Wednesday, April 26, 2017

U Masjid (19): 'Lambat sesaat sudah mati kena tembak'...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)

BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
BAPA mentua saya bekas askar. Isteri saya berkata semasa muda, bapanya sangat berdisiplin dengan masa. Kalau beliau mengarahkan keluarga 'ready' jam 8.00 pagi untuk sesuatu urusan seperti balik kampung, tepat pada waktu itu semua sudah berada dalam kereta, dia bertolak tepat jam 8.00 pagi.
Dia memberitahu keluarganya; "dalam operasi ketenteraan kalau awak lambat sesaat, jawapannya awak mungkin sudah mati ditembak musuh. Kalau awak lambat melepaskan tembakan walau sesaat awak telah menyebabkan rakan-rakan sepasukan terbunuh. Jadi tepatilah masa."
Demikianlah masa sangat berharga. Masa adalah modal untuk kita mencari sebanyak mungkin laba untuk keuntungan dunia apatah lagi akhirat. Namun maaf cakap, ramai orang (termasuk diri ini) gagal menepati dan memanfaatkan masa termasuk orang 'di persekitaran masjid'. 
Hal ini sewajarnya tidak berlaku kerana berdasarkan amal ibadat yang kita diperintahkan mendirikannya adalah sangat menepati waktu. Contoh terbaik adalah solat fardu lima waktu sehari semalam. Setiap solat ada tempoh bermula dan berakhir.  
Masuk waktu zuhur di tempat saya sekarang ini 1.13 petang. Tepat waktu ini, jam di masjid akan berbunyi dan bilal terus melaungkan azan. Tanyalah diri kita sendiri apa akan terjadi jika bilal azan ikut suka hati dia - jam 1.30 petang atau 2.00 petang.
Pada bulan Ramadan yang akan datang tidak lama lagi, waktu terutama maghrib 'begitu sensitif' bagi sesetengah orang. Katakan maghrib masuk jam 7.10 petang, apakah reaksi orang kampung jika bilal azan jam 7.30 petang atau lebih 'haru' lagi jam 7.45 malam?
Ya pada bulan puasa ini, terutama waktu berbuka, ramai orang sedar akan kepentingan menepati masa tetapi amat-amatilah wahai pembaca dalam kehidupan kita, maaf cakap, (saya minta keampunan) ada di kalangan kita termasuk 'orang masjid' yang tidak menepati serta memanfaatkan masa.
Sebagai contoh, ada kuliah dijadualkan bermula selepas solat maghrib tetapi ada ustaz lambat datang malah sesekali tak datang langsung. Kalau sesekali ustaz lambat atau tak datang kerana 'ada hal' seperti sakit, kita fahamlah tetapi kalau selalu buat begitu tanpa memaklumkan melalui panggilan telefon atau SMS tidakkah itu 'mencuri masa' hadirin. Jika seorang kehabisan masa 30 minit, jika ada 50 hadirin masa dihabiskan adalah 25 jam. Ya berlaku pembaziran 25 jam yang sia-sia!
Ada ustaz yang datang lewat tak minta maaf pun demikian juga dengan ustaz yang tak datang (seperti memaklumkan melalui telefon). Jika ustaz tak datang, kebanyakan jemaah akan menghabiskan masa dengan berbual-bual kosong. Hanya segelintir memanfaatkan masa untuk membaca al-Quran, berzikir dan melakukan pelbagai ibadat lain. 
Sewajarnya, jemaah perlu bijak memanfaat masa, kata orang Arab, masa itu pedang, kalau kamu tak potongnya, dia akan potong kepala kamu! Orang Melayu pula kata, masa itu emas; apapun masa amat-amat perlu dihargai dan dimanfaatkan sepenuhnya tidak kiralah di kalangan ustaz ke, orang awam ke, pemimpin ke, setiap daripada kita perlu memaksimumkan penggunaan modal amat penting ini untuk kebahagiaan di dunia apatah lagi di akhirat.
Bercakap mengenai ketepatan masa ini, saya yang sudah pencen ini, hampir setiap pagi mengikuti siaran secara langsung 'Tanyalah Ustaz' di TV9. Syabas saya ucapkan kepada pihak terbabit kerana menepati waktu iaitu rancangan bermula tepat jam 7.00 pagi. Tidak pernah pula saya 'terjumpa' rancangan bermula jam 7.15 atau 7.30 pagi.
Jika ustaz-ustaz di siaran 'Tanyalah Ustaz' istiqamah muncul tepat jam 7.00 pagi setiap hari, harap-harap ustaz-ustaz di luar sana termasuk pada pengajian di masjid dapat muncul tepat pada waktunya, insya-Allah. Maaf jika hamba keterlanjuran dalam 'posting' kali ini...Ya Allah, Kau ampunkan hamba-Mu yang kerdil ini.

No comments: