Wednesday, March 9, 2016

Merajuk tiada dalam kamus pejuang tulen...

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***

ADA sejumlah perkataan Melayu yang sukar diterjemahkan secara tepat ke dalam bahasa asing termasuk Inggeris. Misalnya 'amuk'; jika dirujuk kamus Melayu-Inggeris perkataan itu dikekalkan, kadang-kadang dieja 'amuck'. 

Demikian juga rajuk (merajuk), diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai 'to show unhappiness' yang dirasakan kurang tepat bagi menggambarkan seseorang yang berkecil atau retak hati seterusnya membawa atau memencilkan diri sehingga datang seseorang atau pihak untuk memujuknya!

Dalam persaingan politik, ramai pemimpin disingkir, tersingkir, difitnah dan pelbagai perkara negatif lain menyebabkan kebanyakannya merajuk lantas mengundurkan diri. Nama mereka beransur-ansur hilang daripada persada politik; perkembangan mutakhir di negara kita menunjukkan beberapa pemimpin kanan disingkirkan...mungkin mereka merajuk lantas nama mereka mulai dilupakan orang hatta di kalangan penyokong sendiri sedikit demi sedikit dan akhirnya langsung 'padam'.

Namun bagi pejuang sebenar, merajuk tiada dalam kamus hidup mereka. Marilah kita renung sejenak akan kisah Nabi Muhammad s.a.w. yang membuktikan bahawa baginda tidak pernah merajuk (patah hati) dalam perjuangan menegakkan Islam. Sekalipun begitu berat beban dan fitnah ditanggung termasuk dihina kaum keluarga sendiri seperti dicop gila dan diboikot, Nabi Muhammad s.a.w. terus istiqamah dalam perjuangannya.

Apabila kaum Quraisy melihat Nabi Muhammad tidak sedikit pun merajuk atas segala tindak tanduk mereka, mereka mengemukakan tawaran yang sangat istimewa kepada Nabi Muhammad iaitu jawatan pemerintah Makkah, harta dan wanita dengan syarat Nabi s.a.w. menghentikan dakwahnya. Namun semuanya ditolak oleh baginda dengan berkata kepada bapa saudaranya Abu Talib...jika mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, aku tidak akan sekali-kali menghentikan dakwahku...

Februari ini sempena ulang tahun pertama penahanan Anwar Ibrahim dalam penjara, marilah kita memikirkan barang sejenak apakah tokoh ini menujukkan sikap merajuknya dalam perjuangan. Sebagai wartawan yang mengikuti kisah perjuangan Anwar sejak beliau seorang menteri pada 1980-an dulu, penulis tidak sekalipun menemui luahan rasa merajuknya Anwar dalam meniti suka dukanya kehidupannya.

Selepas tersingkir (lebih tepat disingkir) daripada kedudukannya sebagai TPM dan Timbalan Presiden Umno pada 1998, Anwar bangkit dan hanya setapak saja lagi (sebagai Ketua Pembangkang beliau berpeluang menjadi PM jika pemerintah Umno-BN tewas) untuk menjadi PM sebelum beliau dihumbankan ke dalam penjara. Tiada kedengaran keluhan oleh insan ini, apatah lagi mempamerkan sikap rajuk yang membelenggu kebanyakan pemimpin apabila disingkir atau tersingkir. Pemimpin merajuk yang mahu dipujuk biasa kita ketemui tetapi untuk menemui seorang pemimpin yang 'tidak makan rajuk' adalah 'hadiah istimewa' untuk rakyat.

Tahun lalu tatkala Anwar masih bebas; dalam salah satu artikel saya, antara lain saya catatkan: "Sebagai wartawan yang membuat liputan pilihan raya pelbagai kaum pertama Afrika Selatan pada April-Mei 1994 (lebih 20 tahun lalu), termenung saya sejenak apabila Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Bukit Piatu, Melaka, dua hari sebelum beliau disumbat ke dalam penjara, antara lain mengungkapkan: "Mandela (Nelson Mandela iaitu pemimpin pembebasan Afrika Selatan) ditangkap ketika lari daripada buruan pihak berkuasa tetapi saya tidak akan lari walaupun berpeluang berbuat demikian..."

Ya, Anwar tetap tabah dalam perjuangannya...slogan 'Lawan Tetap Lawan' terus berdiri megah sekalipun tuan empunya diri meringkuk dalam penjara. Tidakkah terasa terharu di hati apabila Anwar mengungkapkan: "Ada pihak di Turki dan Indonesia bersedia memberi perlindungan kepada saya tetapi saya memilih untuk bersama rakyat sekalipun terpaksa meringkuk dalam penjara."

Sepanjang sejarah dunia, ramai  'orang baik-baik' termasuk ulama dipenjarakan kerana perjuangan mereka. Mereka termasuklah Imam Ahmad bin Hambal dan di rantau kita Buya Hamka. Apakah Imam Ahmad, pengasas Mahzab Hambali dan Hamka merajuk. Jawapannya tidak sekali-sekali kerana apabila dipenjarakan semangat mereka semakin kental misalnya Hamka dapat menyiapkan Tafsir Azhar dalam penjara!

Demikianlah, kita percaya Anwar pun demikian...merajuk tiada dalam kamus seorang pejuang sepertinya! Kita pula bagaimana? Kerap benar kita merajuk (patah hati), sehubungan itu teladanilah Anwar agar hati kita menjadi sekuat hatinya!

1 comment:

IBU.SUMIASIH said...

Saya mau mengucapkan terima ksih g tidak terhingga, serta penghargaan & rasa kagum yg setinggi-tingginya kepada AKI JEYAPATI , saya sudah kerja sebagai TKI selama 5 tahun di singapore, dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln, tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari, apalagi setiap bulan harus mengirim ortu di jawa, sudah lama saya mengetahui roomnya AKI ini, juga sudah lama mendengar nama besar aki, tapi saya termasuk orang yg tidak terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng Saja.
tetapi kemarin waktu pengeluaran 8924 , saya benar2 tidak percaya & hampir pingsan, angka yg diberi aki 8924 ternyata tembus, awalnya saya coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar di singapore, tidak ada ongkos pulang, terus beliau bantu kasih angka 8924 setelah saya bantu mahar 8 juta.mulanya saya tdk percaya,mana mungkin angka ini keluar, tapidengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar, sisa gaji bulan januari, ternyata meledak….!!!
dapat BLT 750jt, sekali lagi terima kasih banyak AKI JEYAPATI, saya sudah kapok kerja jadi TKI, rencana minggu depan mau pulang aja ke sukabumi.buat aki,saya tidak akan lupa bantuan& budi baik aki.HUBUNGI AKI JEYAPTI DI NO INI 0852-4228-0055. KLIK TOGEL 2D 3D 4D 6D DISINI