Thursday, July 7, 2022

Zulhijah 7, 1443: Pedulilah bahasa, tamadun sendiri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan 

"Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai daripada (hal) ini, maka Kami singkapkan daripadamu (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam." (Maksud Ayat 22 Surah Qaf)


SEJARAH mencatatkan kemaraan pejuang Islam di Eropah disekat oleh Charles Martel di Tours pada 732 Masihi. Namun begitu, hakikatnya perseteruan/persahabatan orang Frank (Perancis) - orang Islam terus berpanjangan selepas itu. 


Salah seorang raja orang Frank, Charlemagne (cucu Charles Martel) telah berhubungan dan bertukar-tukar utusan dengan khalifah tersohor dunia Islam, Harun Al-Rashid daripada bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad pada kira-kira tahun 800 Masihi.


Harun dikatakan telah menghadiahkan Raja Frank seekor gajah (luar biasa di Eropah) dan pelbagai 'barangan ajaib' dari Timur seperti set catur dan dulang emas, jam air, seruling gading dan paling penting kain tenunan bermutu tinggi dengan sulaman ayat berbahasa Arab 'Tiada Tuhan Melainkan Allah'. 


Orang Perancis sebagai bangsa 'menghargai sejarah', dikatakan masih menyimpan sesetengah barangan tidak ternilai harganya ini di Aachen, Saint Denis dan ada dibawa sehingga ke Durham, England.


Ya, demikianlah wahai pembaca, kisahnya orang Perancis yang amat 'taksub' kepada sejarah bangsa, bahasa dan tamadunnya...kita orang Malaysia terutama Melayu bagaimana? Akhirnya, saya mengucapkan selamat tinggal kepada Perancis...au revoir!


No comments: