Monday, October 31, 2011

Fikir-fikirkanlah jika hutang atasi aset...

********************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. *********************** Renungan ********************* Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya." (Surah Al-Kahfi, ayat 109) *********************** KETIKA ini salah satu kelas pengajian mingguan di masjid berhampiran rumah saya membicarakan bab faraid. Pelajaran bab ini sudah berlangsung beberapa minggu, mutakhir ini ustaz menerangkan bagaimana menguruskan harta pusaka si mati. Sebelum memfaraidkan harta pusaka oleh waris, perlulah dibereskan daripada harta si mati beberapa urusan seperti belanja mengurus jenazah, kemudian dibayar hutang kepada Allah (seperti fidyah puasa dan badal haji) serta hutang sesama manusia, kemudian diselesaikan harta sepencarian membabitkan isteri/suami dan apabila semua perkara-perkara berkaitan dapat dibereskan, barulah harta si mati dibahagikan mengikut hukum faraid. ********************* Ustaz itu kemudian memberikan contoh pengiraan pembahagian harta pusaka. Tidak menjadi masalah besar jika harta pusaka si mati mengatasi hutangnya tetapi apa akan terjadi jika hutangnya lebih banyak daripada harta yang ditinggalkan, tentunya pewaris akan 'pucat muka' dan terkebil-kebil biji mata mereka. Katakan si mati meninggalkan harta yang keseluruhannya bernilai RM500,000 tentunya pewaris seperti anak, isteri dan sebagainya menyangkanya banyak dan tertanya-tanya berapa yang akan mereka perolehi daripada bahagian masing-masing tetapi selepas disemak hutang si mati berjumlah RM600,000; pendeknya hutang lebih banyak daripada aset; apa akan terjadi selepas itu? Berputih matalah anak isteri. ************************** Tentunya waris tidak keruan, mereka sebenarnya bukan dapat harta pusaka, sebaliknya perlu membereskan hutang sebanyak RM100,000. Membereskan hutang itu tanggungjawab waris, tetapi apa akan terjadi jika waris tidak dapat membayarnya? "Menjadi kewajipan pihak berkuasa (seperti Baitulmal) untuk melangsaikannya," kata ustaz. *************************** Demikianlah dalam kehidupan ini, terutama pada zaman orang banyak berhutang sekarang ini seperti penggunaan pelbagai kad kredit, dikhuatiri seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan mempunyai beban hutang yang terlalu banyak. *************************** Tentunya si mati 'sudah selamat' dimasukkan ke dalam kubur (dari sisi pandangan dunia) tetapi keluarga yang ditinggalkan akan menanggung bahana berpanjangan. Hakikatnya bukan saja keluarga saja yang menderita di dunia, si mati juga menghadapi 'masalah yang tersangat hebat' di alam barzakh disebabkan hutangnya itu apatah lagi mereka yang sengaja tidak mahu membayar hutang atau melengah-lengah atau mencari dalih mengelak diri daripada membayarnya. **************************** Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi." Sabda Baginda lagi, bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai, dan Ibn Majah) ****************************** Sekalipun ancaman terhadap orang berhutang adalah besar tetapi berhutang seolah-olah sudah menjadi budaya masyarakat kita. Hampir semua kegiatan jual beli berhutang. Beli rumah hutang. Beli kereta hutang. Beli televisyen hutang. Beli perabot hutang. Beli barangan runcit dan ikan pun hutang. Malah makan di warung pun hutang dengan ditulis dalam buku 555. ***************************** Jadi tidak takutkah jika kita mati nanti meninggalkan aset banyak bernilai RM500,000 tetapi hutang kita sekeliling pinggang berjumlah RM600,000! Kita bukan menyenangkan anak isteri yang ditinggalkan sebaliknya menyusahkan mereka! Ya Allah, Kau ampuni dosa hamba-hambamu ini.

Friday, October 28, 2011

Bertuah rakyat jika RM3 dapat makan ayam, daging...

******************************* DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ******************************** RENUNGAN ****************************** "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas pundak kami apa-apa yang tidak ada kesanggupan kami. Maafkan kami dan ampuni dosa kami dan kasihanilah kami. Engkau wali (pemimpin) kami, maka tolonglah kami melawan kaum yang kafir." (Maksud Ayat 286 Surah Ali Imran) **************************** Bersyukur ke hadrat Allah SWT kita masih dipanjangkan usia; dapatlah kita memuzakarahkan isu semasa, kali ini kita menyentuh hal yang paling asas dan dekat dengan manusia itu makanan. Makanan adalah antara tiga keperluan asas manusia selain rumah (kediaman) dan pakaian. ****************************** Bagi keluarga miskin, sebahagian besar daripada pendapatan mereka (mungkin 60 peratus) digunakan untuk menampung keperluan makanan ini. Misalnya jika pendapatan isi rumah sebuah keluarga dengan empat anggota keluarga adalah RM500 sebulan, RM300 daripadanya digunakan untuk membeli makanan. Namun semakin tinggi perolehan rakyat, semakin kuranglah peratusan pendapatan mereka digunakan untuk membeli makanan. Misalnya sebuah keluarga yang terdiri daripada suami isteri dan dua anak dengan pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan, jika mereka memperuntukan RM1,000 sekalipun untuk membeli makanan, itu hanya 10 peratus daripada pendapatan mereka. ************************************** Berdasarkan hujah ini, orang miskin perlu berhati-hati dalam perbelanjaan mereka hatta dalam membeli makanan sekalipun. Misalnya jika RM300 sudah diperuntukkan untuk membeli makanan, sedikit kenaikan dalam harga barangan keperluan akan menjejaskan kehidupan rumah tangga mereka. Jika berlaku peningkatan lima peratus dalam kenaikan harga barang, mereka sudah 'menggelupur'. Ini kerana RM15 terpaksa 'dikorek' daripada baki wang RM200; jadi bertambah sukarlah mereka hendak menjelaskan bayaran lain seperti sewa rumah, perbelanjaan sekolah anak-anak dan tambang pengangkutan. ********************************** Keluarga yang berpendapatan RM10,000 tadi tentunya tidak banyak terasa kenaikan barangan sebanyak lima peratus itu. Jika itu berlaku, pertambahan perbelanjaan makanan mereka hanya meningkat kepada RM1,050 sahaja. Pertambahan belanja makanan sebanyak RM50 tidak mendatangkan kesan apa-apa kepada mereka, jadi mereka tidak terasa apa-apa. ********************************** Orang berketurunan kaya dan berdarjat yang tidak pernah terbabit secara terus membeli barangan keperluan seperti gula kopi, asam belacan dan ikan ayam (tidak pernah ke pasar), sebaliknya hanya tahu menikmati makanan lazat dihidangkan di atas meja berkilat oleh pembantu, lagilah tidak tahu akan kesan kenaikan harga barangan. Jika ditanya sekilogram harga beras pun mereka tidak tahu, apatah lagi barangan seperti ikan 'koman' makanan rakyat marhaen seperti cencaru, kembong dan gelama yang harganya sentiasa turun naik di pasaran. Mungkin mereka pun tidak tahu harga 'ikan makanan orang kaya' seperti parang dan tenggiri yang sudah melambung lebih RM20 sekilogram. ********************************* Antara kumpulan orang yang paling arif tentang harga barangan keperluan adalah suri rumah. Biasanya si suami akan menyerahkan perbelanjaan dapur kepada si isteri; katakan RM300 sebulan seperti contoh dinyatakan. Daripada RM300 itu; puratanya mereka hanya mampu berbelanja RM10 setiap hari. Apa yang dapat dibeli dengan RM10? Kasihan, pening suri rumah tadi memikirkan hal ini. ********************************** Harga ikan kembong paling murah pun sudah RM8 sekilogram; udang usah cakaplah sudah mencecah RM16 sekilogram; manakala sekilogram daging tempatan RM18 manakala ayam RM15-RM20 seekor! Itu baru lauk pauk, bagaimana bahan asas seperti beras, tepung, gula, kopi, asam garam dan minyak yang biasanya dibeli sekali untuk keperluan sebulan? Kalau keluarga yang ada bayi, bagaimana keperluannya seperti susu yang bukan murah; setin saja yang berjenama sudah mencecah RM50! Kemudian lampin pakai buang dan jika anak dihantar kepada pengasuh, kosnya sudah ratusan ringgit. ******************************** Inilah masalah yang dihadapi kebanyakan rakyat di negara ini. Harga barangan keperluan yang mahal inilah yang perlu pemerintah fikirkan, bukan seronok mempublisitikan makanan murah, sarapan boleh didapati dengan harga RM2 manakala makan tengah hari RM4 melalui Menu 1-Malaysia. Malah dipublisitikan PM dapat merasai makanan tengah hari dengan lauk dua ketul ayam, daging goreng, sayuran tauge dan popadum dengan harga RM3. ************************ Jika dengan RM3 PM boleh makan ayam dan daging, dengan belanja RM10 sehari seorang suri rumah pula hanya mampu menyediakan juadah nasi berlaukkan ikan kembong dan sayur goreng untuk keluarganya. Itupun bersyukurlah kerana ada yang makan nasi berlaukan sayur lombong malah ada yang makan cuma sekali sehari!

Wednesday, October 26, 2011

Puduraya...oops...Pudu Sentral revisited

*********************** In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessing and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w ********************** Reflection *********************** Every self will taste death. You would be paid your wages in full on the Day of Rising. Anyone who is distanced from the Fire and admitted to the Garden has triumphed. The life of this world is just the enjoyment of delusion. - Qur'an, 3:185 ************************* AFTER the closure of' 'Hentian' (Terminal) Puduraya in March 2010 for upgrading and renovation work, I have not been there since. ************************* When it was reopened in April 2011, it was unnessary for me to go there since all buses going to my destination (to south of KL) are now stationed in 'Terminal Bersepadu Selatan' (TBS) in Bandar Tasik Selatan which was opened last March. Nowadays Puduraya only caters for north bound buses and buses to Seremban. ************************** So my daily journey to and fro Melaka and Kuala Lumpur only revolves around Melaka Sentral, TBS and the Titiwangsa LRT station. Puduraya is not on the list of stopovers; but while on the LRT, I still can have a look at the Puduraya building and abandoned Plaza Rakyat construction site, located next to the bus terminal. Nothing has changed at the construction site of Plaza Rakyat, concrete pillars and iron rods are left rusting away, perhaps its ground are dotted with a few puddles of black dirty water which have become breeding areas for mosquitoes. ************************ Looking at the Puduraya terminal from the train, evokes memories of yesteryears of 1970s and 1980s. It was Puduraya that I frequented during my college and university days to catch buses to my home state, especially during term breaks. Nowadays, the huge wording 'Hentian Puduraya' placed on the wall of the fourth floor is nowhere to be seen; but anyway, the wording would be Pudu Sentral and not Puduraya. **************************** The name Pudu Sentral was requested by Prime Minister, Dato' Seri Najib Razak when he revisted the newly renovated terminal a few days before the last Hari Raya (August 2011). It was due to the PM's maiden visit to Puduraya in the middle of 2009 that saw the relevant authoities especially Urban Development Authority (UDA) through its subsidiary, UDA Holdings Berhad, who owns and manages the terminal, worked tirelessly to upgrade it and provide more comfort to travellers. The total costs of the upgrading work was RM52 million; the works divided into three phase; the first of the upgrading involving a new waiting area on the first floor and a passage from the Plaza Rakyat LRT station that costs RM4.5 million. ****************************** The second phase of upgrading works such as erecting ticket counters on the first floor; pedestrian paths; a food court on the rooftop; and rebuild of the ventilation system in the basement costs about RM32 million and rest of the money was allocated for the third phase which involved mechanical and electrical works including upgrading the waiting area in the basement and the mezzanine floor; several new escalators, more people and goods lifts; as well as upgrading of the basement. *************************** Recently I took my time to visit Puduraya...oops...Pudu Sentral. I entered the terminal via the entrance from the LRT station; the passage to the station was not impressive, it was the same old one that I had often used before Puduraya was closed in March 2010. Except for the floors of the five meters breadth pathway between Puduraya and covered walkway to LRT station which was newly tiled and gleaming; the rest of the infrastructure there were the same old thing. **************************** But inside Pudu Sentral, I noticed a lot of changes. Ticket booths are nowhere to be seen when one enters its gate from the LRT Station. Instead there are few mini shop lots there; and as I passed one of them, a middle aged lady greeted me and after a brief introduction, she said she had not seen me for a long time. ****************************** Yes, during ‘the era’ of old Puduraya, I was a regular customerto her stall, it was of a great feeling she still recognized me. She told me her business of tidbits such as sweets and crackers, newspapers and magazine was ready bad as the volume of patrons at Pudu Sentral was not even half of that during the ‘glorious days’ of yesteryears. ********************************* "You know this station only caters for passengers to the North; we do not have a large crowd. Business is bad, and another bad news is that the rental of my stall is RM1,500 per month compared to only RM1,000 during the time of old Pudutaya," she said. ***************************** She admitted she had not paid the rental for a few months now and hoped the relevant authorities could find solution for the stall owners’ woes. **************************** Her neighbor who is operating a luggage keeping business said, the rent of her premises was RM2,000 per month; and judging from the money collected for the few months since Pudu Sentral was reopened, she was afraid she could not effort to continue her business. ****************************** As I walked further on the same floor, I saw rows of glass cubicles that covered entrances of staircases to the platform area where passengers alighted or boarded buses. Perhaps there were 20 of them. Each cubicle has a sliding door; when a passenger wants to go down the stairs, he or she presses a button and the door would open and then close back. In this way, the waiting area at Level One would be free of fumes from the platform areas. ********************************** I then walked to furthest end of Pudu Sentral to observe the ‘former’ bottleneck situation; that was the chaotic area when the buses enter the parking area at the basement. The road leading to the parking area only allows one bus to enter at a time. ********************************** Previously the stretch was very chaotic; tens of buses had to wait for their turn to enter the terminal. Sometimes, passengers had to embark one kilometer away from the station and walk all the way to the terminal. ********************************** During my recent visit, I found that the ‘bottleneck; had not changed much; only one bus could enter the terminal at a time but the turning area and passage for the buses had been widened and this contributed to easy and fast parking of the buses. ********************************** As the number of buses now are less than before the renovation of Puduraya, perhaps the chaotic situation at the entrance is now a thing of past. After observing the basement area for a few minutes, I walked up the staircase to the waiting area at Level One. Pudu Sentral now boasts ample seating and waiting space; rows and rows of gleaming new aluminium seats can be seen. ************************************** I then used an escalator to go to the ‘surau’ (small masjid) at Level Three for ‘maghrib’ (dusk) prayers. The 'surau' was quite big and fully air-conditioned. I thought the ‘surau’ could easily accomodate 300 ‘jemaah’ (congregators). I was informed Friday prayers are also held at this ‘surau’. *************************************** I also visited the food court on the rooftop. There were different sections for Muslims and non Muslims stalls. Not many patrons realize that there is a food court in Pudu Sentral and furthermore it is on an isolated level, so some stall owners business face difficulties in sustaining their businesses.

Monday, October 24, 2011

Jurukempen kebaikan terlalu kurang...

**************************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ************************************************** Renungan "Oleh itu, jika mereka bertaubat (daripada kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama, dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui." (At-Taubah Ayat 11) *** ******************************** UNTUK berjaya dalam dakwah, kita perlukan jurukempen yang kuat dan ramai dengan usaha berterusan, kata seorang ustaz dalam satu tazkirah yang saya hadiri baru-baru ini. Kita tidak perlu merujuk jauh, jenguk dan amat-amatilah iklan di televisyen; ada satu iklan berbunyi: "Minum....anda jadi sihat dan ......" ******************************** Slogan jenama ini diulang-ulang, lagi kerap lagi bagus sehinggalah sekarang ini ia sudah sebati dalam masyarakat. Orang sudah tahu bahawa minum...jadi sihat...dan hampir 100 peratus yakin jika mengambil jenama ini dia akan sihat. Di sini kita tidak berhajat menyentuh kebenaran dakwaan pihak berkenaan tetapi ingin menegaskan apabila sesuatu perkara itu diledakkan dalam kepala seseorang secara berulang-ulang puluhan, ratusan, ribuan, puluhan ribuan atau jutaan kali, akhirnya orang yang dipropaganda itu akan mengaku kalah. ******************************** Inilah juga sebahagian ajaran Menteri Propaganda Jerman era Adolf Hitler, Joseph Goebbels, yang antara lain menyebut: 'a propaganda theme must be repeated' (tema propaganda mesti diulang-ulang). ******************************** Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam satu majlis ceramahnya yang saya ikuti juga menyebut akan kaedah propaganda ini. Katanya sekarang ini walaupun sesuatu perkara kita yakini tidak betul pada mulanya tetapi akibat propaganda yang agresif, keyakinan kita mula terhakis dan lambat-laun kita mula percaya apa yang dipropagandakan itu. ********************************** Ambil contoh belanjawan kerajaan Pusat sekarang ini, apabila semua media massa mencanangkan ia terbaik...terbaik...terbaik dan diulang ratusan dan ribuan kali pada setiap ruang dan peluang, maka hampir semua orang akan mengungkapnya kembali, terbaik...terbaik...terbaik. Maka mungkin tiada yang berkata ia tidak baik. Orang yang pada mulanya berkata tidak baik, apabila diledakkan dalam otaknya hampir setiap masa manakala ungkapan itu diihat dalam semua media, akhirnya dia juga akan mengaku kalah dan berkata, terbaik...terbaik...terbaik. ********************************* Berbalik kepada ustaz yang bertazkirah tadi, katanya, kempen ke arah kebaikan juga perlu dilakukan secara agresif; beliau memberikan contoh ini - Seorang ulama tersohor dijadualkan akan berceramah di masjid kita; jadi kita sebagai tukang kempen perlulah bekerja keras; misalnya kita mulalah mencetak dan mengedarkan 50,000 'flyer' (kertas edaran maklumat majlis) di kawasan berkenaan; barulah majlis kita mendapat sambutan. Itu pun jumlah yang hadir mungkin 5,000 atau 10,000 orang saja. ********************************** Jika dengan mengedarkan 50,000 'flyer' kepada orang ramai hanya 1/5 atau 1/10 daripada mereka saja yang datang, bayangkan jumlah hadirinnya kita tidak membuat kempen itu. "Mungkin yang datang adalah macam jumlah hadirin di majlis ini (20-30) orang saja," kata ustaz itu. ************************************* Demikianlah, dalam dakwah kepada masyarakat, jurukempennya (pendakwah) perlu ramai dan melakukannya secara berulang-ulang kali, kata ustaz itu. Misalnya, bercakap mengenai kebesaran Allah, kita terus menerus bercakap mengenai hal ini tanpa rasa jemu dan penat, insya-Allah lama kelamaan akan tertanam juga di hati sebahagian daripada anggota masyarakat akan apa kita nyatakan itu. Apabila Allah SWT memberi hidayah, tidak ada apa yang dapat menghalangnya lagi, namun dalam masyarakat kita hari ini, tidak ramai rela berkorban menjadi jurukempen kebaikan. ******************************** Bagi yang sudah menjadi jurukempen kebaikan, teruslah istikamah berkempen tetapi jangan lupa untuk berdoa, memohon kejayaan kepada-Nya, kata ustaz itu.

Friday, October 21, 2011

Tulisan kritis buku 'Travelog Wartawan Islam'

************************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. **************************** Renungan **************************** "Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menambahkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada 100 biji. Allah melipat-gandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah: 261) ****************************** Buku penulis (Roslan Hamid @ LanH), 'Travelog Wartawan Islam' telah diulas secara kritis oleh seorang wartawan Utusan Malaysia baru-baru ini. ***************************** Berikut adalah tulisan beliau dalam akhbar Utusan Malaysia keluaran Jumaat, 14 Oktober 2011. Tulisan ini juga boleh diperolehi di Utusan Online. ******************************* SUKA DUKA DUNIA WARTAWAN ****************************** Oleh SITI AINIZA KAMSARI ********************************** DENGAN tajuk yang sangat mengujakan dan reka bentuk kulit yang menarik, buku ini seharusnya menjadi milik khususnya mereka yang bergelar wartawan mahupun mereka yang menanam cita-cita untuk menjadi wartawan. ******************************** Mungkin dengan menghayati buku ini, satu semangat baru dapat dibina di kalangan mereka yang bertugas sebagai wartawan untuk terus memberikan khidmats dengan lebih cemerlang. Bukan sahaja setakat menyebarkan maklumat tetapi kerana turut membantu mendidik masyarakat. *************************************** Kepada mereka yang baru berjinak-jinak dan bercita-cita dalam bidang ini, mungkin dengan membacanya akan memudahkan mereka membuat satu pilihan yang sangat tepat. ******************************************* Malah turut ditiup satu semangat yang tinggi untuk berbakti kepada negara, agama dan bangsa melalui tugas sebagai seorang wartawan. ********************************************** Namun sasaran yang seperti itu, bukan menjadi matlamat atau objektif buku ini ditulis malah adalah sebaliknya! ***************************************** Penulis berjaya menimbulkan satu perasaan bahawa tugas wartawan tidaklah bersifat murni sebagaimana tugas-tugas mulia yang lain seperti guru atau pensyarah. ********************************* MENGEJAR 'DEADLINE" ********************************* Ini kerana apabila si penulis berjaya memperkenalkan satu istilah yang mungkin bukan sesuatu yang baru tetapi berjaya diperkenalkan semula mengikut cita rasanya sendiri (menerusi pengalaman) iaitu wartawan sekular! ********************************* Maka buku ini bagaikan sebuah catatan kecewa seorang wartawan apabila tuntutan tugasnya selama ini menyebabkan beliau tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya kepada Tuhan. ******************************** Sama ada kesempatan untuk menyempurnakan solat fardu lima waktu, menghadiri kelas belajar dan mengaji al-Quran sehinggalah menghalangnya untuk menyambut setiap kali tibanya 1 Syawal! *********************************** Di awal buku ini, penulis berkongsi segala pengalamannya ketika bertugas sebagai wartawan yang membawa kepada tanggungjawab yang lebih berat iaitu Pengarang Luar Negara yang membolehkannya menjenguk dunia lebih dari orang lain. **************************************** Pengalaman selok-belok dan liku-liku atau rencah kehidupan seorang wartawan lazimnya bahan yang sangat menarik untuk dibaca. Tanpa meninggalkan cabaran dimarahi oleh ketua, mengejar deadline dan sebagainya. **************************************** Namun semua itu diceritakan juga kesukaran penulis mencari ruang masa dan tempat untuk bersolat akibat terkejar-kejar untuk mendapat dan menyiapkan bahan berita. ************************************** Semua ini membuat beliau berada dalam keadaan terfikir, muhasabah diri dan akhirnya dilema yang membuatkan beliau meletakkan jawatan pada jawatan terakhir sebagai Pengarang Luar Negara apabila tekanan demi tekanan kerja yang semakin menyukarkan dirinya melaksanakan tanggungjawab terhadap-Nya. *******************************8 Dalam bab 5: Akhbar - Medan Kebaikan, Keburukan mengupas lebih banyak lagi mengenai dilema seorang wartawan Muslim dengan bidang-bidang tugas mereka yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai keadaan yang menyebabkan mereka menjadi kurang selesa. ************************************ LEBIH TENANG ********************************* "Kerjaya wartawan adalah kerjaya yang mulia. Dalam dunia semakin mencabar sekarang, akhbar boleh menjadi medan untuk memperjuangkan kebaikan tetapi pada masa yang sama juga boleh mempamerkan kejelekan. ********************************************** "Kebanyakan bahan yang disiarkan menjuruskan kepada kebaikan tetapi tidak kurang juga yang menjurus kepada kebinasaan". (muka surat 23) ******************************************* Ditambah pada detik beliau berpeluang melawat makam Imam Bukhari di Samarkand. Kemudiannya beliau melihat sendiri bagaimana para penduduk Islam di bekas negara Kesatuan Sosialis Republik Soviet (USSR) mampu mengalunkan dengan baik bacaan ayat-ayat al-Quran walaupun selama ini mereka berada dalam cengkaman komunis, iaitu apabila fahaman dan amalan terhadap Islam adalah dilarang. ***************************************8 Berbanding diri penulis yang merupakan rakyat sebuah negara Islam, yang sepatutnya adalah lebih baik lagi tetapi bagaimana hendak membaca al-Quran dengan baik sedangkan huruf-huruf bacaan pun beliau tidak kenal. **************************************** Detik-detik kembara rohani ketika bertugas di luar negara seperti inilah membuahkan keinsafan yang bukan sedikit kepada penulis. ******************************* Tetapi malangnya tuntutan dan tekanan tugas sebagai wartawan dan pengarang tidak banyak memberikannya peluang untuknya kembali. ************************************** Lantas beliau mengambil keputusan berhenti setelah puas bergelumang dalam dunia kewartawanan walaupun keputusan tersebut ditentang oleh banyak pihak terutamanya oleh rakan dan barisan para editor yang lainnya. ******************************* Buku ini kemudiannya dipenuhi dengan mengambil semula catatan-catatan penulis ketika mengisi kolum yang pernah beliau siarkan ketika bertugas di sebuah syarikat akhbar terkemuka negara. ****************************************8 Ia meliputi pelbagai tajuk tanpa terhad kepada bidang tugasnya sebagai Pengarang Meja Luar Negara itu. ********************************************* Lalu diakhir penulisannya, penulis menyatakan kehidupan beliau yang lebih tenang kini termasuk sudah mampu membaca al-Quran. ********************************** "Inilah kebahagiaan yang gagal saya temui ketika sibuk menjalani kehidupan sebagai seorang wartawan," katanya. ****************************************** Mungkin yang boleh kita katakan, segala-galanya terletak pada diri kita sendiri bagaimana sebuah kerjaya yang semulia wartawan ini akan tetap mulia tanpa perlu ada alasan tidak dapat solat dan sebagainya. ************************************ Ini kerana adalah lebih wajar kepada penulis buku ini untuk memberi jalan-jalan penyelesaian secara tuntas dan praktikal agar dunia kewartawanan ini tidak melahirkan wartawan yang sekular malah sepatutnya semakin dekat kepada-Nya. **************************************** Bukan dengan cara dengan berhenti dan dapatkan kerja lain sebagai satu cara penyelesaian mudah. Ini supaya semakin ramai kalangan Muslim menyertai bidang yang sangat mencabar ini dan mereka mampu memberikan sumbangan yang bererti dan menjadi contoh kepada seluruh masyarakat. ****************************************** Ini belum lagi kita membicarakan soal kebebasan menulis atau menyatakan pendapat tetapi peluang tetap ada untuk seorang wartawan itu menyebar ilmu, menegakkan kebenaran dan melawan segala kepalsuan. *************************************** Setiap pekerjaan baik pasti ada cabaran dan halangan namun sebagaimana seorang pendakwah jangan ada perkataan putus asa dan kecewa dalam hidup mereka. Dalam banyak keadaan yang lain, Allah akan sentiasa memberikan jalan dan memudahkan urusan asal sahaja niat tidak berubah kerana ibadah dan semuanya kerana Allah! ********************************************* Sekalipun dalam dilema menyiarkan kisah seorang artis dengan aksi dan gambar seksi, misalnya yang mendedahkan aurat, maka di situlah kebijaksanaan wartawan bagaimana dalam tulisannya. Beliau mampu berdakwah dan menasihat, bagai menarik benang dalam tepung, benang tidak putus dan tepung dan tidak berselerak! *************************** Buku ini wajar dibaca oleh semua golongan supaya akhirnya dapat menilai dengan bijak akan kerjaya wartawan kerana selama bilapun kerjaya tersebut ada sumbangan yang besar kepada masyarakat.

Thursday, October 20, 2011

Of Steve Jobs and doing good deeds in Islam

***************************** In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ******************************* Reflection ****************************** The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. *********************************** THE Holy Prophet said: "On the Day of Judgment, one will not be able to move away before Allah SWT until he has accounted for his i) life and how it was spent; ii) knowledge and to what use it was put; iii) wealth and to how its was acquire and spent and; iv) body to how it was utilized." ************************************** The Holy Qur’an warns: "O ye who believe! Ward off from yourselves and your families a Fire whereof the fuel is men and stones. Over which are set angels strong, severe, who resist not Allah in that which He commandeth them, but do that which they are commanded." (Qur’an 66:6) ************************************ I noted the meaning of the above hadith and Qur’anic verse at a time when my e-group former college batch had a heated discussion on the demise of Apple co-founder, Steve Jobs who died at the age of 56. He was seven years older than me and my batch class of Form Five 1979 who would be half a century (50 years old) next year. ********************************** Jobs may just have been the most important innovator in the remarkable business history of the United States or perhaps the world. Among the icons of American design in the Museum of Modern Art are 45 of his products. Jobs was said to be the PC and everything good about it that has evolved. *********************************** Even though Jobs and his inventions cannot be separated, he also left several messages such as how to lead a happy, rewarding and fulfulling life; to be successful if we put our spouse and children above all else (of course as Muslims God and His Prophet are our top priority); to find out hidden opportunity whatever the situation is and to look at the positive side at things and circumstances. ************************************ Perhaps it was too late for the majority of us from the 1979 batch to make a fraction of what Steve Jobs had contributed to mankind and the human race; so thanks Jobs but this message from a friend in Kuwait, made me stop to ponder for a few minutes: ****************************************** He wrote: "Bismillah wassolatu ala rasulillah. Don't eulogize that servant of Allah as though he (Jobs) was a prophet. SubhanAllah. I dont have iPhone, iPad etc and I get by - many too in here (in Kuwait), I would have thought. Of course his contributions to the human race was tremenderous - Qur'an too could be download and read with ease with iPad and iPhone. **************************************** But he was just a human being. He also fell sick and die. How is he in his grave (barzakh) now? But some of you talk 'nonsense' as though life in this world would be meaningless without those creations. None of you seemed to feel sad when reaching the age of 50, our 'solat' (prayers) were still full of mistakes, and we only 'khatam' (completed reading) the Qur'an once a year or none at all? Isn't the Qur'an 'huda wa rahmah'? Are iPhone etc have the same status as the Quran? Don't we feel sad if we leave this world without proper preparation?" **************************************** Yes, as Muslims, we must remember that our life in this world is not for the sake of material enjoyments of this world alone. Our temporary life here is only a life of probation, for perpetual life in the Hereafter. **************************************** As we sow here, so we shall reap in the next world. To quote a saying of the Holy Prophet: "This world is a tillage for the Hereafter" i.e. we plough and sow here to reap in the next world. We, Muslims, therefore, cannot afford to live an irresponsible and reckless life. ******************************************** In fact, the whole of mankind are the vicegerents of Allah in this world, and according to the Islamic concept they are on deputation in this world. The non-Muslims may not accept this position but the Muslims must and, true to this position, it is their duty to discharge the great responsibilities put upon them as such representatives of their Lord – a position of unique distinction. – quotes from the book, Pearls of the Prophet (Islamic Outreach-ABIM) ********************************* Allah says: "Verily We have created men in the best of mould but by their own deeds the descend to the lowest depth of degradation, except those who believe in Allah and do righteous deeds, for them is unmeasured recompense…" (Qur’an 95: 3-6) *********************************** Regarding righteous deeds, I remembered an old ‘ustaz’ (religious teacher) who told me this many years ago: "If you can’t do a good deed, do not involve in a bad one; for it is also considered a good deed!" This is in line with the Prophet’s saying: "A Muslim is he from whose tongue and hand other Muslims are safe, and a ‘muhajir’ is he who forsakes what Allah has forbidden." *************************************** He also said the lowest of the good deeds is to put aside torns on the roadside and the highest is declaring and reciting "Laa Ilaha IllAllah" (there is no God but Allah). Iman (Faith) has over 60 to 70 branches; the most excellent of these is the saying, ‘There is no God but Allah,’ and another one is the removal from the way of what is harmful, and modestly (haya’) is also a branch of faith. ************************************* So it is not that hard to do a righteous deed? You don’t have to be Steve Jobs (I mean his contribution to the human race and not his faith) but be consistence in doing simple tasks. ****************************************** In their book ‘Seeds of Righteousness – Tools for Muslim Women to spread Islam, (published by Darussalam, Riyadh), Abdul Malik Qasim and Ibn Abdur Rahman Al-Qasim compiled 176 Seeds of Righteous, green and fruitful, for Muslim especially women to sow and reap. ******************************************** These Seeds were sown by Muslims sisters who took care of them until they grew to produce various fruits and benefits. These are also good examples of ‘dakwah’ to Allah SWT that should be practiced by Muslim women, who strive hard to acquire safety on their path to the Hereafter. ****************************** Here I picked up four Seeds ******************************** * She writes articles in newspapers and magazines on women’s issue, dedicating her writing to the subjects that resurrect faith and modesty in her Muslim Sisters. She also tries to refute that some people raise about Islam. In general and about women’s issues in Islam, in particular. Only her friend know about her activities, for her friend takes her articles and ask her brother to mail them to relevant address. ********************************* * She became ill and is admitted to hospital, but her stay there became a blessing for her and those around her. She gave away Islamic books and tapes in various languages to the doctors and nurses in the hospital. She also gave many more books and cassettes to the patients and left some books in the waiting room. She met an old woman in the hospital who does not have sufficient Islamic knowledge, so she gave her a radio and kept it tuned to the Quran station. ************************************ * She visits women’s workshop selling Islamic books in Arabic and other languages and distributes them to the workers and visitors of these shops. Her efforts are modest, but several women have embraced Islam as a result. How many women do the same as this good Muslim woman? ************************************** * She works hard for her Hereafter, attending Islamic lectures, giving sincere advice to her sisters and engaging in every act of righteousness, as much as she can. At the end of every month, one of her fellow teachers came to know, she sends her entire salary to a charity organization. She pays all of her salary to the orphans, to support printing Islamic books and helping the cause of ‘jihad’. *************************************** All life ends in death. Therefore, let us remember that a certain time is fixed for us when we too will be abandoned to the darkness of our graves. If Steve Jobs returned to his Lord at a very young age of 56, we do not know when it would be our turn. What would happened if we were to die after reading this article or this evening? Are we ready for our next phase of 'life'? ************************************* So with the time we still have, work and pray hard so that we would be rewarded not only in this world but also in the Hereafter. Isn’t that we prayed to God almost each time after our ‘solat’ (prayers) ‘Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar’ (O Our Lord, gives us good in this world, and give us good in the Hereafter, and prevent us from the Fire).. Ameen. Dear readers, with the creative inventions of Steve Jobs, perhaps we could do our 'dakwah' jobs more efficiently, so thanks Steve Jobs.

Monday, October 17, 2011

Murid lewat: Guru SAR perlu bertimbang rasa

************************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ************************* Renungan *************************** "Setiap hari lautan meminta izin kepada Tuhannya seraya berkata, 'Wahai Tuhanku, berilah izin kepadaku untuk menenggelamkan anak cucu Adam, ia makan rezeki daripada-Mu, ia menyembah kepada selain-Mu.' Langit juga memohon kepada Allah seraya berkata: 'Wahai Tuhanku, berilah izin kepadaku untuk menelungkupkannya, ia makan daripada rezeki-Mu, tapi ia menyembah kepada selain-Mu.' Bumi juga memohon seraya berkata: 'Wahai Tuhanku, izinkan kepadaku untuk menelan anak cucu Adam, ia makan rezeki daripada-Mu, tapi ia menyembah kepada selain-Mu.' Mendengar permohonan mereka, Allah Taala menjawab: 'Biarkan mereka, kalau Aku sudah menciptakan mereka, Aku harus mengasihani mereka." (Petikan Hadis Qudsi) *********************************** DUA hari anak saya di sekolah rendah kebangsaan tidak pergi ke sekolah petang - Sekolah Agama Rakyat (SAR). Saya tanya kenapa, jawabnya sekolah agama itu dikosongkan bagi membolehkan murid tahun 5 menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dengan selesa. Rupa-rupa saya ketinggalan maklumat, anak-anak menduduki UPKK pada 3-6 Oktober. *********************************** Dulu apabila disebut UPKK terbelalak biji mata orang kerana tidak tahu 'apa bendanya', tetapi kini syukurlah kerana peperiksaan ini sudah menjadi penting dalam sistem pendidikan kita kerana murid-murid yang hendak memasuki sekolah menengah agama, asrama penuh terutama sekolah integrasi dan sekolah tahfiz memerlukan sijil UPKK di samping sijil UPSRA. *********************************** Bercakap mengenai sijil UPKK dan UPSRA ini, ketika mendaftarkan anak ke sekolah berasrama integrasi tidak lama dulu, anak saya memberitahu ada rakannya tidak pun menduduki UPKK dan UPSRA ini. Malahan lebih malang lagi, pelajar itu tidak pun pergi ke SAR. Terkejut dan sedih saya, membayangkan bagaimana sukarnya anak itu mengikuti kelas pengajian agama Islam dan bahasa Arab nanti. Di sekolah integrasi ini, selain pengetahuan agama Islam, semua murid perlu mengambil kertas bahasa Arab Komunikasi pada peringkat PMR. **************************************** Bercakap-cakap dengan beberapa orang guru dan bekas guru sekolah agama, mereka berkata kemasukan murid ke SAR sebenarnya tidak wajib. Oleh itu ada ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah ini atas pelbagai alasan. Ada yang berkata tiada siapa mahu menguruskan anak-anak ke sekolah ini, ada yang berkata mereka tidak mampu dari segi pengangkutan dan yuran serta buku malah ada yang berkata anak-anak terlalu letih di sekolah pagi dan ada yang mahu anak-anak memberi tumpuan kepada pengajian di sekolah biasa termasuk bagi menghadapi UPSR. ******************************************** Seorang guru berkata walaupun penekanan diberikan kepada kejayaan dalam peperiksaan seperti UPKK, hakikatnya kewujudan SRA adalah bermatlamat untuk mendidik anak-anak agar dapat mengenali dan mengamalkan asas fardhu ain dalam kehidupan. Inilah yang paling penting, kerana tanpa asas agama yang kukuh dalam kehidupan, seseorang itu akan terumbang-ambing dalam kehidupannya, tegasnya. ************************************************ Katanya, memang betul di sekolah harian sudah ada subjek pendidikan Islam tetapi masa diperuntukkan dan skopnya tidak memadai; oleh itu anak-anak perlu dihantar ke sekolah agama kecualilah kalau ibu bapa boleh mendidik anak-anak mereka dengan baik di rumah. ************************************************** Namun satu masalah yang sering berlaku di SAR ini, ada anak-anak yang tidak datang mengikut masa ditetapkan kerana sekolah sesi pagi mereka jauh atau mereka terbabit dalam pelbagai aktiviti, menyebabkan mereka terlambat. Ada guru yang boleh menerima hakikat ini, tetapi ada guru bertindak kasar dengan menghalau kanak-kanak itu pulang. Kononnya mereka mahu menjaga disiplin; tiada krompomi dalam perkara seperti waktu kedatangan. ************************************************ Kepada guru-guru seperti ini, nasihat penulis adalah bertimbang rasalah. Jika kita menghalau anak-anak itu, anak bangsa kita juga akan rugi. Sudahlah kemasukan ke SAR tidak wajib, dengan retaknya hati anak-anak ini mereka akan menjauhkan diri daripada sekolah agama; anak bangsa kita juga tidak dapat dididik dari segi agamanya. Memang betul disiplin amat penting; tetapi sebagai pentadbir dan pengurus yang bijaksana, yang mengatur kehidupan manusia dan bukannya mesin, sewajarnya kita bijak menggunakan budi bicara.

Thursday, October 13, 2011

Hudud and ‘the magic' of the Holy Land

************** In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ************** Reflection ************** “O ye who believe! Retalation is prescribed for you in the matter of the murdered; the freeman for the freeman, and the slave for the slave, and the female for the female. And for him who is forgiven somewhat by his (injured) brother, prosecution according to usage and payment unto him in kindness. This is an alleviation and a mercy from your Lord. He who transgresseth after this will have a painfull doom.” (Al-Baqarah, 178) ************** RECENTLY I had the opportunity to talk about my two books (‘Travelog Wartawan Islam’, Travelog of a Muslim Journalist and ‘Kusaksikan Keajaiban Tanah Suci’, I Witness Magic of the Holy Land) in TV3's morning talk show programme, 'Malaysia Hari ini' (Malaysia Today). **************** When asked by the television station's host, Ally Iskandar, what 'magic' I saw in the Holy Land, I described this event: "When I was on my way to the Prophet’s Masjid in Madinah at about 3.00 am, I saw a black pilgrim (perhaps she was from Africa) stumbling and falling down but she quickly picked herself up and continued hastening her steps to the masjid." **************** To me, the scene was touching; there was magic in the things and events I saw. Magic because you could not witness the 'same event' when you are in your homeland. For example who would be rushing to the masjid at 3.00 am to say his/her prayers, of people falling down and quickly rising up and continuing their rush to the masjid? *************** Unfortunately 'that magic' is only seen in the Holy Land. Why can we not 'translate that event into our daily lives, for example people rushing to masjids when the call of prayers (adzan) is heard? It is normal for people to carry out their businesses as usual or still be at their desks as though the call for prayers means nothing to them. *************** "Here, do we rush to the masjid at 3.00 am to say our prayers?" I joked, tickling Ally Iskandar who burst out laughing aloud. *************** “Nobody would go to the masjid at those wee hours,” he said. So is it correct to say the magic is only true in Madinah (the Holy Land) but not at home. *************** I also spoke out that our daily life is 'full of magic', but only observant people would realize it. “For example the coffee we drink is black in color but when we urinate, the water is crystal clear or slightly yellow.” **************** Actually what I would like to stress is the greatness of Allah SWT, Master of the whole Universe. We do not have to witness supernatural things but by observing His creations around us would be enough for us to surrender, knell down and ‘sujud’ (prostrate) and admit that He is the Greatest, the Most High (Allah-u-Akbar). **************** In the Holy Land, almost 100 percent of the pilgrims obey Allah's SWT rules and commandments such as observing Muslim dress code (I didn;t see a single woman not covering her head); but at home, some men and women fail to adhere to it, to the extent that even some ‘hajjahs’ are without the ‘tudung’ while the men in shorts. ********************** So this is ‘another’ magic in the Holy Land because there, even the hard core person who refused to don the tudung earkier, would wear it. In fact, Malaysian (South East Asian) women are more ‘covered up’ because they wear ‘telekung’ compared to Arab and African women who are in their ‘jubah’ (robes) when they turn up in the Haram Masjid dan Prophet’s Masjid for prayers. *********************** Based on this situation, I am sure Zainah Anwar of Sisters in Islam who wrote ‘No hudud please, we’re Malaysian’ in her column of the Sunday Star, 2 October, would not turn up with her head ‘naked’ at Makkah or Madinah. ******************** Please, Sis Zainah don’t tell us that God and His ‘set of rule’ is only applicable in the Holy Land; and outside it, one is free to do whatever one wishes; and in your case, you as ‘the learned one’, belittled hudud which is God’s law. ********************** Sis Zainah, if you are misguided then it is up to you to seek the truth path; but by turning your anger on the recent issue of hudud by writing in the mass media, you are mocking your own self; the whole “Malaya’ now know how little you know about Islam and yet you seem want to be a ‘guru’ to Muslims and non-Muslims. ************************ A Muslim should not write (or do) anything without the guidance of Allah SWT and His prophet. A Muslim scholar, Khurram Murad in his book ‘Way to the Qur’an’ noted that “our lives will remain meaningless and ruined unless they are guided by the Qur’an, the word of God.” ********************* Dear Sis Zainah; are our lives truly guided by the Qur’an? From the moment we wake up in the early morning till we are in bed again at night, are all our actions in accordance to the Qur’an? Or are we good in taking what we think are good to us and ignoring what we feel bad? **************************** Regarding this, Allah the Almighty warns in Surah Al-Baqarah (The Cow) 2:85, that to accept some part of the Qur’an and to reject some, is to reject all of it. There is no room partial acceptance in your relationship with the Qur’an; there cannot be logically be such a situation. ************************** Have a good look at Ayah 178 and 183 of Surah Al-Baqarah; why we fully accepted God’s commandments regarding fasting but are reluctant to His laws of ‘qisas’. Ayah 183 reads; “O ye who believe! Observing As-Saum (the fasting) is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become Al-Muttaqun (the pious)” while Ayah 178 reads; “O you who believe! Al-Qisas (the Law of Equality in punishment) is prescribed for you in case of murder: the free for the free, the slave for the slave, and the female for the female. But if the killer is forgiven by the brother (or the relatives, etc.) of the killed against blood money, then adhering to it with fairness and payment of the blood money, to the heir should be made in fairness. This is an alleviation and a mercy from your Lord. So after this whoever transgresses the limits (i.e. kills the killer after taking the blood money), he shall have a painful torment.” *********************** So Sis Zainah and those in ‘her class’, if you fasted during last Ramadan in order to fulfill God’s commands, then you should have no reservation about His laws stipulated in Ayah 178 of the Surah Al-Baqarah. Muslims should have no reservation in implementing all of Allah’s commands including hudud laws and preventing ‘mungkar’ (sins). ********************** Having reservation on any of Allah SWT’s commands is a clear violation of our oath, the ‘syahadah’, that we submit and obey all of Allah SWT’s commands. Some scholars even say having such an attitude will nullify our ‘syahadah’ and is sufficient to make a person ‘kafir’ (a non-believer). ********************* Allah SWT has given us warning on this matter in one Qur’anic verse where He warns us not to become like the Children of Israel who disobey some of Allah SWT’s commandments in the Taurah, as stated in Ayah 85 Surah Al-Baqarah which reads; “…Then is it only a part of the Book that ye believe in, and do ye reject the rest? But what is the reward for those among you who behave like this but disgrace in this life? And on the Day of Judgment they shall be consigned to the most grievous penalty. For Allah is not unmindful for what ye do.” ******************** In the following verse (Ayah 86 Al-Baqarah), Allah SWT says: “Such are those who buy the life of the world at the price of the Hereafter. Their punishment will not be lightened, neither will they have support.” ************************ Yes, Sis Zainah, you are not going to get any support but letters and views advising you to correct you misunderstanding. For example Anisah Shurfa from UIA in anisahshurfa.blogspot.com among others wrote: “Zainah Anwar proves once again that her fuel for her writings is a twisted understanding of religion rather than a solid background based on cold, hard facts. ********************** You know, it’s okay to be ignorant about certain things, especially if it’s something as complicated as the hudud law. But if you’re going to argue about something and get it published in a paper for the public to read, shouldn’t you, I don’t know...read up on it first? Or at least ask someone with a qualified background in hudud law? ***************************8 Zainah Anwar, I will say this to you v-e-r-y s-l-o-w-l-y a-n-d c-l-e-a-r-l-y so that you need not humiliate yourself, your religion and other Muslims any further in your writings. ********************* So, Zainah Anwar, do yourself a favour, read up on your religion (or ask the right people – here in UIA we have plenty of IRK lecturers who are more than happy to guide you) before being all indignant about its “injustice” and “brutality”. “ *************************** And back to the ‘magic’ in the Holy Land, if Sis Zainah had gone for the hajj, she might have had a copy of a small book ‘A Guide to Hajj, Umrah and Visiting The Prophet’s Mosque’ given as a gift from the Ministry of Islamic Affairs, Endowments, Da’wah and Guidance Kingdom of Saudi Arabia to each pilgrim, in which among others stressed on the subject VIOLATIONS of Islam. ********************** Among 10 items stated in the book which could nullify our faith (iman) is: “Anyone who ridicules any aspect of the religion of the Messenger of Allah (may peace and blessings of Allah be on him), or any of his rewards and punishments, becomes an unbeliever. Allah the Most High, says” “Say: Do you ridicule Allah, His revelations and His Messenger? Make no excuse; you have disbelieved after your (profession of) faith. ********************** “Anyone who believe any guidance other than the Prophet’s guidance to be more perfect; or a decision other than the Prophet’s decision is better, is an unbeliever. This applies to those who prefer the rule of Evil (Taghout) to the Prophet’s rule. Some examples of this are: *********************** a) To believe that systems and laws made by human beings are better than the Shari’ah of Islam; for example, that the Islamic system is not suitable for the twentieth (now twenty-one) century; that Islam is the cause of the backwardness of Muslims; or that Islam is a relationship between Allah and the Muslim thus it should not interfere in other aspects of life. ********************* b) To say that enforcing the punishments prescribed by Allah, such as cutting off the hand off a thief or stoning an adulterer, is not suitable in this day and age. ************************* c) To believe that it is permissible to give a rule from that which Allah did not reveal in Islamic transactions or matters of law, punishments and other affairs. Although one may not believe such rulings to be superior to the Shari’ah he is effect affirms such a stand by declaring a thing which Allah has totally prohibited, such as adultery, drinking alcohol or usury, to be permissible. According to the consensus of Muslims, one who declares such things to be permissible is an unbeliever (kafir). *************************** Anyone who hates any part of what the Messenger of Allah (pbuh) has declared to be lawful has nullified his Islam, even though he may act accordance with it. Allah the Most High says: “Because they disliked what Allah has revealed their deeds are brought to nothing.”

Tuesday, October 11, 2011

Hukum buaya, jerung pembaham peruntukan belanjawan

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik." (An-Nahl: 125)
***

JIKA Pakatan Rakyat memperuntukkan RM220 bilion dalam belanjawan alternatifnya yang bertemakan 'Kesejahteraan Untuk Semua', peruntukan diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak (yang kerap menyebut angka 'bilion dan bilion ringgit' di majlis-majlis ekonomi), pada pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober adalah lebih besar - RM232.8 bilion

Pelbagai insentif dan hadiah (bantuan) ditawarkan kepada rakyat daripada wang berbilion-bilion ringgit itu, tetapi apa yang ingin dimuzakarahkan di sini ketelusan sistem penyampaian bagi membolehkan rakyat yang berhak menerimanya. Adalah lumrah kebanyakan kerajaan di dunia berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat masing-masing; persoalannya adakah peruntukan atau bantuan itu sampai kepada kumpulan sasaran.

Tidak guna kita bercakap mengenai jumlah wang berbilion-bilion ringgit tetapi akibat sistem penyampaian yang tidak telus, kantung wang telah bocor dengan banyak wang tercicir sepanjang perjalanan dan akhirnya penerimanya hanya mendapat tulang, dagingnya telah dibaham oleh buaya di daratan (sungai) dan jerung di lautan.

Kita tidak perlu pergi jauh untuk membuktikan perkara ini, di sekitar kita ada bangunan awam seperti sekolah, hospital, stesen bas dan stadium; sekalipun pembinaannya mendapat peruntukan berbilion-bilion ringgit daripada kementerian berkaitan; ketidak-telusan dengan jerung-jerung berkeliaran, menyebabkan bangunan berkenaan rosak atau runtuh dalam tempoh singkat selepas digunakan. Mungkinkah bangunan berkenaan tidak menepati spesifikasi dan piawai kerana dibina dengan kos dikurangkan bagi 'memberi makan' kepada jerung dan buaya terbabit.

Demikian juga bantuan terus kepada rakyat; disebabkan terlalu ramai orang tengah yang menangguk di air keruh, ada kemungkinan penerima layak mendapat separuh daripadanya sedangkan separuh lagi sudah dimakan jerung. Orang yang menepati syarat juga ada yang tidak menerimanya kerana pelbagai faktor seperti sentimen politik tetapi yang tidak layak pula tersenarai; ini semua disebabkan sistem penyampai yang sarat dengan masalah.

Kegagalan Baitulmal sesetengah negeri dalam sistem penyampaiannya sehingga ada golongan daif yang terpaksa meraih simpati kepada organisasi bukan Islam termasuk gereja, sewajarnya mengingatkan kita bahawa wang berjuta atau berbilion ringgit yang ada jika tidak dapat diagihkan secara baik, tidak dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat sebaliknya mengemukkan tembolok jerung dan buaya. Bagi kita jerung dan buaya inilah yang perlu dihapuskan dan yang lebih mustahak dihapuskan pihak yang membela mereka (penguasa korup).

Di sinilah kita lihat keperluan untuk kita membina insan bukan semata-mata membina bangunan hebat seperti yang berlaku hari ini. Jika kita dapat melahirkan golongan penyampai yang amanah, insya-Allah rakyat marhaen akan dapat sama-sama merasai nikmat kekayaan negara. Pengagihan akan dilakukan secara adil dan saksama menepati peribahasa 'hati kuman sama dicicip, hati gajah sama dilapah'.

Berdasarkan porak perandanya masyarakat yang hidup nafsu nafsi hari ini, marilah kita kembali kepada hukum Allah termasuklah bagi membanteras pembela jerung dan buaya serta buaya dan jerung itu sendiri bagi membolehkan kekayaan negara berbilion dan berbilion ringgit itu dikembalikan kepada rakyat.

Hukum-hakam Allah ada kehidupan, insya-Allah dengan kembali kepada hukumnya, kita bukan saja selamat dan bahagia di dunia tetapi juga di akhirat sejajar dengan penghulu doa yang kerap kita baca: 'Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar". Amin.

Friday, October 7, 2011

Jenayah menjadi-jadi, hukum Allah penyelamat manusia

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***

PADA suatu majlis ilmu antara waktu maghrib dan isyak di sebuah masjid berhampiran kediaman saya tidak lama dulu, tok guru mengingatkan bahawa setiap Muslim tidak akan terlepas daripada ditanya usaha mereka dalam menunaikan kewajipan agama termasuklah menjayakan hukum jenayah Islam yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum hudud, qisas dan takzir.

Tok Guru berkata, dalam menunaikan kewajipan beragama ini ada yang boleh dilakukan sendiri seperti solat dan ada yang tidak boleh dilakukan sendiri, ia membabitkan negara seperti melaksanakan hukum jenayah hudud, qisas dan takzir. Sekalipun ia membabitkan pihak berkuasa, tidak ada Muslim yang terlepas daripada ditanya oleh Allah SWT mengenai peranannya dalam pelaksanaan hukum jenayah ini, kata tok guru.

"Jadi kepada orang awam seperti kita ini, apa kita boleh buat untuk menghadapi pertanyaan Allah nanti?" tanya tok guru yang sendiri menjawab: "Pertama, kita mesti mengaku bahawa hukum-hakam ini wajib ke atas diri kita kerana ia difardukan Allah sama seperti sembahyang dan puasa. Kedua kita mesti berniat untuk melaksanakannya tetapi memohonlah keampunan bersungguh-sungguh kepada Allah kerana tidak ada daya untuk melakukannya.

"Ketiga kita hendaklah mendoakan agar pemimpin yang memerintah kita hari ini terbuka hatinya untuk melaksanakan hukum Allah ini. Kita berdoa bersungguh-sungguh agar mereka dapat menerima Islam sepenuhnya."

"Keempat," kata tok guru, "kita hendaklah membantu sedaya upaya jika ada pihak yang berusaha ke arah melaksanakan hukum-hakam ini, dan yang kelimanya kita tidak pula berusaha menggagalkan pihak yang mahu melaksanakannya termasuklah membantu pihak berkenaan," kata tok guru.

Tok guru mengingatkan selalulah berbuat kebajikan dan jika kita tidak boleh berbuat baik, janganlah berbuat jahat kerana itu sudah dikira ibadat juga. Jika kita tidak mampu membuat kebajikan, jangan pula menghalang orang yang mahu berbuat kebajikan.

Berbicara mengenai bab hudud ini, sebagai seorang Muslim saya dengan rendah diri ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca bahawa ini hukum Allah, setiap Muslim perlu ada niat dan usaha untuk melaksanakannya dan sebagai penulis saya menyatakannya secara terbuka dalam kolum ini.

Hari ini kes jenayah berleluasa. Kenapa jenayah menjadi-jadi? Kenapa orang tidak takut melakukan jenayah? Kenapa suami tergamak mencurah asid atau mengelar kemaluan isteri? Mengapa orang tidak takut berzina dan membuang bayi?

Jawapannya kerana hukam-hakam Allah SWT yang menciptakan manusia tidak tertegak. Dalam hukum-hakam Allah ada kehidupan, itu jaminan-Nya tetapi kita tidak mengendahkannya. Kita berlaku zalim, menggubal dan menuruti hukum-hakam berasaskan nafsu-nafsi manusia. Apabila manusia berani menolak hukum-hakam Allah, mereka sudah menempa kebinasaan diri.

Ambil contoh ketegasan hukum qisas. Hukum qisas yang dari segi bahasanya bermaksud memotong dan dan dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. kerana kesalahan-kesalahan melibatkan hak individu.

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mata, hidung dan telinga. Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

Allah SWT berfirman maksudnya: " Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya." (Surah al-Maidah ayat 45)

Dengan tidak tertegaknya hukum-hakam Allah ini, masyarakat tidak menjadi gerun; tidak ada ketakutan bagi mereka melakukan jenayah. Cuba bayangkan bagaimana gentarnya anggota masyarakat untuk membunuh jika mereka tahu pengakhiran mereka dibunuh juga, pencurah asid akan menerima pembalasan dicurah asid ke mukanya pula manakala yang mengelar tubuh mangsa, akan dikelar juga tubuhnya.

Masyarakat juga perlu disedarkan akan mahalnya diat (denda) yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Kadar diat dikira mengikut bilangan unta iaitu harta paling bernilai. Kadar penuh diat 100 ekor unta; jika seekor unta RM3,000, nilaian diat adalah RM300,000!

Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qisas dan diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan. Pemerintah tidak ada kuasa dalam pengampunan.

Demikianlah hukum-hakam Islam adalah untuk menjaga keselamatan semua; Islam menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Apabila itu terjaga, terselamatlah semua, bukankah kedatangan Rasulullah s.a.w membawa rahmat kepada seluruh alam. Jadi mengapa kita menolak hukum-hakam-Nya? Tidak sombong dan takaburkah kita?

Tuesday, October 4, 2011

The hajj - Reflection by a non-Hajji

***
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
***

THE journey from the Plains of Arafat to Muzdalifah and then to Mina is a test of one's endurance - mentally and physically. When hundred thousands of pilgrims convene, perhaps millions, there's bound to be uncertainty that tested one's faith and endurance.

Imagine while performing the hajj 'manasik' (rituals), some pilgrims jostle and scramble to get into their buses. There are cases where the wife has board the bus in Arafat to Muzdalifah on the eve of Aidiladha (Eid), the husband is left behind. There is bound to be havoc and misunderstanding. It is against the spirit of hajj to put on a sour face. Quarrelling is also forbidden what more between husbands and wives.

In the plains of Muzdalifah, pilgrims have a rest; if they choose to lie down; their backs would be on their mats while 'their roof' would be the open sky and stars. While lying down, once a while they could smell the strong stench of animals dung, perhaps during the day that place was a stopover for groups of camels.

It is good to keep one's 'wuduk' (ablution) as to make another one or to go the toilets; pilgrims have to walk a long distance, passing thousands of people and to enter a long queue. Be patience and be patience throughout the night.

While resting in my tent in Mina, my thoughts were on the difficulties faced by some pilgrims when they were on their Arafat-Muzdalifah-Mina journey as told by my mother when she performed hajj years ago.

She said among the difficulties faced by veteran and old pilgrims were the sudden urge to ease oneself. Imagine the old pilgrims who had to answer to the call of nature too often amd they would have to stand long hours in the bus. Nothing could be done except to pray and ask to God that shameful things do not happen during those critical hours.

In case of emergency such as when pilgrims fall ill and are in critical condition, other passengers in the bus could only try their best in helping them but when a pilgrim die, his or her body would be carried in the bus until the bus reaches its destination or could get out from the chaos.

The above is my writing in Harakah (Malay section) some time ago that caught attention of a young man who posted this item in his blog http://rahmanhariri.blogspot.com entitled ‘The hajj – A reflection of a non-hajji'.

“I thought it is high time to remind myself again this hajj season. I thought it is about time I put my thoughts on the hajj on this special day. I have been keeping it close to my chest until recently.

You see, coming from a person who has not performed the hajj, and the umrah (minor hajj), and currently has no specific timeline when he is going to complete the last pillar of Islam, this reflection is definitely not going to be about the experience in the holy land.

All those great philosophical, eye-opening and heart-warming stories; I have none to tell you. I have only seen the Kaabah on television and pictures; I have only seen a documentary in National Geography on people preparing for and doing the hajj.

Nothing beyond that, I suppose.

I have always wondered when I will be going there. To use the over-used phrase "belum sampai seru" (the call has not come yet) is blasphemous to many. To them, it is like blaming God when you have the willpower and means to decide it yourself. So I can't, and I won't, use that.

And going from the criteria that make the hajj compulsory, I know I have the means and that I am still 'young' and healthy enough to be going soon (man, I never thought I would be able to use the word 'young' and 'I' in the same sentence!).

My mum has been wondering when I would be heading there. Few friends have been asking too. Normally I would smile at them without specifically answering them. Some of them went when they were only in the mid-twenties, which is considered very young by convention.

A year ago, a former schoolmate (An) went to the hajj with his wife Liza (another former classmate). I visited them and after their return, An and I sat at a ‘mamak’ restaurant in PJ; for him to narrate stories from Mecca, and for this non-hajji to benefit the barakah from someone who has just returned.

At the end of it, after hearing many stories from An, I made a confession to him that has always been in my mind when the subject of me heading for the hajj was broached. I had never told anyone before.

"You know, An, I can't imagine myself in the holy land with three million pilgrims and have to fight for basic amenities. Queue to go to the restroom? That was a story unknown to me after 1980.

This is my main worries that kept me away from the holy land. Can I survive the 15 hour journey in a bus? How do I answer the call of nature in the middle of the desert with no water?"

I hate to even share restrooms with strangers in Malaysia.

I guess it is inevitable. He has had that predicament in one of the bus journey in the middle of nowhere.

I made the same confession to a client when I visited her at her office at the twin tower yesterday. I had earlier made a remark that it is not much of a Raya this time around. So she asked me if I had been for hajj myself.

She reckons that may be I have to go for the umrah first to get a feel of it. "Doa banyak-banyak” (pray a lot) and ask for Him to give you the strength."

Of course she herself has horror story about the restrooms there. I shall not repeat it here.

I was reading Harakah this morning while waiting for the Raya solat. It was written by LANH. He noted some of my worries well in his article (the above article).

I guess I am too proud of a person - egoistical, to be more precise. I have to get rid of it. I need to lower myself for me to see Him. I am lowest than lower in many respects. After all 20 years ago when I first started working, I lived in a ‘kampung’ house with only basic amenities in Dungun.

Of course I have a choice but I was just starting out. I had to be very prudent living my life then.

If I can do it twenty years ago, she reckons I can do it today.

I know it may sound petty. It is petty. I know that. But it is these petty things that have kept me away from the Kaabah.

God, please give me the strength to meet you at your abode. Soon.

Yes, Mr Rahmanhariri, it is advisable to perform hajj when one is at a young age. Perhaps the time is right when one is in his thirties or forties because physically and mentally he is fit to fulfill some ‘robust’ obligations that need strength and stamina such as stoning the devils at the jamrahs in Mina.

Furthermore pilgrims have to use the power of their legs for activities such as walking frequently (perhaps five times daily for 'fardu' prayers) from one’s hotel room to the Prophet's Masjid (in Madinah) and Al-Haram Masjid (in Makkah). During hajj, a distance of one or two kilometers from the hotels and the masjids are normal.

For hajj or umrah obligations such as tawaf and sa’ai, one has to walk a distance; for example for sa’ai when one has to walk seven times between the hills of Safa and Marwah, the distance could be more than four kilometers (600 meters x 7)!

When performing the stoning of the devils, it is normal for pilgrims to walk quite a far distance, perhaps two to three kilometers from their tents in Mina to the jamrah. Pilgrims are supposed to stay for four days and three nights in Mina (10, 11, 12 and 13 Zulhijjah) dan stone the three jamras everyday during the stay except during 10th Zulhijjah (Eid) when pilgrims only stone the main jamrah (Jamrah Al-Aqabah).

Thus, to perform hajj one should be physically and mentally fit, so it is advisable to Muslim to take the necessary steps for example started saving from an early age, hoping and praying one could perform the fifth pillar of Islam at the earliest time possible and not at old age.

Monday, October 3, 2011

Isu negara Palestin terus jadi sandiwara Barat

***
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan." (Surah At-Taubah, ayat 105)

***
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita dipanjangkan usia bagi memuzakarahkan isu-isu membabitkan umat Islam dan sejagat, kali ini kita ingin menyentuh permasalahan Palestin yang masih belum diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali gus menjadikannya sebagai sebuah negara berdaulat selepas permohonan dikemukakan presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas.

Bagi kita sikap berdolak-dalik PBB itu adalah berikutan tekanan Amerika Syarikat dan kuncu-kuncu dalam Majlis Keselamatan seperti Britain dan Perancis. Malah Perancis melalui Presidennya, Nicholas Sarkozy menambah garam di luka apabila mencadangkan Palestin diberi status pemerhati dalam PBB, bukannya sebuah negara beridentiti sendiri. Isu pengisytiharan negara Palestin merdeka bukanlah baru malah tokoh masa lalunya seperti Yasser Arafat mati dengan berputih mata kerana impinan itu tidak terlaksana.

Isu Palestin adalah sandiwara Barat, terutama oleh Amerika Syarikat pimpinan Barack Obama yang berterusan menjalin hubungan kejap dengan rejim Zionis pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Sekalipun Obama ketika pada awal pemasyhurannya sebagai Presiden Amerika berjanji menjalin hubungan baik dengan dunia Islam, hakikat itu hanyalah menanam tebu di bibir, kini Palestin dan rakyatnya terumbang ambing tidak bernegara dan beridentiti (berdaulat) dan akan berterusan menghadapi kekangan, cengkaman, serangan serta pencabulan rejim ganas Zionis.

Kita tertanya-tanya mengapakah nasib rakyat Palestin dan umat Islam minoriti di rantau lain seperti di Kashmir, Xinjiang (China), Selatan Thailand, Selatan Filipina, Chechnya, Arakan (Myanmar-Burma) tidak dihirau masyarakat antarabangsa termasuk badan dunia seperti PBB tetapi rantau bukan Islam seperti Selatan Sudan dan Timor Timur (kini Timor Leste) diutamakan untuk mendapat kemerdekaan, malah tidak menghadapi masalah diiktiraf oleh badan dunia itu.

Kita juga terkilan, dunia Islam dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang memayungi lebih 50 negara umat Islam, berterusan mendiamkan diri dalam permasalahan Palestin ini.OIC yang ditubuhkan pada 25 September 1969 selepas berlaku kebiadapan Yahudi membakar Masjid al-Aqsa iaitu kiblat pertama umat Islam, dilihat bisu dalam isu tuntutan Palestin sebagai negara berdaulat.

Kita saksikan OIC lesu dalam menangani permasalahan ummah apatah lagi pada peringkat lebih tinggi seperti permohonan Palestin untuk diiktiraf sebagai negara berdaulat in. Hari ini isu kebiadapan rejim Zionis-Yahudi yang menjadi titik tolak penubuhan OIC tetap gagal ditangani.

Tangan-tangan zalim rejim Zionis berterusan mencemar kesucian al-Aqsa dan kawasan sekitarnya di Haram al-Sharif (Temple Mount) manakala nasib orang Palestin tidak berubah sejak puluhan tahun lalu malah menjadi semakin buruk. Ekstremis Yahudi bertindak berani mengorek terowong di bawah al-Aqsa, tetapi apa reaksi ummah, negara dan organisasi yang memayungi mereka? Jika badan dunia seperti PBB tidak dapat diharapkan, mengapa OIC, negara dan umat Islam masih lena tidur?

Apabila umat Islam dan organisasi memayungi mereka seperti OIC membisu, musuh-musuh semakin berani menindas dan menghina umat Islam di seluruh dunia. Lihatlah apa yang terjadi kepada saudara se-Islam di negara di mana mereka kumpulan minoriti seperti di Myanmar, China, Rusia, Thailand, India dan Filipina.

Muslim Rohingya, Uighur, Chechnya, Melayu, Kashmir dan Moro menjadi mangsa; sesetengahnya diperangi dan dihalau dari kampung halaman masing-masing. Namun apa dibuat oleh OIC dan negara Islam yang bernaung dalam organisasi ini? Paling kuat mereka mengeluarkan kenyataan mengutuk, lebih menyedihkan sebahagian besar daripadanya memilih membisu seribu bahasa.

Bukan saja umat Islam minoriti dizalimi, malah negara ummah anggota OIC seperti Iraq dan Afghanistan dijarah sepuas-puasnya oleh kuasa biadap tetapi ummah terutama pemimpin mereka mendiamkan diri. Tiada yang berani menyatakan yang hak dan batil malah ada pemimpin bersengkokol dengan musuh untuk menghancurkan Islam.

Kemudian pemimpin zalim, sekutu dan pengikutnya yang menjarah negara umat Islam tanpa segan silu menuduh pula orang Islam sebagai pengganas dan memburu mereka di seluruh dunia. Umat Islam mengiyakan saja, malah sesetengahnya berganding tenaga membantu musuh. Dengan bantuan media massa dikuasai mereka, maka tergambarlah seolah-olah penganut Islam itu ganas, agama itu menganjurkan keganasan.

Berhubung permasalahan Palestin ini, OIC, pemimpin dan ummah perlulah bermuhasabah diri, mengkoreksi dan memperbaiki apa-apa kelemahan yang menyebabkan umat Islam seluruh dunia dihina sedemikian rupa. Hakikatnya selepas kebanyakan tanah air umat Islam dijarah penjajah dan daulah Khilafah Islam terakhir, Uthmaniyah tersungkur pada 1924, kehidupan umat semakin jauh daripada panduan Allah dan Rasul-nya termasuk dari segi pemerintahan.

Kita yakin selagi umat Islam terutama pemimpinnya tidak kembali kepada panduan Allah dan Rasul-nya (termasuk melaksanakan semua hukum hakam Islam tidak terkecuali hudud) selagi itu penghinaan akan dihadapkan kepada umat ini. Kini dari China ke Afrika Selatan, dan dari Amerika Syarikat ke Australia, umat Islam hidup penuh tekanan sehinggakan di negara yang mengaku negara Islam contoh, hukum-hakam Islam dicemuh walaupun baru ada ura-ura melaksanakan sebahagian daripadanya.

Bagi kita, berapa banyak pun sidang OIC, selagi sebahagian besar pemimpinnya dan juga pemimpin negara umat Islam masih berkiblatkan Washington, London dan Moscow, selagi itulah ummah akan dihina. Kita cukup bimbang selepas Iraq dan Afghanistan, ada lagi negara umat Islam akan menjadi mangsa; gara-gara ummah tidak kembali kepada panduan Allah dan Rasul-Nya.