Sunday, June 12, 2016

Mentaliti menteri ‘The Emperor’s New Clothes’…

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari) 

SEBAGAI murid sekolah pada tahun 1970-an dulu, kerap benar saya dan pelajar lain didedahkan dengan kisah-kisah dongeng Barat; antaranya ada yang menyelitkan pengajaran seperti ‘The Emperor’s New Clothes’ (Pakaian Baharu Raja) yang saya ikuti semasa dalam Darjah Tiga.

Pengajaran daripada 'The Emperor's New Clothes' adalah bagaimana seseorang yang berkuasa itu sentiasa dikatakan betul sekalipun dia tidak betul (raja berbogel tetapi dikatakan berpakaian paling cantik dan hebat).

Hanya kebijaksanaan seorang budak dapat mengalahkan raja; memang raja ‘tidak betul’ (berbogel tetapi dikatakan berpakiaan paling mewah dan cantik) dan tidaklah payah untuk diselindungkan keaiban raja seperti dilakukan menteri-menterinya.

Ringkasnya pemimpin benar kerana dia berkuasa. Yang penting di sini bukannya lojik sesuatu perkara itu tetapi siapa yang mengutarakan pendapat atau kata-kata tersebut. Hari ini kita dapat saksikan bagaimana kecenderungan ‘The Emperor’s New Clothes’ berleluasa dalam masyarakat dan negara kita. Siapa berkuasa kata-katanya adalah sentiasa betul manakala yang tidak berkuasa, sekalipun dulu pernah berkuasa, cakapnya tidak laku lagi!

Pemimpin ‘bersalah laku’ telah didedahkan kegiatannya, malah sehingga ke peringkat antarabangsa tetapi sebagaimana menteri-menteri Si ‘Emperor’, orang kuat pemimpin tidak melihat cacat celanya pemimpin. Mereka terus menyanjung Si Pemimpin malah menuntut rakyat untuk berbuat perkara sama.

Pemimpin cakap mengarut pun seperti ‘kenaikan ini (harga petrol) tidak membebankan’, si pengampunya mengulangi ‘chorus’ yang sama. Pemimpin berkata ‘cukai sekian-sekian telah menyelamatkan negara’, pengampunya pun mengulanginya. Sekalipun nampak pemimpin ‘tidak betul’, pengampunya tidak peduli…mereka berkelakuan seperti menteri-menteri ‘Raja Berbogel’.  

Di perhimpunan agung parti pun, ada perkara yang macam tak masuk akal disebutkan oleh pemimpin, tetapi perwakilan bersorak mengalu-alukannya. Pemimpin janji mahu dedah itu dan ini tetapi langsung pun tak dikota tetapi pengampu tetap menyokong dulu, kini dan selamanya.

Kenapa perwakilan bersorak, menyatakan sokongan tanpa menyelidik sama ada yang dikatakan itu fakta atau suatu manipulasi? Ilmuan psikologi dan sosiologi mengaitkan perlakuan manusia ini sebagai ‘collective behaviour’ (tindak-tanduk bersama). Kelakuan manusia berbeza sama sekali apabila di bersendirian atau berada dalam sesebuah kumpulan (beramai).

Kelakuan beramai mempunyai ciri tertentu yang membolehkan kita mengenal pasti dan mengkaji tingkah-laku manusia dalam situasi itu.Individu yang termasuk dalam keramaian, bertindak kepada sesuatu perangsang (stimulus) yang berupa orang, peristiwa atau apa-apa saja yang boleh menimbulkan emosi rancak.

‘Collective behaviour’ telah menyebabkan perwakilan parti politik itu begitu berani. Berani kerana ramai, bukan kerana benar. Apabila bersendirian seseorang adalah lemah dan penakut – ibarat seekor tikus yang sentiasa takut akan bayang-bayang kemampuannya, jauh daripada takutkan bayangkan kucing. Sebenarnya kucing tidak wujud, tikus hanya takut pada dirinya saja. Namun apabila berkumpulan, seperti dalam perhimpunan parti barulah manusia berani dan lantang. Berani bercakap berapi-api dan lantang bersuara kerana dia yakin mendapat sokongan dan akan dibela oleh ribuan bahkan jutaan pak turut di belakangnya. Pemimpin ternyata pandai mengindoktrinasi pengikut.

Indoktrinasi begitu berkesan pada jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang pula terutama pada era teknologi maklumat kini, amalan jenis ini tidak dapat diterima kerana manusia mempunyai naluri untuk memikirkan fahaman serta ajaran apa yang mereka fikirkan baik apabila mereka diberi kebebasan dan ruang untuk berfikir dan menambah maklumat.

Ambillah iktibar indoktrinasi fahaman komunis yang selama 70 tahun membelenggu rakyat Soviet Union dan negara Eropah Timur, akhirnya hancur saja. Setiap perkara (benda) yang sudah sampai di kemuncaknya akan jatuh. Lemparlah batu ke udara, selepas ia mencapai kemuncak ketinggian, ia akan jatuh. Amat amatilah, apabila parti berkenaan sudah sampai ke kemuncak indoktrinasinya seperti apa dilakukan oleh ‘The Naked King’ (Raja Berbogel)’, percayalah ia akan hancur akhirnya!

1 comment:

Unknown said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((_082 313 669 888_)))insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya

tapi tidak ada satupun yang berhasil..



KLIK DISINI 4d 5d 6d




Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu

anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:

butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO

MAGNUM / dijamin

100% jebol

Apabila ada waktu

silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: (((_082 313 669 888_)))


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/






..(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
«´
_ ¨`»082 313 669 888
..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..


الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل