Sunday, March 6, 2016

Tak berapa gembira KWSP umum dividen 6.4%....

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***

MASA muda-muda dulu, saya tak berapa peduli tentang caruman di Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP). Yalah, kita tak perlu buat apa-apa; majikan yang 'membuat segala-galanya' - daripada mencarum bagi pihak majikan dan potongan gaji pekerja - semuanya beres, kita hanya menerima penyata (statement) jumlah simpanan daripada KWSP, biasanya pada awal setiap tahun.

Sekarang ini kita masih di awal tahun; beberapa hari lalu KWSP mengumumkan kadar dividen 6.4 peratus bagi tahun 2015 dengan pembayaran keseluruhan kepada kira-kira 14 juta pencarum berjumlah RM38.24 bilion. Tak lama lagi, pencarum akan menerima 'statement' daripada KWSP mengenai kedudukan kewangan masing-masing tetapi sekarang ini melalui kemudahan teknologi komunikasi, maklumat itu boleh diperolehi di hujung jadi pada bila-bila masa!

Selepas puluhan tahun bekerja, saya 'sudah ambil' wang KWSP pada usia 50 tahun dan sekarang dalam 'proses' untuk 'menerima habuan' sekali lagi pada usia 55 tahun. Sepatutnya, saya 'bergembira' sama seperti pelabur-pelabur lain yang dilaporkan akhbar apabila KWSP mengumumkan akan membayar dividen 6.4 peratus itu kerana ia akan meningkatkan jumlah wang yang akan saya terima...tetapi tunggu dulu kerana 'ada beberapa masalah besar yang tak beres' yang KWSP sendiri mengakuinya!

Tidak lama dulu KWSP sendiri membuat pengakuan: "Secara umumnya, pelaburan KWSP tidak semuanya mematuhi syariah. Pelaburan KWSP yang terbesar adalah dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia iaitu pelaburan berasaskan faedah yang tidak mematuhi Syariah kerana faedah adalah riba.

"Kategori berikutnya ialah pinjaman korporat yang sesetengahnya halal dan ada yang berasaskan faedah tetap. Pelaburan dalam Instrumen Pasaran Wang juga adalah berasaskan faedah tetap dan tidak mematuhi Syariah. Pelaburan berikutnya ialah pelaburan ekuiti iaitu ada yang mematuhi Syariah dan ada yang tidak.

"Bagaimanapun KWSP tidak lagi membeli saham baru syarikat perjudian. Saham-saham lama syarikat perjudian yang masih dipegang KWSP hanya menunggu masa untuk dijual tanpa memberikan kerugian."

Berikutan tekanan daripada umat Islam; KWSP dilaporkan sudah membuat kajian dan akan memperkenalkan skim simpanan persaraan (dana) patuhi Syariah.  Prinsip Syariah menetapkan bahawa tiada jaminan pulangan minimum kerana memberi sebarang jaminan ke atas pulangan tetap adalah sama dengan amalan riba yang diharamkan. Tidak seperti dana semasa, dividen untuk dana Syariah akan berdasarkan prestasi sebenar pelaburan yang dibuat di bawah portfolio Syariah.

Persoalannya dana ini dicadang dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang, jadi pencarum-pencarum 'veteran' seperti saya akan menerima sejumlah wang daripada pelaburan tak patuhi Syariah yang menurut sesetengah ustaz yang saya ikuti pengajian mereka, bukan sedikit tetapi besar jumlahnya! Kata seorang ustaz, kalau kita menerima misalnya RM100,000; sekurang-kurangnya RM25,000 daripada wang itu perlu dibersihkan...Ada kaedah pengiraannya, 

Menurut cendekiawan Islam tempatan, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, hasil daripada penelitian beliau dan rakan-rakan beliau terhadap beberapa sampel dana KWSP individu yang dikaji, dapat disimpulkan bahawa 65 peratus daripada jumlah keseluruhan ialah milik pokok pencarum yang terhasil daripada caruman peserta dan majikan.  Bahagian ini halal dan boleh digunakan oleh peserta.

Manakala baki 35 peratus lagi adalah hasil daripada pelaburan yang bercampur-campur antara yang halal dan haram.  Ini bermakna masih ada dana yang halal dalam 35 peratus ini yang boleh diambil daripadanya.  Bukan boleh ambil semua.  Tapi mesti dibuat pembersihan terlebih dahulu...

Ya, iman kita mesti kuat untuk membuat 'pembersihan'. Bukan semua wang RM100,000 atau RM200,000 atau RM300,000 atau RM500,000 milik mutlak kita...serahkan RM25,000 atau RM50,000 dan sebagainya untuk tujuan berkenaan. Menurut seorang ustaz, selepas dibersihkan, barulah wang itu boleh dikeluarkan zakat.

Apakah yang hendak dibuat dengan 'wang haram' (tak patuhi Syariah) itu? "Jangan biarkan begitu saja," kata seorang ustaz. Walaupun tidak boleh dimanfaatkan oleh diri sendiri dan keluarga, ia masih boleh memberikan manfaat kepada anggota masyarakat.  Antaranya diserahkan kepada institusi Baitulmal dan ada cendekiawan Islam mencadangkan wang itu digunakan untuk manfaat orang ramai seperti membina tandas awam, pagar dan tandas masjid/sekolah, menambah baik kemudahan awam, membina tempat letak kereta masjid, jalan raya dan sebagainya.

1 comment:

IBU.SUMIASIH said...

Saya mau mengucapkan terima ksih g tidak terhingga, serta penghargaan & rasa kagum yg setinggi-tingginya kepada AKI JEYAPATI , saya sudah kerja sebagai TKI selama 5 tahun di singapore, dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln, tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari, apalagi setiap bulan harus mengirim ortu di jawa, sudah lama saya mengetahui roomnya AKI ini, juga sudah lama mendengar nama besar aki, tapi saya termasuk orang yg tidak terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng Saja.
tetapi kemarin waktu pengeluaran 8924 , saya benar2 tidak percaya & hampir pingsan, angka yg diberi aki 8924 ternyata tembus, awalnya saya coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar di singapore, tidak ada ongkos pulang, terus beliau bantu kasih angka 8924 setelah saya bantu mahar 8 juta.mulanya saya tdk percaya,mana mungkin angka ini keluar, tapidengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar, sisa gaji bulan januari, ternyata meledak….!!!
dapat BLT 750jt, sekali lagi terima kasih banyak AKI JEYAPATI, saya sudah kapok kerja jadi TKI, rencana minggu depan mau pulang aja ke sukabumi.buat aki,saya tidak akan lupa bantuan& budi baik aki.HUBUNGI AKI JEYAPTI DI NO INI 0852-4228-0055. KLIK TOGEL 2D 3D 4D 6D DISINI