang itu ketawa dan saya pun ketawa. Lama kemudian baru saya perasan bahawa pengajar L itu adalah Lisa, orang yang telah mengajar hampir semua adik beradik perempuan saya dan juga isteri saya mendapatkan lesen kereta lama dulu.


Pada tahun-tahun 1990-an, bapa saya memberi kepercayaan kepada Lisa untuk mengajar anak-anak gadisnya, tetapi selepas puluhan tahun saya sudah terlupakan si Lisa sehinggalah pertemuan terbaru itu.

Saya ingatkan Lisa ini sudah 'pencen' kerana usianya sudah hampir 70 tahun; rupa-rupanya dia masih 'ligat' mengajar 'budak-budak' mendapatkan lesen kereta. Syabas Lisa kerana 'perjuanganmu', tetapi apa yang ingin saya suarakan di sini; semua pihak perlulah berusaha untuk 'meramaikan' tenaga pengajar lesen kereta wanita.

Alangkah 'indahnya' (tentunya faktor agama seperti batas pergaulan perlu diberi perhatian) jika wanita diajar memandu oleh wanita; tidaklah mereka terdedah kepada fitnah jika berdua-duaan dalam kereta dengan pengajar lelaki.

Jadi kepada wanita yang berkelayakan, saya menyeru jadilah tenaga pengajar lesen L agar 'wanita dapat mengajar wanita juga' dan yang paling penting, kita dapat 'menjaga' agama kita.

6 comments:

SysOp said...

Bhai Lanh14 ...

Gua stuju ngan saranan lu tue.. Memang betul.. tak ramai yang gua jumpa tenaga pengajar L wanita... yang ramai lelaki...

Terutamanyer yang nak ajar lesen L motosikal... mmmm..

Kena buat satu akademi memandu nih.. yang specialised untuk handle pelajar perempuan....

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

atirah said...
This comment has been removed by the author.
atirah said...

nak tanya , kat mana ni ye ? saya pun sedang mencari pengajar perempuan .

METRO DRIVING PUCHONG said...

Assalam..
Sy ade buka tempat blajar memandu di puchong, selangor..
Tenaga pengajar perempuan..
Klau da sape2 bminat n perlukn ckgu mngaja ppuan, blh la hbungi sy di 0176175019....

jane-jibraun said...
This comment has been removed by the author.
jane-jibraun said...
This comment has been removed by the author.