Friday, November 11, 2011
Lapang-lapangkan masa ke Masjid Agung, Palembang
********************
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
*********************
Renungan
*********************
"Nafsu itu benar-benar suka menyuruh yang buruk, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku." (Yusuf 12:53)
*********************
NOVEMBER ini akan menyaksikan Sukan Asia Tenggara (Sea Games) dilangsungkan di dua kota besar Indonesia; Jakarta dan Palembang.
***********************
Kepada para atlet, pegawai dan peminat sukan serta ‘wisata’ (pelancong) ke Palembang yang terletak di Sumatera Selatan, gunakan kesempatan untuk menziarahi lokasi bersejarah kota ini kerana suatu ketika dulu ia adalah pusat tamadun orang Melayu. Malah bahasa Melayu juga berasal dan berkembang dari Palembang yang membawa maksud ‘melimbang’ emas.
***********************
Peminat sejarah dan sastera Melayu tentunya arif akan asal usul raja-raja Melayu yang dikatakan berasal dari Bukit Siguntang Mahameru yang sinonim dengan kisah Wan Empuk dan Wan Malini. Jadi dalam kesempatan ke sana kunjungilah Kompleks Wisata Bukit Siguntang yang menempatkan makam-makam raja dan pahlawan Palembang asal usul keturunan Parameswara yang kemudian menjadi Raja Melaka.
**********************
Namun yang terpenting, usah melepaskan kesempatan paling bermakna bersolat di Masjid Agung Palembang yang dibina oleh salah seorang sultan terhebat Palembang, Sultan Mahmud Badarudin 1 pada 1738 Masihi.
**********************
Penulis yang berkesempatan mengunjungi dan beribadat dalam masjid ini sedikit masa dulu mendapati ada beberapa perkara menarik; antaranya kasut atau selipar jemaah ketika ditanggalkan perlu diserahkan kepada penjaga yang mengenakan sedikit bayaran.
************************
Sementara itu kuliah pengajiannya adalah dalam bahasa Melayu serupa sebutannya dengan bahasa Melayu standard di tanah air kita. Pendeknya, seseorang itu tidak berasa dia berada di bumi Indonesia sebaliknya macam berada di masjid Malaysia.
*********************
Tidak jauh dari Masjid Agung terletak Jambatan Ampera yang merentangi Sungai Musi. Jambatan ini yang dibina oleh pihak Jepun sebagai ganti rugi pencerobohannya ketika Perang Dunia Kedua dulu, kini menjadi mercu tanda kota kedua terbesar Sumatera selepas Medan.
************************
Di jambatan ini dan kawasan sekitarnya menjadi saksi pahit getir rakyat Indonesia bertarung hidup untuk mendapatkan sesuap nasi. Tukang beca, penjual jamu, penjual ‘koran (akhbar),penganggur dan pencopet mundar-mandir di sini bagi mendapatkan bahagian rezeki masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment