Friday, October 21, 2011

Tulisan kritis buku 'Travelog Wartawan Islam'

************************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. **************************** Renungan **************************** "Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menambahkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada 100 biji. Allah melipat-gandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah: 261) ****************************** Buku penulis (Roslan Hamid @ LanH), 'Travelog Wartawan Islam' telah diulas secara kritis oleh seorang wartawan Utusan Malaysia baru-baru ini. ***************************** Berikut adalah tulisan beliau dalam akhbar Utusan Malaysia keluaran Jumaat, 14 Oktober 2011. Tulisan ini juga boleh diperolehi di Utusan Online. ******************************* SUKA DUKA DUNIA WARTAWAN ****************************** Oleh SITI AINIZA KAMSARI ********************************** DENGAN tajuk yang sangat mengujakan dan reka bentuk kulit yang menarik, buku ini seharusnya menjadi milik khususnya mereka yang bergelar wartawan mahupun mereka yang menanam cita-cita untuk menjadi wartawan. ******************************** Mungkin dengan menghayati buku ini, satu semangat baru dapat dibina di kalangan mereka yang bertugas sebagai wartawan untuk terus memberikan khidmats dengan lebih cemerlang. Bukan sahaja setakat menyebarkan maklumat tetapi kerana turut membantu mendidik masyarakat. *************************************** Kepada mereka yang baru berjinak-jinak dan bercita-cita dalam bidang ini, mungkin dengan membacanya akan memudahkan mereka membuat satu pilihan yang sangat tepat. ******************************************* Malah turut ditiup satu semangat yang tinggi untuk berbakti kepada negara, agama dan bangsa melalui tugas sebagai seorang wartawan. ********************************************** Namun sasaran yang seperti itu, bukan menjadi matlamat atau objektif buku ini ditulis malah adalah sebaliknya! ***************************************** Penulis berjaya menimbulkan satu perasaan bahawa tugas wartawan tidaklah bersifat murni sebagaimana tugas-tugas mulia yang lain seperti guru atau pensyarah. ********************************* MENGEJAR 'DEADLINE" ********************************* Ini kerana apabila si penulis berjaya memperkenalkan satu istilah yang mungkin bukan sesuatu yang baru tetapi berjaya diperkenalkan semula mengikut cita rasanya sendiri (menerusi pengalaman) iaitu wartawan sekular! ********************************* Maka buku ini bagaikan sebuah catatan kecewa seorang wartawan apabila tuntutan tugasnya selama ini menyebabkan beliau tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya kepada Tuhan. ******************************** Sama ada kesempatan untuk menyempurnakan solat fardu lima waktu, menghadiri kelas belajar dan mengaji al-Quran sehinggalah menghalangnya untuk menyambut setiap kali tibanya 1 Syawal! *********************************** Di awal buku ini, penulis berkongsi segala pengalamannya ketika bertugas sebagai wartawan yang membawa kepada tanggungjawab yang lebih berat iaitu Pengarang Luar Negara yang membolehkannya menjenguk dunia lebih dari orang lain. **************************************** Pengalaman selok-belok dan liku-liku atau rencah kehidupan seorang wartawan lazimnya bahan yang sangat menarik untuk dibaca. Tanpa meninggalkan cabaran dimarahi oleh ketua, mengejar deadline dan sebagainya. **************************************** Namun semua itu diceritakan juga kesukaran penulis mencari ruang masa dan tempat untuk bersolat akibat terkejar-kejar untuk mendapat dan menyiapkan bahan berita. ************************************** Semua ini membuat beliau berada dalam keadaan terfikir, muhasabah diri dan akhirnya dilema yang membuatkan beliau meletakkan jawatan pada jawatan terakhir sebagai Pengarang Luar Negara apabila tekanan demi tekanan kerja yang semakin menyukarkan dirinya melaksanakan tanggungjawab terhadap-Nya. *******************************8 Dalam bab 5: Akhbar - Medan Kebaikan, Keburukan mengupas lebih banyak lagi mengenai dilema seorang wartawan Muslim dengan bidang-bidang tugas mereka yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai keadaan yang menyebabkan mereka menjadi kurang selesa. ************************************ LEBIH TENANG ********************************* "Kerjaya wartawan adalah kerjaya yang mulia. Dalam dunia semakin mencabar sekarang, akhbar boleh menjadi medan untuk memperjuangkan kebaikan tetapi pada masa yang sama juga boleh mempamerkan kejelekan. ********************************************** "Kebanyakan bahan yang disiarkan menjuruskan kepada kebaikan tetapi tidak kurang juga yang menjurus kepada kebinasaan". (muka surat 23) ******************************************* Ditambah pada detik beliau berpeluang melawat makam Imam Bukhari di Samarkand. Kemudiannya beliau melihat sendiri bagaimana para penduduk Islam di bekas negara Kesatuan Sosialis Republik Soviet (USSR) mampu mengalunkan dengan baik bacaan ayat-ayat al-Quran walaupun selama ini mereka berada dalam cengkaman komunis, iaitu apabila fahaman dan amalan terhadap Islam adalah dilarang. ***************************************8 Berbanding diri penulis yang merupakan rakyat sebuah negara Islam, yang sepatutnya adalah lebih baik lagi tetapi bagaimana hendak membaca al-Quran dengan baik sedangkan huruf-huruf bacaan pun beliau tidak kenal. **************************************** Detik-detik kembara rohani ketika bertugas di luar negara seperti inilah membuahkan keinsafan yang bukan sedikit kepada penulis. ******************************* Tetapi malangnya tuntutan dan tekanan tugas sebagai wartawan dan pengarang tidak banyak memberikannya peluang untuknya kembali. ************************************** Lantas beliau mengambil keputusan berhenti setelah puas bergelumang dalam dunia kewartawanan walaupun keputusan tersebut ditentang oleh banyak pihak terutamanya oleh rakan dan barisan para editor yang lainnya. ******************************* Buku ini kemudiannya dipenuhi dengan mengambil semula catatan-catatan penulis ketika mengisi kolum yang pernah beliau siarkan ketika bertugas di sebuah syarikat akhbar terkemuka negara. ****************************************8 Ia meliputi pelbagai tajuk tanpa terhad kepada bidang tugasnya sebagai Pengarang Meja Luar Negara itu. ********************************************* Lalu diakhir penulisannya, penulis menyatakan kehidupan beliau yang lebih tenang kini termasuk sudah mampu membaca al-Quran. ********************************** "Inilah kebahagiaan yang gagal saya temui ketika sibuk menjalani kehidupan sebagai seorang wartawan," katanya. ****************************************** Mungkin yang boleh kita katakan, segala-galanya terletak pada diri kita sendiri bagaimana sebuah kerjaya yang semulia wartawan ini akan tetap mulia tanpa perlu ada alasan tidak dapat solat dan sebagainya. ************************************ Ini kerana adalah lebih wajar kepada penulis buku ini untuk memberi jalan-jalan penyelesaian secara tuntas dan praktikal agar dunia kewartawanan ini tidak melahirkan wartawan yang sekular malah sepatutnya semakin dekat kepada-Nya. **************************************** Bukan dengan cara dengan berhenti dan dapatkan kerja lain sebagai satu cara penyelesaian mudah. Ini supaya semakin ramai kalangan Muslim menyertai bidang yang sangat mencabar ini dan mereka mampu memberikan sumbangan yang bererti dan menjadi contoh kepada seluruh masyarakat. ****************************************** Ini belum lagi kita membicarakan soal kebebasan menulis atau menyatakan pendapat tetapi peluang tetap ada untuk seorang wartawan itu menyebar ilmu, menegakkan kebenaran dan melawan segala kepalsuan. *************************************** Setiap pekerjaan baik pasti ada cabaran dan halangan namun sebagaimana seorang pendakwah jangan ada perkataan putus asa dan kecewa dalam hidup mereka. Dalam banyak keadaan yang lain, Allah akan sentiasa memberikan jalan dan memudahkan urusan asal sahaja niat tidak berubah kerana ibadah dan semuanya kerana Allah! ********************************************* Sekalipun dalam dilema menyiarkan kisah seorang artis dengan aksi dan gambar seksi, misalnya yang mendedahkan aurat, maka di situlah kebijaksanaan wartawan bagaimana dalam tulisannya. Beliau mampu berdakwah dan menasihat, bagai menarik benang dalam tepung, benang tidak putus dan tepung dan tidak berselerak! *************************** Buku ini wajar dibaca oleh semua golongan supaya akhirnya dapat menilai dengan bijak akan kerjaya wartawan kerana selama bilapun kerjaya tersebut ada sumbangan yang besar kepada masyarakat.

1 comment:

Hooyeah said...

Alhamdulillah saya sudah selesai membaca buku Encik.Buku ini menarik.Gambar kulit depan dan tajuk yang sangat menarik yang membuatkan saya membeli buku ini