Sunday, April 23, 2017

Khalifah Umar pun cari rakyat miskin...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32

IKLAN               IKLAN             IKLAN           IKLAN        IKLAN         IKLAN 
SELEPAS PENCEN (usia 55 tahun pada 17 Februari 2017) penulis (LanH) berusaha menambah pendapatan dengan menjual buku terpakai (second hand) daripada koleksi sendiri. Semoga penulis LanH mendapat kebarakahan daripada usaha ini yang juga bertujuan untuk berdakwah. Untuk makluman, penulis tidak mahir dalam dunia IT, jadi hebahan ini dibuat seadanya. Sila lihat paparan sisi untuk urusan pembayaran dan sebagainya. Alamat e-mel: Lanh14@gmail.com
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
BARU-BARU ini saya ke pejabat pos. Sudah lama saya tidak menghantar surat atau bungkusan melalui pos. Bagi generasi baru, mereka mungkin tidak tertedah dengan 'kaedah lama' ini. Apabila tiba giliran, di kaunter saya menyerahkan satu sampul surat sederhana besar berisi sebuah buku dan bertanya petugas berapakah harga setemnya jika dihantar secara pos biasa.

Kerani wanita itu menimbang sampul surat itu dan menyerahkannya kembali kepada saya sambil berkata, satu ringgit lima sen (RM1.05). Saya menyerahkan wang RM2, kemudian mengambil baki wang (tanpa mengiranya) serta setem dan terus menuju ke kaunter sisi yang ada disediakan gam untuk menampal setem.

Ketika mahu menampal setem, saya terperasan setem itu tertera RM1.00 saja, mana pula setem 5 sen itu, fikir saya. Mungkin tercicir agaknya atau kerani itu terlupa memberikan saya, Saya kembali ke kaunter, bertanya sang petugas mana setem 5 sen itu.

'Tidak pasal-pasal' di kaunter itu saya 'dimalukan' apabila kerani itu dengan agak keras berkata: "Lima sen tu adalah GST, kan saya sudah beri awak resit tu. GST tu enam sen, tetapi kita kira lima sen saja."

Dengan muka merah padam, saya kembali ke meja sisi meneruskan 'kerja' saya mengepos surat itu. Ya sejak 1 April 2015 hampir semua perkhidmatan dan pembelian barangan dikenakan GST. Ini termasuklah hal remeh temeh seperti pembelian setem yang saya alami, pembayaran bil elektrik dan air malah pembelian mi segera yang kerap menjadi 'santapan'  budak 'U'. GST pada 2015 mengutip hasil RM27 bilion, pada 2016 RM41 bilion dan jangkaan RM42 bilion pada 2017.

Setiap transaksi RM1, pembeli atau pengguna dikenakan GST enam (6) sen iaitu pada kadar 6 peratus. Jika transaksi RM10, GST yang dikenakan adalah 60 sen tetapi sungguh menghairankan apabila seorang editor dalam sebuah akhbar harian tabloid dalam kolum 'Komentar' dengan tajuk 'Kemakmuran kisah indah Malaysia' baru-baru ini terlebih 'bodek' sehingga 'terlupa diri' apabila menulis: "Kalau anda belanja RM10 sehari, cukainya 30 sen sahaja."

Antara lain beliau menulis: "Negara kita tetap kekal makmur pada era kejatuhan harga petroleum yang teruk sejak beberapa tahun lalu kerana ia diimbangi oleh GST yang turut dirasai segenap lapisan masyarakat." 

Editor ini merasionalkan senario ini bagi menggambarkan 'kemakmuran kisah indah Malaysia': "Ramai rakyat Malaysia masih mampu makan di restoran mewah yang GST-nya juga tinggi, menonton wayang seperti biasa malah mampu melancong sehingga ke luar negara. Mereka juga menggunakan telefon bimbit mahal-mahal, melaram dengan pakaian berjenama malah membeli-belah di pasar raya ternama."

Bagi saya editor ini 'tidak turun padang' - 'tidak merakyat' dalam pemerhatian dan tulisannya. Dalam setiap masyarakat (negara) ada rakyat yang kaya, sederhana dan miskin tetapi nampaknya sang editor memfokuskan kepada kumpulan berkemampuan lantas merasionalkan mengapa GST perlu dikenakan - anda 'mempersembahkan' apa yang anda lihat secara zahir dan mahu pembaca mengesahkannya sedangkan apa yang tersirat tidak mahu diambil peduli.

Dalam sejarah Islam, Khalifah Umar Al-Khattab telah memberikan contoh terbaik. Jika Umar mahu hidup mewah, beliau boleh berbuat demikian. Demikian juga pegawai-pegawainya. Dengan hidup dalam lingkungan golongan mewah, bagaimana pemimpin boleh tahu keadaan sebenar rakyat?

Umar turun padang - pada malam hari beliau 'mengendap' sana sini. Tahulah dia ada rakyat tak ada makanan. Salah satu kisah, ada ibu 'memasak batu' sebagai helah supaya anak yang lapar tertidur kerana penat menunggu. Umar sendiri memikul gandum pada malam itu kerana takut Allah akan menyoalnya.

Jika Umar, sang khalifah (pemimpin tertinggi daulah Islam), berkorban turun padang bagi melihat keadaan sebenar rakyat, apakah penulis (editor) 'yang mulia' tak 'ingin menjengah' celah-celah jalan kota, meninjau kehidupan gelandangan, singgah di kawasan setinggan dan ke desa menyapa si Mat yang padinya tidak menjadi, si Bedul yang hutangnya bertimbun-timbun 'angkara Felda' atau si Midah yang ditinggalkan laki penghisap dadah!

Atau paling kurang, santunilah si Shah yang sudah setahun lulus MBBS tetapi masih menunggu panggilan 'housemanship', atau si Karim yang baru dibuang kerja! Santunilah mereka, santunilah mereka wahai sang penulis, janganlah kamu asyik melihat kemeriahan di KFC, Jusco, Hilton dan meneropong jauh ke Dubai, Paris, London dan New York, takut-takut nanti anda 'terteropong' si dia yang sedang membeli cincin permata dan beg tangan berjenama Birkin...jeng,jeng,jeng!

No comments: