Monday, May 13, 2013
Hukum pemimpin, akhbar rasis, pengkhianat
*********************
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
**********************
Renungan
******************
"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
**********************
Bersyukur kepada Allah SWT dipanjangkan-Nya usia dan diberikan kesempatan untuk kita memuzakarahkan isu semasa.
*********************
Kali ini kita menyentuh isu pasca PRU13 yang menyaksikan lebih 50 peratus pengundi memilih Pakatan Rakyat (5.5 juta pengundi berbanding BN 5.2 juta pengundi) tetapi berdasarkan sistem pilihan raya kita, Pakatan Rakyat hanya menghantar 89 wakil ke Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi manakala BN mempunyai 133 wakil.
**************************
Selepas pilihan raya, kita menyeru semua rakyat kembali bertaut; perbezaan parti dan pandangan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk terus hidup dalam suasana tegang. Bagi orang Islam, ukhuwah adalah tersangat penting; marilah kita bina suasana kehidupan harmoni bagi kita memartabatkan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama kita ke tahap tertinggi bagi mendapat keredaan-Nya di dunia dan akhirat.
**************************
Rakyat adalah unit terpenting dalam pembentukan sesebuah negara. Namun apabila membicarakan kepincangan perjalanan pilihan raya dan isu pascanya, adalah tidak wajar meluruskan telunjuk ke arah mereka, sebaliknya apa yang perlu difokuskan adalah kepada pemimpin dan organisasi serta identiti negara.
**************************
Berdasarkan dakwaan seterusnya pembuktian perkara yang meragukan dalam pengendalian pilihan raya seperti wujudnya pengundi hantu (disyaki membabitkan warga asing) dan penggunaan dakwat kekal 'yang tidak kekal', kita begitu dukacita ada pihak termasuk pegawai tinggi dan pemimpin yang berlaku curang dan khianat kepada negara.
**************************
Mereka inilah yang perlu didedahkan tembelang masing-masing dan dihukum sekeras-keras kerana menggadai negara bagi meraih sedikit kepentingan duniawi untuk diri sendiri dan organisasi mereka. Merekalah sebenarnya pengkhianat negara, namun bertopengkan insan berakhlak mulia dengan tutur kata mereka bagaikan pejuang bangsa dan negara.
***************************
Kemudian, sesetengah pemimpin apabila menyedari bahawa sebenarnya mereka 'kalah dalam kemenangan', mula membuat tuduhan perkauman seperti kononya berlakunya 'tsunami Cina' dan api perkauman ini dieksploitasi oleh sesetengah media arus perdana bagi mempamerkan kononnya mereka adalah juara dalam membela agama, bangsa dan negara.
*************************
Hakikatnya, ini adalah 'tsunami rakyat' terutama di kalangan penduduk bandar (urban) dan golongan muda dan terpelajar yang terdedah kepada maklumat terutama melalui media baru. Mereka melihat betapa perlunya suara mereka dinyatakan dalam isu membabitkan ketidak-telusan, korupsi, penyelewengan kuasa dan sebagainya.
****************************
Kita berpendapat, sentimen perkauman ini perlu diakhiri segera, rakyat perlulah bertaut bagi membina kekuatan bagi melahirkan sebuah negara bangsa yang bersih daripada perasaan curiga mencurigai sesama sendiri.
****************************8
Salah satu jalan keluarnya adalah dengan tidak memberi muka kepada pemimpin pengkhianat dan rasis - merekalah yang sebenarnya perlu ditentang oleh rakyat tidak kira apa parti, ideologi politik, bangsa dan agama mereka!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment