Monday, July 4, 2016

Perbanyak kaunter beri zakat


DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari) 

KESEDARAN orang awam untuk membuat kebajikan amat tinggi. Tahun lalu, berdasarkan carta kutipan mingguan wang tabung masjid (kemuncaknya pada hari Jumaat) masjid di kampung saya tidak kurang RM2,000 tetapi bagi tahun ini saya lihat sentiasa lebih RM3,000.

Di masjid kampung sebelah pun tidak kurang hebatnya. Jika tahun lalu, jumlah kutipan mingguan menghampiri RM2,000 bagi tahun ini tidak pernah kurang RM2,000. Kalau purata kutipan mingguan RM2,000 sebulan sudah ada RM8,000. Banyak duit tu, persoalannya apa dibuat dengan duit berkenaan?

Demikianlah kesedaran orang ramai untuk turut bersama menyumbang ke arah kebaikan semakin tinggi; jika sumbangan sukarela (derma) seperti kutipan tabung masjid meningkat dari semasa ke semasa, saya percaya bayaran zakat turut mencanak naik apatah lagi pusat zakat begitu giat mempromosi kaunter pungutan zakat termasuklah di pusat membeli belah!

Jika kaunter pungutan zakat ‘berada di mana-mana’, kaunter pengagihan (beri) zakat seolah-olah ‘tidak ada di mana-mana’. Pengalaman saya berinteraksi dengan sejumlah saudara kita (baru) membayangkan betapa sukarnya mereka mendapatkan ‘wang zakat’ – sudah beberapa kali saya dirayu membawa mereka ke masjid-masjid bagi membolehkan mereka meraih simpati jemaah selepas solat berjemaah.

Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam, tidak mempercayai dan mengamalkannya menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Malah antara perkara pertama dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar As-Sidiq selepas dilantik menjadi khalifah adalah memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat.

Dalam harta orang kaya itu terdapat hak orang miskin; mereka yang cukup syarat-syaratnya wajib mengeluarkan bahagian tertentu daripada nilaian harta tersebut. Sekali lagi diulang bahawa dalam harta seseorang itu ada hak orang yang berhak mendapatkannya.

Orang yang berhak ke atasnya ada lapan golongan yang diistilahkan sebagai asnaf sebagai firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah Ayat 60 yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Wang zakat ini perlu dikeluar dan diberikan kepada asnafnya apabila sudah cukup syarat-syaratnya. Ertinya keluarkan dan berikan saja kepada golongan yang berhak tanpa diambil kira musim dan sebagainya. Kalau kita boleh memperbanyakkan kaunter kutipan zakat, kenapa pada masa yang sama tidak boleh memperbanyak kaunter mengagih zakat. Jangan ditahan wang zakat, beri saja kepada asnafnya.

Orang yang ada dalam simpanannya harta yang diwajib dikeluarkan zakat mengikut syaratnya, tetapi menangguh-nangguhkan pada masa yang kononnya sesuai mengikut jadual mereka seperti hari ulang tahun kelahiran atau hari kebesaran lain, mereka hanya mengundang ancaman daripada Allah SWT. Ertinya, dalam bab zakat ini, berikan saja kepada golongan yang berhak sebab mereka ada hak di atas harta itu, jangan banyak dolak-dalih.

Sehubungan itu, kita menasihatkan diri kita sendiri dan pihak penyampai (bantuan) zakat (pihak berkuasa) janganlah menahan-nahan wang zakat ini dan hanya tergerak untuk memberikannya pada majlis-majlis yang mereka ada kepentingan seperti menjelang pilihan raya. Sedarlah wang zakat itu adalah hak asnaf berkaitan, jadi berikan hak mereka yang berhak tanpa cuba mengeksploitasinya untuk kepentingan diri, pemimpin dan parti politik kita.

Berhubung dengan kehebatan zakat ini, kita berpendapat alangkah eloknya projek-projek pembangunan dan bantuan daripada pihak berkuasa (berada) yang mahu disampaikan kepada rakyat, mencontohi falsafah zakat – berikan hak kepada mereka yang berhak tanpa mempedulikan imbalan yang mahu diraih, misalnya mencari keuntungan dalam kempen pilihan raya.

Sehubungan itu adalah tidak perlu untuk menghebahkan projek itu dan projek ini dan menyibuk mengagih-agihan bantuan menjelang sesuatu pilihan raya. Apabila ini dilakukan maka akan timbul tanggapan bahawa perkara dilakukan tidak ikhlas, ada udang di sebalik batu atau terus terang dikatakan berlaku rasuah politik bagi menggula-gulakan rakyat.

Alangkah indahnya jika dikuti falsafah zakat tadi, ada hak rakyat dalam perolehan pemerintah yang sesetengah pihak mendakwa berbilion-bilion ringgit yang perlu diberikan kepada yang berhak dengan segera. Tidak kiralah mereka menyokong kita atau tidak, selagi mereka berhak (jika dalam kes zakat disebut asnaf), berikan hak itu kepada mereka. Usahlah buat-buat sibuk mahu mengagih-agihan hak rakyat ini masa kempen pilihan raya, berikan kepada yang berhak akan hak mereka!

Seorang ustaz menegaskan bahawa dalam membuat kebajikan termasuk menunaikan zakat hendaklah diutamakan kepada keluarga dulu dengan syarat anggota keluarga itu bukanlah dalam tanggungan kita seperti ibu bapa, isteri dan anak-anak tetapi termasuk dalam asnaf golongan layak menerima zakat seperti fakir dan miskin.

"Jadi bukan semua wang zakat yang wajib ke atas kita, diserahkan kepada pusat zakat. Hal ini perlu orang awam ketahui dan orang yang menguruskan pusat zakat pun perlu mengetahuinya. Petugas pusat zakat sewajarnya memberitahu pembayar zakat bahawa mereka boleh memilih untuk mengambil sebahagian wang yang mereka mahu zakatkan itu untuk diberikan kepada anggota keluarga mereka yang layak," tegas ustaz.

"Namun ini tidak berlaku, apa yang terjadi pusat zakat mengambil semua wang pembayar zakat dengan tidak memberi peluang kepada mereka untuk berbakti kepada kaum kerabat. Sewajarnya, pembayar zakat dinasihatkan agar mengambil sebahagian daripada wang zakat itu untuk mereka menunaikan kewajipan itu kepada kaum keluarga masing-masing," katanya.

Ustaz berkata adalah lebih afdal untuk berzakat kepada kaum kerabat kerana seseorang itu akan mendapatkan pahala lebih ketika dia salurkan zakatnya kepada kerabatnya daripada dia salurkan kepada orang lain. Ini kerana menyalurkan zakat ke keluarga nilainya berganda; selain dapat berzakat kita dapat mempererat silaturrahim.

Hal menyerahkan zakat kepada orang miskin yang masih kerabat dinilai lebih afdal daripada diberikan kepada orang lain, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya zakat kepada orang miskin nilainya zakat (saja), sedangkan zakat kepada kerabat, nilainya dua: zakat dan silaturrahim.” (HR. Nasai, Dariri, Turmudzi, Ibnu Majah dan disahihkan al-Albani) - Majmu’ Fatawa Ibnu Utsaimin 18 nombor 301

Demikianlah, apa yang biasanya berlaku kepada pembayar zakat sekarang ini - mereka menyerahkan semua wang zakat itu kepada pusat zakat manakala anggota keluarga yang layak seperti miskin, fakir, terputus perbelanjaan dalam perjalanan atau sedang menuntut ilmu tidak disantuni. Maka, makin pudarlah hubungan siraturrahim sesama anggota keluarga, misalnya seorang pakcik yang kaya dilihat 'kedekut' kerana tidak membantu si anak buah yang benar-benar memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran.

Apa yang menyedihkan pusat zakat tidak memberikan nasihat ini sebaliknya mereka cenderung mengambil semua wang yang mahu dizakatkan. Namun apa yang lebih dikesalkan, wang zakat ada kalanya digunakan untuk tujuan politik, misalnya pemimpin politik menyerahkannya pada asnaf yang layak pada saat-saat pilihan raya akan diadakan. Agihlah wang zakat dengan segera, jika kita boleh memperbanyak kaunter pungutan zakat, perbanyaklah juga kaunter beri zakat! Jangan ditahan-tahan wang orang yang berhak!

1 comment:

Unknown said...

SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI SOLEH JAFFAR,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR DAN AKHIRNYA AKI SOLEH JAFFAR MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI SOLEH JAFFAR SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI SOLEH JAFFAR …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR: 0853- 7778–3331




KLIK DISINI 2d 3d 4d 5d 6d





Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D dan alhamdulillah saya dpat Rp 150 juta dan semuaini
berkat bantuan angka dari AKI SOLEH JAFFAR]
karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
hubungi AKI SOLEH JAFFAR] DI 0853- 7778–3331
insya allah beliu akan menbatu k40esusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih.? <<< ]



الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
























































SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI SOLEH JAFFAR,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR DAN AKHIRNYA AKI SOLEH JAFFAR MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI SOLEH JAFFAR SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI SOLEH JAFFAR …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR: 0853- 7778–3331


KLIK DISINI 2d 3d 4d 5d 6d





Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D dan alhamdulillah saya dpat Rp 150 juta dan semuaini
berkat bantuan angka dari AKI SOLEH JAFFAR]
karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
hubungi AKI SOLEH JAFFAR] DI 0853- 7778–3331 insya allah beliu akan menbatu k40esusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih.? <<< ]




الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل