Monday, January 31, 2011

Pengangkutan awam: Surat terbuka kepada Datuk Bandar KL

Posted on 8th FEB 2011
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya." (Ibrahim:34)
***

SELEPAS kerap menaiki pengangkutan awam seperti bas ekspres dan kereta api aliran ringan pada waktu pagi untuk ke tempat kerja, suatu hari teringin pula saya beralih angin dengan memandu sendiri.

Perjalanan sepanjang lebuh raya dari selatan lancar, namun sebaik saja melepasi Plaza Tol Sungai Besi, kelihatan ribuan kenderaan berasak-asak ke ibu kota. Pejalan kaki nampaknya lebih laju daripada kenderaan yang bergerak-berhenti itu.

Tidak sanggup mengharungi perjalanan dalam lautan kenderaan itu, lagi pun menyedari kereta saya sudah agak uzur, saya memasuki sebuah stesen minyak berhampiran plaza tol itu, mencari tempat meletakkan kenderaan, seterusnya merehatkan diri. Fikir saya dalam masa sejam tentulah keadaan kembali reda tetapi jangkaan saya salah.

Keadaan bersesak-sesak itu berterusan berjam-jam lamanya, membuatkan saya hilang sabar, lantas menghidupkan enjin kereta seterusnya mengharungi perjalanan ‘mencabar’ ke pejabat. Sudah pasti saya tiba terlalu lewat di pejabat, tetapi apa yang dapat saya lakukan?

Sebelum berlepas, ketika termenung-menung di stesen minyak itu, saya perhatikan hampir semua kereta bermuatkan pemandunya saja. Ertinya setiap orang memandu tanpa penumpang dan saya percaya hampir semuanya dalam perjalanan ke pejabat masing-masing untuk memulakan tugas. Keadaan ‘seorang sebuah kereta’ inilah antara faktor yang menyumbangkan kepada kesesakan jalan-jalan raya di ibu kota.

Sebelum menyalahkan orang lain, saya terpaksa mengaku saya juga penyumbang kepada kesesakan itu kerana menaiki kereta seorang diri sedangkan ada empat lagi tempat duduk kosong. Namun hanya pada hari itu saya berkenderaan sendiri sedangkan pada kebanyakan hari saya menaiki pengangkutan awam.

Satu pertanyaan timbul; mengapa orang suka bersesak-sesak dengan setiap orang memandu kenderaan sendiri sedangkan antara penanda aras kemajuan sesebuah kota adalah kemudahan pengangkutan awamnya yang canggih dan selesa.

Kunjungilah kota hebat dunia seperti London dan Tokyo, pengangkutan awamnya begitu efisyen. Jaringan laluan ‘tube’ (kereta api bawah tanah) kota London berselirat diumpamakan sarang labah-labah.

Jika pada tahun 70-an dan 80-an pengangkutan awam di KL sinonim dengan bas mini tetapi hari ini perkhidmatan kereta api ringan iaitu RapidKL (dulunya Star), Putra (RapidKL) dan Monorail menjadikan Kuala Lumpur setanding malah jika tidak, adalah lebih baik daripada kota-kota besar dunia dari segi pengangkutan awam.

Namun jika ditinjau dari segi perkhidmatan kenderaan awam lain seperti bas, Kuala Lumpur seolah-olah masih tidur dengan mimpinya yang panjang. Kepada pengguna pengangkutan awam ini, perkhidmatan masih di takuk lama dengan masalah seperti kesesakan dan ketidak-tepatan jadual masih tidak dapat diatasi.

Disebabkan perkhidmatan bas yang tidak memuaskan ini dan kurangnya sistem bas penyambung (feeder bus) di kebanyakan stesen LRT menjadikan arus pergerakan kenderaan awam tidak berkesan dalam memenuhi kehendak warga kota yang perlu bergerak cepat.

Bayangkan seorang penumpang RapidKL atau Monorail yang serba canggih selepas tiba di sebuah stesen akan terpaksa termenung lama memikirkan bagaimana dia hendak ke destinasinya sedangkan di sesetengah stesen tiada pengangkutan awam seperti bas. Mungkin yang ada hanyalah teksi dengan sesetengah pemandunya adalah orang yang suka 'cekik darah'.

Ketidakberkesanan sistem pengangkutan awam menyebabkan ramai warga kota memilih untuk memandu sendiri ke pejabat atau urusan lain. Dalam kesesakan pagi di jalan-jalan sesak ibu kota dalam sesebuah kereta ada seorang (pemandu) dalam kereta itu. Jika setiap orang mahu memandu sendiri ke pejabat sudah tentu jalan ibu kota akan sesak sekali gus berlaku pelbagai pembaziran.

Kita tidak perlu meniru Jakarta dalam memperkenalkan peraturan kenderaan dengan sejumlah penumpang tertentu saja dibenarkan memasuki ibu kota, tetapi memadailah dengan segera membaiki sistem pengangkutan awam kita.

Kita juga tidak perlu stesen pengangkutan awam begitu hebat dan canggih seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan tetapi hal-hal kordinasi dan peningkatan kos (kepada pengusaha dan penumpang) tidak dapat diselesaikan sehingga kini walaupun hub itu sudah mula beroperasi 1 Januari lalu.

Rakyat marhaen hanya perlukan pengangkutan awam yang murah dan efisyen bagi membolehkan mereka bergerak dengan pantas dan selesa. Semoga pengurusan kota raya KL termasuk datuk bandar dan menteri bertanggungjawab dapat memenuhi permintaan mudah rakyat ini pada ketika Wilayah Persekutuan meraikan ulang tahun ke-37, 1 Februari lalu.

Pengangkutan awam: Surat terbuka kepada Datuk Bandar KL

Posted on 8th FEB 2011
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya." (Ibrahim:34)
***

SELEPAS kerap menaiki pengangkutan awam seperti bas ekspres dan kereta api aliran ringan pada waktu pagi untuk ke tempat kerja, suatu hari teringin pula saya beralih angin dengan memandu sendiri.

Perjalanan sepanjang lebuh raya dari selatan lancar, namun sebaik saja melepasi Plaza Tol Sungai Besi, kelihatan ribuan kenderaan berasak-asak ke ibu kota. Pejalan kaki nampaknya lebih laju daripada kenderaan yang bergerak-berhenti itu.

Tidak sanggup mengharungi perjalanan dalam lautan kenderaan itu, lagi pun menyedari kereta saya sudah agak uzur, saya memasuki sebuah stesen minyak berhampiran plaza tol itu, mencari tempat meletakkan kenderaan, seterusnya merehatkan diri. Fikir saya dalam masa sejam tentulah keadaan kembali reda tetapi jangkaan saya salah.

Keadaan bersesak-sesak itu berterusan berjam-jam lamanya, membuatkan saya hilang sabar, lantas menghidupkan enjin kereta seterusnya mengharungi perjalanan ‘mencabar’ ke pejabat. Sudah pasti saya tiba terlalu lewat di pejabat, tetapi apa yang dapat saya lakukan?

Sebelum berlepas, ketika termenung-menung di stesen minyak itu, saya perhatikan hampir semua kereta bermuatkan pemandunya saja. Ertinya setiap orang memandu tanpa penumpang dan saya percaya hampir semuanya dalam perjalanan ke pejabat masing-masing untuk memulakan tugas. Keadaan ‘seorang sebuah kereta’ inilah antara faktor yang menyumbangkan kepada kesesakan jalan-jalan raya di ibu kota.

Sebelum menyalahkan orang lain, saya terpaksa mengaku saya juga penyumbang kepada kesesakan itu kerana menaiki kereta seorang diri sedangkan ada empat lagi tempat duduk kosong. Namun hanya pada hari itu saya berkenderaan sendiri sedangkan pada kebanyakan hari saya menaiki pengangkutan awam.

Satu pertanyaan timbul; mengapa orang suka bersesak-sesak dengan setiap orang memandu kenderaan sendiri sedangkan antara penanda aras kemajuan sesebuah kota adalah kemudahan pengangkutan awamnya yang canggih dan selesa.

Kunjungilah kota hebat dunia seperti London dan Tokyo, pengangkutan awamnya begitu efisyen. Jaringan laluan ‘tube’ (kereta api bawah tanah) kota London berselirat diumpamakan sarang labah-labah.

Jika pada tahun 70-an dan 80-an pengangkutan awam di KL sinonim dengan bas mini tetapi hari ini perkhidmatan kereta api ringan iaitu RapidKL (dulunya Star), Putra (RapidKL) dan Monorail menjadikan Kuala Lumpur setanding malah jika tidak, adalah lebih baik daripada kota-kota besar dunia dari segi pengangkutan awam.

Namun jika ditinjau dari segi perkhidmatan kenderaan awam lain seperti bas, Kuala Lumpur seolah-olah masih tidur dengan mimpinya yang panjang. Kepada pengguna pengangkutan awam ini, perkhidmatan masih di takuk lama dengan masalah seperti kesesakan dan ketidak-tepatan jadual masih tidak dapat diatasi.

Disebabkan perkhidmatan bas yang tidak memuaskan ini dan kurangnya sistem bas penyambung (feeder bus) di kebanyakan stesen LRT menjadikan arus pergerakan kenderaan awam tidak berkesan dalam memenuhi kehendak warga kota yang perlu bergerak cepat.

Bayangkan seorang penumpang RapidKL atau Monorail yang serba canggih selepas tiba di sebuah stesen akan terpaksa termenung lama memikirkan bagaimana dia hendak ke destinasinya sedangkan di sesetengah stesen tiada pengangkutan awam seperti bas. Mungkin yang ada hanyalah teksi dengan sesetengah pemandunya adalah orang yang suka 'cekik darah'.

Ketidakberkesanan sistem pengangkutan awam menyebabkan ramai warga kota memilih untuk memandu sendiri ke pejabat atau urusan lain. Dalam kesesakan pagi di jalan-jalan sesak ibu kota dalam sesebuah kereta ada seorang (pemandu) dalam kereta itu. Jika setiap orang mahu memandu sendiri ke pejabat sudah tentu jalan ibu kota akan sesak sekali gus berlaku pelbagai pembaziran.

Kita tidak perlu meniru Jakarta dalam memperkenalkan peraturan kenderaan dengan sejumlah penumpang tertentu saja dibenarkan memasuki ibu kota, tetapi memadailah dengan segera membaiki sistem pengangkutan awam kita.

Kita juga tidak perlu stesen pengangkutan awam begitu hebat dan canggih seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan tetapi hal-hal kordinasi dan peningkatan kos (kepada pengusaha dan penumpang) tidak dapat diselesaikan sehingga kini walaupun hub itu sudah mula beroperasi 1 Januari lalu.

Rakyat marhaen hanya perlukan pengangkutan awam yang murah dan efisyen bagi membolehkan mereka bergerak dengan pantas dan selesa. Semoga pengurusan kota raya KL termasuk datuk bandar dan menteri bertanggungjawab dapat memenuhi permintaan mudah rakyat ini pada ketika Wilayah Persekutuan meraikan ulang tahun ke-37, 1 Februari lalu.

Lupakan ‘dacing sengget’, fikir-fikirkanlah ‘dacing akhirat’

Posted on 31st JAN 2011
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Jika salah seorang antara kamu minum maka janganlah bernafas di dalam bejana (tempat air minum). Jika kamu ke bilik air maka janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanan, dan janganlah beristinjak dengan tangan kanan." (HR. Bukhari dan Muslim)
***

NAMPAKNYA dacing telah menang di Tenang. Menjelang pilihan raya kecil di Dun itu 30 Januari lalu dacing mengamuk sakan. Dacing berada di mana-mana. Dacing mendominasi ruang dan tempat. Tengok kiri dacing, tengok kanan dacing. Tengok depan dacing.

Namun dacing berimbang atas kayu atau besi ini sudah ketinggalan zaman - orang sekarang pakai dacing elektronik atau dacing ada muka, malah kedapatan dacing dua muka agar pelanggan tidak ditipu. Mungkin tidak ada orang lagi pakai dacing berimbang ini. Namun jika ada yang memakainya pun, orangnya pasti berslogan dulu, kini dan selamanya. Tak nak bertukar, jumud. Masih nak pakai dacing berimbang sekalipun ia sudah sengget.

Hendak bernostalgia pakai dacing berimbang tidak salah, yang salahnya menipu timbangan dalam bisnes. Ertinya menyalahgunakan dacing. Dalam Islam, menipu dalam bisnes adalah kesalahan amat serius; dalam al-Quran ada kisah umat Nabi Shuib dimusnahkan kerana cenderung menipu dalam bisnes.

Orang menipu tatkala menggunakan dacing sebenarnya tidak ingat akan dacing paling hebat iaitu dacing akhirat atau dalam istilah agama disebut timbangan amal (mizan). Setiap perbuatan manusia akan ditimbang walaupun sebesar zarrah (atom). Firman Allah SWT dalam Ayat 7 Surah Al Zalzalah, bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya Dia akan melihatnya (menilai)."

Dalam hidup bermasyarakat, atau norma manusia bertamadun, seseorang itu tidak boleh menilai dirinya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, kerana ketelitian bangsa ini, ada satu peribahasa menyebut 'masuk bakul angkat sendiri'.

Sekarang BN masuk dacing, selepas itu angkat sendiri. Sebab itu apabila harga barangan keperluan seperti gula dan harga minyak serta gas naik, orang yang masuk bakul ini (dacing) akan berkata 'kenaikan ini tidak membebankan'.

Mana ada beban, dia sendiri sudah masuk dalam bakul. Yang menanggung beban adalah orang di luar bakul (luar dacing). Orang dalam dacing, semuanya kata tidak membebankan. Betullah tu, sebab dia berfikir dalam timbangan dacing. Macam ikan busuk atau ayam pencen sudah masuk dacing, takkan boleh menjerit, aku beratlah!

Memang hebat fikiran orang Melayu dulu. Mereka mencipta simpulan bahasa, peribahasa yang cantik-cantik itu sebagai iktibar untuk orang kemudian. Orang Melayu dacing tidak faham kecantikan dan keindahan bahasa Melayu. Sebab itu mereka menginggeriskan Sains dan Matematik.

Berbalik kita kepada peribahasa 'masuk bakul angkat sendiri'. Adalah normal dalam masyarakat, seseorang yang jahat tidak akan berkata dia jahat. Seorang pencuri tidak akan berkata dia pencuri.

Seorang penyamun tidak akan mengaku dirinya penyamun. Sebaliknya apabila berlaku sesuatu kecurian dalam sesebuah kampung, si pencuri yang terperangkap akan menjerit, mengejar orang lain dengan mengatakan orang lain sebagai pencuri.

Apa yang berlaku sepanjang zaman, seorang penyamun atau perasuah akan pura-pura buat baik bagi menutup 'kepenyamumannya'. Orang puasa dia puasa. Orang raya dia pun raya. Orang bayar zakat fitrah, dia pun bayar zakat fitrah. Orang naik haji, dia pun naik haji. Itulah penyamun tarbus namanya. Banyak filem sudah dibuat mengenai hal ini. Jadi apa nak dihairankan jika penyamun tarbus dacing mengaku dia terbaik di dunia ini.

Dalam masyarakat Melayu, adalah pelik seseorang itu mengaku dia baik. Orang Melayu ini pemalu. Orang Melayu yang baik tidak mendabik dada dia baik. Sebab baik itu adalah penilaian orang.

Apabila seseorang itu mengaku dia baik atau mengiklankan bahawa dia baik, tentulah ada yang tidak kena dengan dirinya. Apabila orang mendakwa dia baik, hampir pasti dia tidak baik atau ada 'wayarnya putus' (short-cicuit).

Orang Melayu halus dalam budi bicaranya. Ada yang gemar bercakap 'cara kebalikan' (reverse). Apabila seseorang anak terjatuh kerana memanjat pokok, bapanya akan berkata, "panjat, panjat, panjat lagi", tetapi hakikatnya si bapa tadi tidak mahu si anak memanjat pokok lagi. Demikian betapa hebatnya orang Melayu berbahasa!

Tetapi apa yang dacing sudah buat? Dacing mengiklankan dia hebat! Kalau digunakan pendekatan 'reverse' tadi, hakikatnya dacing itu tidaklah hebat. Kalau dacing kata pendidikan percuma, ia bermaksud pendidikan tidak percuma.

Tanyalah mana-mana ibu bapa yang mendaftar anak-anak ke sekolah baru-baru ini. Mana ada pendidikan 'free'. Bagi seorang anak, kos ke sekolah rendah pada penggal baru lalu adalah antara RM100-RM300. Anak sekolah menengah pula (asrama) kosnya antara RM500-RM1,000. Betul buku teks adalah 'free', tetapi janganlah berbohong menyatakan pendidikan 'free'.

Dacing memang suka cakap 'reverse'. Katanya jangan berpolitik di bangunan sekolah, masjid dan tempat awam lain. Jangan guna harta kerajaan ketika berkempen, tetapi dia buat. Katanya, jangan hasut rakyat, dia yang mempropaganda rakyat. Mana tidaknya, buka saja radio atau TV, akan terdengarlah dakyah murahan..."Kerajaan dacing telah buat itu, telah buat ini...kejayaan sana, kejayaan sini...cemerlang, gemilang, terbilang..."

Kalau dacing telah buat semuanya, orang lain selama ini buat apa? Selepas itu dibilang pula, "pembangkang huru-hara...rakyat tidak selamat...bla,bla." Demikiannya kerja dacing siang dan malam. Petugas penyiaran, wartawan yang mengaku beriman, tidak takut dosakah berbohong menyatakan dacing baik-baik saja?

Akhir sekali dengarlah nasihat terakhir yang terbaik mengenai hal ehwal dacing ini. Dacing dunia ini lazimlah sifatnya tidak adil. Kerap sengget. Kuasa, pangkat dan duit boleh membeli dunia ini. Bolehlah masuk bakul (dacing), angkat sendiri.

Tetapi semua mahu ingat ada satu lagi dacing iaitu timbangan amal (mizan) yang maha tepat. Ketika diadili dacing ini, tidak lagi 'can' (chance) masuk bakul angkat sendiri!

Sunday, January 30, 2011

Media massa gagal berperanan pantau kerajaan

***
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman dam barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." (Al-Kaffi 39)
***

Tiga tonggak pemerintahan sesebuah demokrasi ala Westminster adalah kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman tetapi sesetengah pihak menambah satu lagi, ‘the fourth estate’ iaitu media massa.

Dalam sebuah demokrasi kukuh yang mana wujud sistem dua parti di negara maju seperti di United Kingdom dan Amerika Syarikat, perwakilan kedua-dua pihak (pemerintah dan pembangkang) hampir seimbang, memberi peluang terbuka kepada perbahasan sihat bagi kesejahteraan negara tetapi hal ini jarang kedapatan di negara-negara sedang membangun.

Di kebanyakan negara Dunia Ketiga, suara wakil pemerintah adalah dominan manakala pembangkang amat lemah. Hal ini bukan saja berlaku di peringkat Pusat (Persekutuan) tetapi juga di negeri-negeri. Apabila hal ini berlaku, dikhuatiri kadar penyelewengan adalah tinggi dan tiadanya pihak berwibawa bagi melakukan peranan sebagai pemantau (check and balance).

Pembangkang yang lemah atau tidak adanya wakil pembangkang (sifar pembangkang) di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seperti diidamkan oleh seorang menteri besar sebuah negeri paling maju di tanah air kita tidak lama dulu, mendedahkan kerajaan dan wakilnya kepada penyelewengan tanpa teguran atau bantahan. Apabila tiadanya ‘check and balance’ dalam pentadbiran, berleluasalah amalan korup; jenayah pihak berkenaan termasuk peneraju negeri hanya didedahkan selepas dia tidak lagi berkuasa.

Hal ini sewajarnya dapat diminimumkan kerana penyelewengan yang seolah-olah dibiarkan itu akan merugikan negara, negeri, masyarakat seterusnya individu. Banyak wang dan masa dibazirkan sedangkan negara dan negeri boleh jauh ke depan jika penyelewengan ini dapat dicegah atau pantau pada peringkat awal lagi.

Disebabkan perwakilan pemerintah adalah dominan sedangkan pembangkang bagaikan hidup segan mati tak mahu, media massalah sewajarnya berperanan melakukan ‘check and balance’ itu. Media massalah wajar menjadi pemantau bagi membantu mengatasi penyelewengan wakil-wakil kerajaan termasuk ketuanya yang diberikan amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.

Namun hal ini seolah-olah kurang berkesan di negara kita; media massa sudah lupa peranannya sebagai ‘the fourth estate’ sebaliknya tidak habis-habis mengipas kerajaan dan wakil-wakilnya. Perkara ini tersangat bahaya dalam sesebuah negara demokrasi, dengan tiada teguran dan kritikan akan meletakkan negara ke jurang bahaya. Jika pembangkang (pengkritik) lemah (termasuk tidak cukup wakil di Parlimen dan Dun) adalah menjadi tanggungjawab media massa untuk memikul tugas berkenaan.

Pemilik dan pengamal media sewajarnya kembali berperanan sebagai mata dan telinga masyarakat, apa saja yang tidak benar disanggahnya sama ada yang terbabit seorang perdana menteri, menteri besar hatta ketua pembangkang dan wakilnya. Kalau benar katakan benar, kalau salah katakan salah walaupun ia amat pahit.

Berdasarkan perkembangan semasa, kita amat kesal apabila media dijadikan kuda tunggangan atau membiarkan dirinya diperlakukan sedemikian oleh pihak tertentu. Amat malang bagi individu tertentu malah sampai ke peringkat ketua kesatuan sekerja seperti Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari dikenakan tindakan semata-mata menegur peneraju akhbar yang lupa menjalankan tugas ‘check and balance’ ini sebaliknya bermatlamat memuaskan nafsu serakah pihak tertentu dan menyelamatkan periuk nasi mereka.

Bagi kita pendedahan Ketua Audit Negara dalam laporan terkininya menjelaskan betapa bobroknya sesetengah kerajaan negeri, tetapi hal ini tidak ambil peduli sesetengah media massa arus perdana. Sewajarnya media berperanan memanjangkan pendedahan ini sebagai satu langkah bagi memastikan urus tadbir dilakukan secara bijak dan berhemah oleh semua pihak dan dalam konteks negara kita sama ada oleh kerajaan BN atau Pakatan Rakyat.

Jika ditinjau di negara luar seperti Indonesia pada zaman reformasi, media adalah penggerak kebangkitan rakyat, persoalannya adalah media massa kita mahu terus jumud dulu, kini dan selamanya?

Friday, January 28, 2011

Di atas robohan kota Melaka…

Posted on 28th JAN 2011
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Sesungguhnya akan datang umat ini suatu golongan yang berlebihan dalam bersuci dan berdoa." (HR. Ahmad dan Abu Daud)
***

“DI atas robohan kota Melaka, mari kita bangunkan jiwa merdeka…” demikian kata-kata keramat cendekiawan yang juga bekas pemimpin PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmi yang sewajarnya menjadi panduan bagi anak bangsa terutama orang Melaka yang akan mengenang kejatuhan empayar Melayu Islam Melaka 500 tahun lalu di tangan Portugis (1511).

Sebenarnya ada satu pantun yang sangat mengusik jiwa mengenai perkara ini yang berbunyi:

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Nyawa dan badan saya serahkan.

Sebagai peminat Sejarah, masih tertanam di ingatan saya akan catatan bahawa pada Julai 1511, Melaka telah jatuh ke tangan armada Portugis. Kini selepas hampir 500 tahun peristiwa memilukan itu, apakah agaknya yang bakal terjadi di bumi Melaka teristimewanya akhir-akhir ini?

Lebih 10 tahun lalu, ketika menganggur, saya gemar mengisi masa mengikuti ceramah tokoh PAS, antaranya membabitkan Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa. Dalam salah satu ceramahnya, beliau memberitahu orang Melayu Melaka memerlukan masa sekurang-kurangnya 10-15 tahun untuk berubah ke arah menerima kehidupan Islam sepenuhnya termasuklah dari segi politik. Ketika itu (malahan sehingga sekarang), parti politik Islam (PAS) tidak mempunyai sebarang kerusi dalam Dun Melaka, begitu juga di peringkat Parlimen.

Ustaz Mujahid (kini sudah bergelar Dr) mengungkapkan perkara itu 10 tahun dulu, jadi saya percaya tempohnya sudah sampai bagi rakyat Melaka bersedia dalam membuat pembaharuan termasuk memilih parti Islam yang insya-Allah akan mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Melaka lebih lima abad lalu sebelum empayar bertuah itu dilanggar oleh si Benggali Putih.

Kini dengan beradanya umat Islam Melaka pada tahun 2011 iaitu 500 tahun selepas moyang mereka dihambat keluar daripada negeri bersejarah, apakah Islam dengan segala hukum hakamnya berpotensi dinobatkan kembali menepati peribahasa bagaikan sireh pulang ke ganggang?

Kita percaya, umat Islam sudah terlalu rindu untuk melihat Islam kembali berdaulat. Kerinduan itu memukul pilu hati yang bagai disayat-sayat dan dirasakan semakin mendesak sejak akhir-akhir ini apabila menyaksikan dengan mata sendiri penyelewengan dan aneka maksiat yang begitu hanyir.

Berlabuhnya bulan pertama 2011, menyaksikan parti Islam berpeluang menguji penerimaan rakyat Melaka terhadapnya pada pilihan raya kecil N27 Merlimau yang insya-Allah akan diadakan pada masa terdekat. Sudah sekian lama, pencinta kehidupan Islami mahu menikmati kesyahduan di bawah payung Islam, jadi diharapkan di Merlimau ini akan membuah hasil sebagai anak sulung.

Kemudian pada pilihan raya umum ke-13 nanti, didoakan parti Islam mengorak langkah lebih jitu untuk mengepali Pakatan seterusnya menerajui negeri dan menggembalikan kedaulatan Islam seperti dinikmati rakyat pelbagai bangsa dan kepercayaan agama di bumi bersejarah lebih 500 tahun lalu.

Insya-Allah di bawah naungan Islam, semua akan selamat kerana kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. lebih 1,400 tahun lalu adalah untuk membawa rahmat kepada sekalian alam.

Thursday, January 27, 2011

Interlok: Dulu ‘betul’ sekarang ‘salah’?

Posted on 27th JAN 2011
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik." (An-Nahl: 125)
***

SAYA membaca novel Interlok karya Abdullah Hussein ketika di tingkatan dua pada 1976. Saya melakukan atas dasar hobi, ertinya, di atas inisiatif sendiri, bukan terpaksa melakukannya.

Minat saya yang mendalam terhadap kesusasteraan Melayu menyebabkan saya sudah ‘khatam’ banyak novel Melayu ketika itu dan Interlok adalah salah satu daripadanya.

Selepas membaca Interlok saya tidak pernah mendengar perihal novel ini sehinggalah sekarang. Namun nama penulisnya, Pak Abdullah Hussain ada tempat dalam media massa.

Penulis dari Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah ini adalah salah seorang idola saya dalam penulisan bahasa Melayu. Novel terakhir Sasterawan Negara Kelapan (1996) yang saya baca adalah Imam, sebuah buku agak tebal tetapi saya gagahi juga menghabiskannya.

Novel Interlok muncul selepas diisytihar pemenang sagu hati peraduan menulis novel sempena kemerdekaan negara ke-10 (1967). Dulu novel ini hampir langsung
tidak dibicarakan tetapi mengapa sekarang buku ini menjadi isu panas?

Benarkah dulu isi novel ini ‘betul’ belaka sehingga tidak ada seorang pun menegur tetapi sekarang ‘salah’ sehingga ada pihak mengugut membakarnya?

Pada pandangan saya Interlok tenggelam sejak sekian lama; dibaca oleh ulat buku seperti saya yang menjumpainya secara kebetulan di perpustakaan sekolah dan mungkin diteliti oleh segelintir sasterawan tetapi kini buku ini diangkat menjadi novel komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) bagi murid tingkatan lima. Ertinya novel ini ada ‘saham’ dalam pencapaian pelajar pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jadi, dulunya novel ini hanya diketahui segelintir khalayak yang tidak ambil peduli sangat akan kandungannya tetapi kini sebagai teks sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia yang amat penting itu, puluhan ribu pelajar dan guru (saya difahamkan buku ini digunakan di sekolah-sekolah kawasan tengah Semenanjung seperti Kuala Lumpur) menatap dan mengkajinya saban hari.

Jika dulu pembacanya, adalah selektif (pembaca tegar dan peminat sastera) tetapi kini buku ini menjadi bacaan wajib pelajar daripada pelbagai latar belakang seperti kaum dan peringkat pencapaian akademik dan daya fikirnya.

Demikianlah, pada pandangan saya perkara ini perlu difikirkan oleh semua pihak termasuklah perancang, pendidik, politikus, sasterawan, budayawan, karyawan dan cendekiawan.

Antara kandungan buku ini didakwa sensitif oleh sesetengah pihak adalah dalam Buku Tiga (Keluarga Maniam) pada Bab 1 muka surat 221 yang ditulis: “…Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta pariah. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur. Mereka berasak-asak seperti kambing.”

Tentunya pihak-pihak berkaitan mempunyai hujah masing-masing (misalnya Persatuan Penulis Nasional Malaysia, Pena, yang mahu Interlok kekal sebagai teks Komsas, berhujah bahawa novel ini tidak menghina mana-mana kaum), pada pandangan saya semua pihak perlu akur kepada keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah membuat keputusan mengenai pemilihan novel yang telah pun digunakan pada sesi persekolahan yang bermula 3 Januari lalu.

Tentunya kementerian telah mengkajinya secara serius, kalau tidak masakan pada belakang novel berharga RM13.80 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu ditulis: “Novel ini memaparkan tema tentang integrasi tiga kaum utama – iaitu
Melayu, Cina, dan India. Ketiga-tiga kaum ini berusaha untuk menjalani
hidup bersama sebagai rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat.

“Novel ini berkemampuan untuk mengajar murid tentang erti penyatuan dan
perpaduan seperti konsep ‘1 Malaysia’ yang diilhamkan oleh Perdana
Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Penggunaan bahasa yang
bersahaja akan memudahkan murid untuk memahami novel yang menarik ini.

“Secara keseluruhannya, pemikiran, tema, persoalan, gaya bahasa, dan
teknik penceritaan yang digunakan dalam novel ini dapat menarik minat
murid untuk membaca dan menghayatinya.”

Oleh demikian pada pendapat saya, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak boleh tunduk kepada mana-mana pihak yang mendesak penggunaan novel ini dibatalkan sehingga mahu membakarnya.

Jika tunduk beliau seolah-olah beralah demi untuk menjaga masa depan karier politik (periuk nasi) dan partinya demi meraih sokongan kumpulan tertentu. Ini sewajarnya tidak berlaku; menarik balik novel yang telah diiiktiraf hasil sastera bermutu oleh kerajaan pada masa Tuanku Abdul Rahman (1967) adalah satu penghinaan yang tidak dapat diterima sama sekali.

Apabila hal ini dibiarkan berlaku, apakah kita bersedia untuk menarik balik penggunaan buku-buku teks yang hebat seperti ‘Sejarah Melayu’ kerana ia juga terdedah kepada dakwaan pihak tertentu kononnya ada isi kandungannya menghina kumpulan tertentu?

Sewajarnya apa yang boleh dilakukan sekarang adalah memahamkan seluruh generasi baru akan sejarah (liku-liku) yang dilalui anak bangsa (tidak kiralah Melayu, Cina, India dan sebagainya) sebelum dan selepas negara ini mencapai kemerdekaan.

Apa yang dipaparkan Pak Abdullah Hussain dalam Interlok adalah gambaran kehidupan di Tanah Melayu pada era British, membawa kepada kemerdekaan seterusnya penubuhan Malaysia, sewajarnya dapat dijadikan panduan guru untuk mengimbau kisah itu kepada murid tetapi perkara itu perlu dilakukan dengan amat berhati-hati.

Ini kerana novel Interlok ini bukanlah dibaca kalangan tertentu saja seperti saya yang membacanya pada 1976 tetapi semua murid daripada pelbagai latar belakang termasuk kaum dan tahap pemikiran.

Mungkin sesetengah murid akan terasa disindir dan menjadi bahan guruan murid lain, tetapi di sinilah letaknya cabaran bagi pemimpin terutama guru dalam mematangkan pelajar (generasi muda) bagi menghadapi hakikat kehidupan – di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung!

Wednesday, January 26, 2011

Interlok: Projek 1-Malaysia dibarai pendukung BN sendiri

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Aku memperkenankan permohonanmu." (Surah Ghafir ayat 60)
***

APABILA novel Interlok menjadi isu panas, saya mengambil peluang menatap dengan teliti naskhah novel Interlok cetakan terbaru (2010) edisi murid; pada kulit depan bahagian atas tertera lambang 1. Itulah lambang 1-Malaysia. Ertinya projek 1-Malaysia mahu dijayakan melalui penggunaan novel ini sebagai novel komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) di sekolah menengah.

Telahan saya itu diperkukuhkan lagi dengan menghalusi catatan pada kulit belakangnya: “Novel ini memaparkan tema tentang integrasi tiga kaum utama – iaitu Melayu, Cina, dan India. Ketiga-tiga kaum ini berusaha untuk menjalani hidup bersama sebagai rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat.

“Novel ini berkemampuan untuk mengajar murid tentang erti penyatuan dan perpaduan seperti konsep ‘1 Malaysia’ yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Penggunaan bahasa yang bersahaja akan memudahkan murid untuk memahami novel yang menarik ini.

“Secara keseluruhannya, pemikiran, tema, persoalan, gaya bahasa, dan teknik penceritaan yang digunakan dalam novel ini dapat menarik minat murid untuk membaca dan menghayatinya.”

Semuanya berjalan lancar, novel itu telah siap sedia untuk digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan lima (SPM) tahun ini (2011) dengan diterbitkan bagi edisi baru ini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2010, tetapi tiba-tiba Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan kuncu-kuncunya membuat hal, mendesak Kementerian Pelajaran menarik balik novel itu sebagai bacaan wajib murid sekolah menengah.

Beliau kemudian menyemarakkan isu ini sehingga membawa kepada pembakaran naskhah novel karya Sasterawan Negara, Dato’ Abdullah Hussain oleh pihak tertentu. Apabila ini berlaku, bermakna orang kuat PM Najib sendiri nampaknya cuba menggagalkan konsep 1-Malaysia yang dibina oleh ‘bos’nya. Jika orang kuat sendiri tidak percaya kepada projek 1-Malaysia melalui penggunaan novel ini, bermakna rapuhlah apa diusahakan itu.

Memanglah jika dibaca novel itu mengikut keratan-keratan seperti paparan didakwa sensitif ini (dalam Buku Tiga (Keluarga Maniam) pada Bab 1 muka surat 221) yang ditulis: ‘…Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta pariah. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur. Mereka berasak-asak seperti kambing’, seseorang itu berpendapat ada unsur penghinaan, tetapi itu tidak benar kerana dia perlu menilai novel ini secara keseluruhan iaitu apa mesej yang mahu disampaikan.

Murugiah dan kuncu-kuncu nampaknya cuba mengaut keuntungan politik dengan membuat tafsiran sendiri sedangkan penulis cuba membawa gagasan besar penyatuan kaum-kaum yang walaupun daripada pelbagai latar belakang asal usulnya yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Itulah sebabnya tajuk novel ini adalah ‘Interlok’, yang bermaksud mengikat semua kaum kepada penyatuan.

Orang di luar dunia pendidikan seperti Murugiah mungkin bijak meneka dan membuat andaian dan tafsiran sendiri, tetapi hakikatnya para pendidik iaitu guru (jauhari) yang mengenal manikam. Sebagai contoh halusilah apa diperkatakan penulis buku Twitter Bahasa Malaysia Tingkatan 5 (terbitan Info-Didik Sdn Bhd) iaitu Khairuddin Ayip dan Esah Bujang mengenai nilai murni novel Intelok.

“Terdapat beberapa nilai murni daripada novel ini. Antaranya ialah baik hati, contohnya Lebai Man mahu Seman dan ibunya tinggal di rumahnya terlebih dahulu setelah keluar dari rumah, manakala Lazim sanggup bersama-sama penduduk kampung mendirikan rumah untuk didiami Seman, sebab mereka tahu Seman sebatang kara.

Seterusnya berdikari, contohnya Seman tidak menyusahkan keluarga Lebai Man dan Lazim agar dia tinggal di rumah mereka setelah dirinya dihalau keluar dari rumah oleh Cina Panjang, sebab dia mahu berusaha sendiri.

Selain itu kerajinan, contohnya Lee Kim Lock rajin bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dalam dunia perniagaan dan akhirnya kedainya merupakan kedai paling besar di Simpang Empat.

Di samping itu hormat menghormati, contohnya penduduk kampung yang berdekatan dengan Simpang Empat saling menghormati walaupun berlainan kaum dan latar belakang pada saat-saat menjelang kemerdekaan negara atas kesedaran perpaduan kaum sahaja dapat mewujudkan keamanan.

Akhir sekali patriotisme, contohnya penduduk kampung berdekatan Simpang Empat bersatu padu menentang Malayan Union yang dibawa oleh penjajah Inggeris, untuk memastikan negara boleh mencapai kemerdekaan.”

Jelaslah, Abdullah Hussain tidak bersifat rasis mengetengahkan watak-watak dalam novelnya ini. Beliau mengambarkan watak manusia secara universal, ada Melayu, Cina dan India baik; dan ada Melayu, Cina dan India jahat. Ada Cina rajin, ada Cina malas dan ada Melayu rajin dan ada Melayu malas serta ada India rajin dan India malas. Hal ini adalah biasa iaitu putih hitam kehidupan.

Demikianlah amat silap dan bahaya apabila Murugiah dan kuncu-kuncunya membuat tafsiran sendiri dan bertindak terburu-buru. Natijahnya satu projek 1-Malaysia Najib Razak telah terbarai, angkara orang kuatnya sendiri!

Tuesday, January 25, 2011

Tangani isu Interlok bagai menarik rambut dalam tepung

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya." (Maksud ayat 26-27 Surah Al-Isra')
***

KAMUS Inggeris Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (1991) mendefinisikan interlock (interlok) sebagai berpanca ataupun bercantum; manakala kamus The New Oxford Dictionary of English mendefinisikannya sebagai satu ‘verb’ (perbuatan) ‘of two or more things’ engage with each other by overlapping or by the fitting together of projections and recesses; their fingers interlocked’.

Sekalipun sudah puluhan tahun terjumpa perkataan interlok selepas membaca novel Interlok karya Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussein pada tahun 1976 (semasa saya dalam tingkatan dua), kini barulah saya sibuk mencari kamus bagi memahami perkataan interlok selepas novel Interlok menjadi kontroversi sehingga naskhahnya dibakar pihak tertentu.

Novel Interlok yang saya baca selepas meminjamnya daripada perpustakaan sekolah itu adalah buah tangan Pak Abdullah yang mendapat hadiah sagu hati dalam pertandingan menulis novel sempena 10 tahun kemerdekaan (1967). Dulu novel ini kurang dipedulikan, hanya dibaca oleh peminat sastera dan sejumlah ulat buku seperti saya.

Apa maksud Pak Abdullah memberi tajuk Interlok pada novelnya? Soalan ini boleh dijawab dengan tepat oleh Pak Abdullah sendiri manakala mereka yang sudah membaca dan memahami isinya hanya boleh membuat andaian dan tanggapan. Ketika membacanya dulu, saya memahaminya sebagai penyatuan tiga bangsa utama di Tanah Melayu kemudian Malaysia – Melayu, Cina dan India - yang sesuailah novel ini disertakan bagi sebuah peraduan bertaraf nasional selepas 10 tahun negara merdeka.

Apabila buku ini diberi nafas baru selepas diangkat menjadi novel komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) bagi murid tingkatan lima mulai tahun ini (2011), buku ini dicetak semula; pada kulit belakang cetakan terbarunya (2010) ada tertulis: “Novel ini memaparkan tema tentang integrasi tiga kaum utama – iaitu Melayu, Cina, dan India. Ketiga-tiga kaum ini berusaha untuk menjalani hidup bersama sebagai rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat.

“Novel ini berkemampuan untuk mengajar murid tentang erti penyatuan dan perpaduan seperti konsep ‘1 Malaysia’ yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Penggunaan bahasa yang bersahaja akan memudahkan murid untuk memahami novel yang menarik ini.

“Secara keseluruhannya, pemikiran, tema, persoalan, gaya bahasa, dan teknik penceritaan yang digunakan dalam novel ini dapat menarik minat murid untuk membaca dan menghayatinya.”

Berdasarkan apa ditulis ini, semuanya nampak indah (menepati maksud interlok) tetapi mengapa masalah timbul? Kenapa ia diperbesar-besarkan sehingga kelihatan seperti keadaan tidak terkawal dengan sudah berlakunya kejadian membakar novel ini?

Apa yang berlaku ada kumpulan kurang senang dengan beberapa paparan yang dakwa mereka menghina golongan tertentu. Antara paparan didakwa sensitif itu adalah dalam Buku Tiga (Keluarga Maniam) pada Bab 1 muka surat 221 yang ditulis: “…Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta pariah. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur. Mereka berasak-asak seperti kambing.”

Pelbagai pihak termasuk Persatuan Penulis Nasional (Pena) dan juga penulis Pak Abdullah sendiri berhujah ini bukan penghinaan sebaliknya gambaran sebenar keadaan masyarakat dari India yang berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun-tahun 1900-an.

Bagi menangani kemelut novel Interlok ini, kebijaksanaan amat dituntut, peribahasa Melayu menyatakan; ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak rosak.

Masing-masing ada hujah tersendiri; misalnya ada berpendapat novel ini boleh didiskusikan di peringkat pengajian tinggi (terutama di kalangan pelajar jurusan sastera) di mana pelajar sudah matang tetapi tidak di sekolah di mana semua murid daripada pelbagai latar belakang, tahap pemikiran dan pencapaian (ada yang teruk dalam PMR tetapi meneruskan persekolahan) akan terdedah kepadanya.

Jika dulu novel ini dibaca segelintir golongan (peminat sastera, kaki buku dan cendekiawan), apabila dijadikan teks Komsas ia akan dibaca puluhan malahan ratusan ribu pelajar dan guru, lantas boleh mengakibatkan suasana kurang sihat di kalangan pelajar seperti ejek mengejek dan sebagainya.

Apapun, terpulanglah kepada kebijaksaan semua pihak, terutama perancang dan cendekiawan (termasuk guru) untuk merumuskan apa yang terbaik untuk masa depan anak bangsa dengan satu syarat – orang politik tolonglah jauhkan diri daripada bermain api bagi meraih sokongan dalam isu ini!

Monday, January 24, 2011

Signifikan 17 Januari dan penggulingan Presiden Tunisia

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan." (Maryam: 59)
***

TANGGAL 17 Januari mempunyai makna besar kepada dunia dan juga diri penulis. Pada tanggal inilah 20 tahun lalu (1991) tentera bersekutu dikepali Amerika Syarikat menyerang Iraq selepas Presidennya, Saddam Hussein menggempur seterusnya menakluk Kuwait.

Perang Teluk yang dicanangkan oleh Presiden Amerika, George (Sr) Bush ini mempunyai kesan besar kepada media massa. Buat pertama kalinya orang awam boleh menyaksikan perang melalui skrin televisyen. Wartawan CNN, Peter Arnett berupaya membuat liputan perang dari Baghdad, kota yang menjadi sasaran tentera bersekutu selain Basrah.

Keghairahan membuat liputan berita perang turut menjangkiti media massa tempatan. Ketika itu penulis yang bertugas di akhbar Berita Harian turut membantu menerbitkan keluaran khas perang yang diedarkan pada sebelah petang. Akhbar itu dijual dengan harga rendah, hanya untuk menampung kos, mungkin 20 sen senaskhah (penulis tidak berapa ingat lagi).

Selepas akhbar khas ini mendapat sambutan, lahirlah ilham untuk menerbitkan akhbar petang berbahasa Melayu pertama yang menyamai konsep Malay Mail. Penulis yang turut termasuk dalam kumpulan perintis akhbar baru ini bekerja siang malam bagi menjayakan penerbitan Harian Metro.

Dua bulan selepas bermula Perang Teluk, muncullah Harian Metro di khalayak, dan kini selepas 20 tahun (Harian Metro akan menyambut ulang tahunnya ke-20 Mac ini), ia muncul sebagai akhbar paling besar jualannya di tanah air dengan edaran lebih 350,000 naskhah sehari.

Dua dekad selepas peristiwa di bumi Iraq menggegarkan dunia Arab, kini orang Arab dikejutkan dengan penggulingan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali oleh rakyatnya sendiri.

Penyingkiran Zine El Abidine melalui Revolusi Bunga Melur membawa maksud hebat kepada dunia Arab terutama kepada diktator di rantau itu – dari Algeria sehinggalah ke Yaman.

Ternyata rakyat di dunia Arab tidak sanggup lagi berketuakan pemimpin (diktator) yang mahu memerintah dari dulu, kini dan selamanya. Kebanyakan pemimpin ini menyerahkan kuasa kepada anak-anak, seolah-olah keturunan mereka saja layak mentadbir negara.

Menyampahnya rakyat Mesir terhadap pemimpin mereka menyebabkan seorang mengulas: “Kapal terbang diktator Zine El Abinine bukan saja singgah di Mesir tetapi akan mengambil seorang lagi penumpang (Hosni Mubarak) untuk diterbangkan ke Arab Saudi.”

Tulisan saya di blog ini bertajuk ‘Ramai tak hantar anak ke sekolah agama rakyat’ mendapat reaksi seorang pembaca yang menulis:

Assalamualaikum!

Saya amat setuju dengan pandangan saudara tentang fenomena ibu bapa tidak mengambil berat menghantar anak ke sekolah rendah agama.

Sebagai seorang guru agama di sekolah menengah kebangsaan, saya mengakui majoriti murid yang tidak bersekolah rendah agama semasa di sekolah rendah selalunya lemah dalam subjek agama khususnya berkaitan amalan solat fardu, bacaan al-Quran dan tulisan jawi.

Keadaan lebih parah jika ibu bapa murid itu sendiri memang tidak mementingkan tuntutan agama dalam kehidupan seharian.

Saya memang kasihan melihat sesetengah murid yang begitu muda ini tidak terdedah dengan kehidupan beragama disebabkan sikap ibu bapa/keluarga mereka.

Wajah-wajah mereka masih suci dan bersih tetapi rohani kosong dan rapuh. Kami di sekolah memang berusaha memberi pengisian agama dalam jiwa remaja-remaja ini tetapi kuat manalah pengaruh pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah kerana masa terhad ditambah murid juga perlu belajar subjek-subjek lain.

Remaja-remaja ini memerlukan sokongan dan pengaruh ibu bapa/keluarga dalam menghayati agama. Jika sokongan dan pengaruh ini tidak ada mereka akan mudah hanyut dan lalai kerana peringkat usia seperti ini contoh teladan dan pemantauan oleh ibu bapa amat penting dan lebih berkesan. Sekian. – SAIDA, Klang

Saturday, January 22, 2011

Where are the good ones?

***
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

Death will come from all sides

He gulps at it but can hardly swallow it down. Death comes at him from every side but he does not die. and beyond him is relentless punishment. (Qur'an, 14:17)
***

THE tragedy is not the brutality of the Evil but the silence of the Good, which allows the Evil to flourish. Every year millions of pilgrims declare at Hajj that they will serve Allah the Almighty. Where are they?

Hope they’ve not forgotten their Islamic duty to fight injustice and ignorance with their tongues, hands, hearts and resources? – (Hajj of the Heart, Y Mansoor Marican of Orina Consultancy)

Every year some 26,000 Malaysian Muslim performed the hajj. Hajj is the fifth pillar of Islam. So whoever has performed hajj, he/she is supposed to produce the finest in whatever they do, keeping in line with the teachings of the Prophet (blessings and peace be upon him, pbuh).

In ten years time, we would have roughly some 260,000 ‘hajjis’ and ‘hajjahs’ (female hajji) in the whole country. That figure is big enough to fight injustice in our country that is tarnished with corruption, mismanagement and abuse of power, money and resources. But where have the good gone? Why the silence?

‘Hajjis’ and ‘hajjahs’ are everywhere in the country. They cannot just remain silent over things that are against the teaching of Islam such as ignorance, injustice and corruption that exists and flourishes around them.

Regarding this matter, I quote from Harun Yahya’s ‘To Enjoin the Right and Forbid the Wrong’ from his book ‘Learning from the Quran’:

1. Let there be a community among you who call to the good, and enjoin the right, and forbid the wrong. They are the ones who have success. (Qur’an, 3:104)
2. You are the best nation ever to be produced before mankind. You enjoin the right, forbid the wrong and believe in Allah. If the People of the Book were to believe, it would be better for them. Some of them are believers but most of them are deviators. (Qur’an, 3:110)
3. They believe in Allah and the Last Day, and enjoin the right and forbid the wrong, and compete in doing good. They are among the righteous. (Qur’an, 3:114)

In this article I would like to raise a few recent issues pertaining to the said bad trait.

For example our reactions on WikiLeaks reports.

Why were our leaders and newsmen happy in tarnishing the image of certain personalities but remained tight lipped on reports involving others? Are we following the teachings of Islam regarding this matter? Were ‘hajjis’ and ‘hajjahs’ involved and what were their reactions?

It is timely for Muslims to go back to the teachings of the Prophet (pbuh) and not do things according to their own whims and fancies. In Al-Quran 49:6 Allah SWT (The Greatest) says: “O ye who believe! If a wicked person comes to you with any news, ascertain the truth, lest ye harm people unwittingly, and afterwards become full of repentance for what ye have done.” (Al-Quran 49:6)

Regarding the WikiLeaks report, Muslims should emulate Iranian President, Mahmoud Ahmadinejad’s calmness and wise attitude in dealing with it. WikiLeaks labeled him a new Hitler who wanted to destroy Israel and the Jews and put him ‘at war’ with Saudi Arabian king, Al-Malik Abdullah.

Ahmadinejad was quoted saying the report was worthless; it's only aim to destroy the good relations between his country and its neighbours including Saudi Arabia.

My question is, are our ‘hajjis’ and ‘hajjas’ (me included) especially leaders of the country and media industry (who have made the pilgrimage) as good as Ahmadinejad, or are we only interested in fulfilling the needs and desires of organs that are situated between our navels and knee?

To Allah SWT we seek forgiveness, for He accepts repentance: “But to those who do evil in ignorance and then after than repent and put things right, to them your Lord is Ever-Forgiving, Most Merciful. (Qur’an, 16: 119)

Why the silence when the weak is oppressed?

The leaders of our country are rushing like mad to make our country a developed and a highly income one. Almost every day in the news media especially TV, they talk about projects worth billions and billions of ringgit.

Pak Haji Ali, a paddy farmer in Titi Serong, Perak, Pak Haji Arshad, a guard in Kampung Kerinci, Kuala Lumpur and Mak Aji Senah, a ‘kuih’ (cake) seller in Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar do not have any idea how much is a billion ringgit. They only know prices of essential items such as rice, sugar, flour, cooking oil, fish and vegetables. Except for fish, each item might cost less than RM3 a kilogram. Once a month, they have to buy gas and fork out money to pay their electricity and water bills.

The leaders are talking about billions and billions of ringgits (they or their government they are spearheading must be very rich) but why must they too appear with ‘muka 10 sen’ (pleading faces) saying the rakyat have to sacrifice when they raise the prices of necessary goods such as sugar and gas? Why pinch 5 sen or 20 sen from the poor rakyat when they have billions and billions of ringgit?


And why must 'hajjis' and 'hajjahs' be silent when the authorities want to and have demolished settlements such as Kampung Berembang, Kampung Kerichi, Kampung Chubadak and Kampung Baru?


So to all ‘hajji’ and ‘hajjah’ throughout the country (once again me included); have we done our part in stopping ‘this kind of development’? In Islam, social justice is an integral part of the religion; it is the duty of those in power to fulfill the needs of their people, not to make their lives miserable.

In the treasures of the rich (including the country leaders and top corporate brass earning hundred thousand of ringgits per month), there are the rights of the poor; zakat (tithe) that must be given to the rightful owner as it is the fourth pillar of Islam.

Giving ‘zakat’ is not about the kindness of the rich to the poor, but a compulsory obligation for your richness is not 100 percent yours but a part of it belongs to eight groups including the poor. If you don’t believe in it, then you are a ‘kafr’ (non-believer).

In conclusion, ‘hajjis’ and ‘hajjahs’ should keep in line with the teaching of the Prophet (pbuh) at all times for Allah SWT says: “Verily, Allah enjoins Al-Adl (i.e. to be consistent in performing your duties to Allah SWT, and giving (help) to kin, and forbidden Al-Fahsha (i.e. all evil deeds) and Al-Munkar (i.e. all kinds of oppression).

“He admonishes you that you may take heed. And fulfill the Covenant of Allah (SWT) when you covenanted, and break not the oaths after you have confirmed them – and indeed you have appointed Allah SWT your surety. Verily, Allah knows what you do.” (An-Nahl: 90-91)

Thursday, January 20, 2011

Negara maju: Dari mana hendak ke mana?

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Penyesalan ketika maut datang menjemput
"Siapa yang menyalahgunakan segala pemberian Allah kepadanya, pasti akan menyesal ketika maut datang menjemputnya, dan akan ditanya masa hidupnya sekalipun hanya sebentar, untuk dicela dan tahu apa yang telah hilang, jauh, yang telah ada, dan yang datang kemudian, semua menurut kelalaiannya." (Tafsir Ibnu Katsir)
***

SUATU hari ketika menatap halaman sebuah akhbar; saya tersenyum sendirian apabila membaca temu ramah wartawan yang bertanya seorang wanita yang dipilih penyimpan paling konsisten sebuah bank tempatan mengapa dia prihatin dalam hal itu, dia berkata: “Untuk masa depan!”

Hati saya tergeletek kerana wanita itu berusia 75 tahun, masa depan apa lagi yang mahu difikirkannya? Namun di samping ketawa saya juga kagum kerana dia masih beringat-ingat akan masa depan pada usia itu.

Namun kekaguman itu serta merta pudar apabila saya teringat tazkirah seorang rakan tabligh yang berkata lebih kurang begini: “Di hadapan orang berusia 60 atau 70 tahun adalah kubur, itulah yang perlu difikirkan, itulah destinasi kita, sudah cukupkah bekalan ke alam sana?”

Pada hari yang lain pula saya terbaca kisah menarik ini: Seorang profesor sudah terlambat untuk ke kelas pengajian di universiti berdekatan. Dia menahan sebuah teksi, memberitahu si pemandu membawa kereta paling laju dia mampu. Pemandu menekan pedal minyak, membawa teksi bagikan orang gila.

Si profesor lantas bertanya, “eh mana kamu mahu bawa aku?” Pemandu menjawab: “Bukankah tuan hanya menyuruh saya pandu selaju mungkin tanpa menyatakan destinasinya?”

Demikianlah antara misalnya akan terjadi jika pemimpin kita sibuk mencanangkan mahu menjadikan negara maju atau berpendapatan tinggi tetapi tidak mempunyai destinasi (matlamat)nya.

Sewajarnya negara boleh dipandu menuju status maju, tetapi rakyat kebanyakan jangan dibiarkan keciciran. Dalam Islam, seseorang itu boleh menjadi kaya raya tetapi dia jangan lupa dalam kekayaannya itu ada hak orang miskin yang perlu dilunaskan. Itulah zakat namanya.

Ya., kini negara kita dipandu laju menjadi negara maju atau berpendapat tinggi tetapi mengapa soal haram tidak diambil peduli? Mengapa pula mahu diadakan hab hiburan maksiat, mengapa mahu dibenarkan judi bola dan sebagainya? Tak ingatkah di depan kita (kebanyakan menteri sudah berusia lebih 60 tahun) ada kubur seperti diingatkan teman tabligh saya.

Kemudian mengapa kehidupan rakyat awam (orang kebanyakan) mahu disusahkan? Apabila harga barangan asas seperti petroleum, gula dan gas dinaikkan, secara automatik harga barangan dan perkhidmatan turut melambung. Kini minyak masak sukar ditemui dalam pasaran, harga bawang melambung tinggi manakala pengusaha warung dan restoran turut menaikkan harga makanan dan minuman.

Negara ini boleh saja dipenuhi bangunan tinggi pencakar langit, hab-hab maksiat yang hebat, restoran bertaraf antarabangsa, rumah mewah bagaikan istana dengan segelitir rakyat berpendapatan hebat bagi melayakkan ia digelar negara maju berpendapatan tinggi, tetapi apakah ertinya jika sebahagian besar rakyat bagaikan slogan lama – dulu, kini dan selamanya – miskin dan merempat?

Ini yang kita tidak mahu, jadi agihkan wang pendapatan negara yang kerap rakyat dengar berbilion-bilion ringgit itu secara bijaksana; berilah rakyat peluang menikmatinya sekarang ini, janganlah biarkan mereka kempunan sehinggalah mereka masuk kubur seperti diingatkan teman tabligh itu. Bahagiakan rakyat sekarang bukan cuba bahagiakan mereka selepas mereka dimamah tanah!

Wednesday, January 19, 2011

Ke mana menghilang ‘bas London’ Melaka?

Posted on 19th JAN 2010
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Iktibar madah sebuah tengkorak

Diriwayatkan Nabi Isa a.s. bertemu sebuah tengkorak dan disentuhnya dengan kakinya seraya berkata: "Berkatalah engkau dengan izin Allah." Tengkorak itu berkata: "Wahai Rasul Allah, aku adalah raja pada zaman anu dan di negeri anu. Suatu hari aku duduk di istanaku di atas singgahsanaku, di sekitarku bala tenteraku, juga pelayan-pelayanku di atas tempat tidur. Tiba-tiba aku melihat malaikat maut hingga anggota badanku sama terlepas oleh gementarnya aku dan nyawaku melayang." - Petikan majalah Hidayah Januari 2011
***

HUTANG kerajaan negeri Melaka meningkat RM587.3 juta pada 2009 berbanding RM441.76 juta pada 2008, tetapi pemimpinnya terus boros berbelanja termasuk menjalankan projek pembangunan yang diragui keberkesanannya atau memberi manfaat kepada rakyat kebanyakan.

Pelbagai projek mega dijayakan dengan membuat pinjaman kepada kerajaan Pusat tetapi sebahagian daripadanya tidak berdaya maju sehingga terpaksa menanggung kerugian berjuta-juta ringgit.

Antara projek yang gagal, tersadai atau cuba dimajukan semula adalah Pulau Melaka, roda gergasi Eye On Malaysia dan Litar Go-Kart di Ayer Keroh.

Sekalipun rakyat Melaka khasnya dan seluruh Malaysia amnya digembar-gemburkan dengan kejayaan negeri ini dari segi fizikal termasuk perisytiharan sendiri sebagai negeri berstatus maju pada 2010, prasarana untuk rakyat awam tidak banyak berubah.

Misalnya, jika dikaji dari segi pengangkutan awam, keadaan bas berhenti-henti yang menjalankan operasi dari pusat bandar (Melaka Sentral) hampir semuanya adalah buruk-buruk belaka.

Jika seseorang berada di Melaka Sentral, jenguklah di bahagian yang menempatkan bas tempatan. Akan terlihatlah puluhan bas lama, berdedu dan keadaan ini berbeza dengan seksyen bas ekspres yang kebanyakan bas di situ adalah baru-baru belaka termasuklah jenis dua tingkat.

Selain pelbagai syarikat persendirian yang mengendalikan bas tempatan (berhenti henti) itu, ada sebuah syarikat kerajaan negeri (PM Culture and Tour, PMCT) tutut terbabit dengan menawarkan perkhidmatan bas Panorama di sekitar bandar raya Melaka.

Baru-baru ini kerajaan Melaka membeli 10 buah bas baru bagi menggantikan bas sedia ada. Sebuah bas yang ditempah khas dari China itu membabitkan harga RM235,000.

Apabila dikatakan bagi MENGGANTIKAN bas sedia ada, apakah bermakna sejumlah bas termasuk bas dua tingkat berwarna merah yang didatangkan khas dari London sudah dinyahkan. Patutlah sejak setahun ini, penulis tidak pernah lagi melihat bas London ini bergerak di jalan raya Melaka.

Tiga tahun lalu, bas London ini menjadi kebanggaan hampir kebanyakan pemimpin dan rakyat Melaka. Hakikatnya dua bas London ini sudah uzur (buatan 1981) dibeli dengan status bas terpakai daripada London Bus Export dengan harga RM200,000 setiap satu.

Adalah amat malang bagi rakyat Melaka jika wang pembelian dua bas ini sebanyak RM500,000 (termasuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan seperti pemasangan alat penghawa dingin berharga RM56,000) lebur dalam masa beberapa tahun saja.

Membeli bas buruk adalah kerja sia-sia, tetapi tentunya ada pihak ketawa berdekah-dekah kerana dapat menjual besi buruk dengan harga sebegitu tinggi, demikian juga mungkinkah ada pihak kenyang dengan projek terlalu ke belakang ini (al-maklumlah bas bersejarah tentunya sesuai untuk negeri bersejarah).

Dulu pemimpin amat berbangga dapat membeli bas ini kononnya ia pernah menjelajah tempat-tempat menarik di kota London seperti Istana Buckingham, Tower Bridge, Madamme Tussaud's Museum, Westminster Abbey dan West End, tetapi kini apakah bas tua ini masih mempunyai kudrat menyelusuri Jalan Bandar Hilir bagi melewati tempat-tempat bersejarah seperti A’Famosa, bangunan Stadhuys dan binaan baru seperti Menara Taming Sari? Atau pun bas tua ini sudah sampai masa persaraannya, dibiarkan nazak bersama berkaratnya besi buruknya di sebuah gubuk yang tidak diketahui lokasinya.

Sungguh malang bas tua dua tingkat dari London ini, tetapi lebih malang lagi rakyat Melaka yang pemimpinnya boleh menghabiskan wang RM500,000 begitu saja!
Hal ini tidak menghairankan kerana laporan Ketua Audit Negara 2009 membuktikan terlalu banyak pembaziran membabitkan kerajaan negeri termasuk di Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) sendiri.

Antara JKMM telah membelanjakan sejumlah RM2.47 juta bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009 untuk perolehan 17 buah kenderaan baru. Laporan itu menyatakan keseluruhannya pengurusan kenderaan JKMM adalah tidak memuaskan kerana terdapat kelemahan yang telah mengakibatkan kerugian kepada kerajaan negeri dan pembaziran wang awam.

Demikianlah terlalu banyak berlaku pembaziran dan pemborosan oleh pemimpin negeri. ‘Kehilangan’ bas tua London daripada pandangan mata umum adalah bukti jelas pemimpin pandai bermain silap mata, jadi apakah rakyat mahu terus memilih orang jenis ini (sudah tua pun) sebagai pemimpin mereka pada masa depan?

Monday, January 17, 2011

Ramai tak hantar anak ke sekolah agama rakyat

Posted on 21st JAN 2010
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Barangsiapa sembahyang isyak berjemaah, seolah-olah dia telah sembahyang seperdua malam dan barangsiapa sembahyang subuh berjemaah, seolah-olah dia telah sembahyang malam itu seluruhnya." (Riwayat Sahih Muslim)
***

KETIKA sesi pendaftaran seorang anak ke sekolah agama rakyat (sekolah petang) baru-baru ini, saya berkesempatan berbual-bual dengan guru kelasnya. Ustazah itu memberitahu saya satu hal memeranjatkan – lebih kurang 50 peratus saja anak-anak di sekolah kebangsaan (sebelah pagi) belajar di sekolah agama.

Akibat kekurangan murid, bagi satu-satu darjah (tahun) hanya dibuka dua kelas dengan jumlah pelajar kurang 50 orang. Ini adalah separuh daripada kira-kira 100 murid bagi satu-satu darjah di sekolah kebangsaan.

Saya yang mendengar hal itu terlopong mulut, selama ini mati-matian saya ingatkan adalah wajib bagi murid sekolah kebangsaan, menghadiri sekolah agama rakyat. Rupa-rupanya tidak, yang wajib hanya menghantar anak ke sekolah rendah, bagi sekolah agama rakyat tiada undang-undang mewajibkannya.

Ustazah berkenaan memberitahu saya ada pelbagai alasan ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke sekolah agama. Kena bayar yuranlah, lebih banyak belanjalah kerana anak dihantar ke sekolah dua kali dalam sehari dan ada yang memberitahu tak ada orang hendak menguruskan anak-anaklah. Demikianlah betapa banyak alasan diberi.

Berkenaan hal tidak wajib menghantar anak-anak ke sekolah agama ini barulah saya tahu pada hari berkenaan tetapi hal budak-budak tidak pergi sekolah agama dengan ibu bapa masing-masing tidak ambil peduli sudah lama saya tahu dan saksikan. Malah ada ibu bapa yang seakan-akan mengalakkan anak-anak mereka tidak ke sekolah agama.

Dulu, saya perhatikan seorang budak Tahun Enam tidak pergi ke sekolah. Semasa budak-budak lain pergi sekolah, dia bermain-main dengan rakan sebaya. Bapanya yang ditanya mengapa si anak tidak ke sekolah agama, berkata; “dia penatlah kerana sedang bersiap sedia menghadapi UPSR!” Aaiii, takkan nak ambil periksa awam sehingga tak boleh pergi sekolah agama!

Ustazah itu memberitahu saya, anak-anak yang tidak dihantar ke sekolah agama akan menghadapi banyak masalah. Mereka akan lemah pengetahuan agama, lemah Jawi dan terlepas peluang amalan praktikal seperti sembahyang berjemaah. Memang betul di sekolah kebangsaan ada subjek pengetahuan Islam termasuk bab solat tetapi itu tidak memadai.

“Saya cukup hairanlah, daripada membiarkan anak-anak bermain tak tentu hala pada waktu petang, lebih baiklah mereka dihantar ke sekolah agama. Dalam keadaan masyarakat sekarang ini tunggang langgang, masih ramai ibu bapa tidak pedulikan pendidikan agama anak-anak mereka,” keluhnya.

Selain gagal menguasai ilmu agama, anak-anak yang tidak mengikuti sekolah agama rakyat juga akan bermasalah apabila mahu menyambung pelajaran pada peringkat sekolah menengah.

Ini kerana sesetengah sekolah berasrama penuh seperti sekolah integrasi mengambil kira pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam sekolah agama selain mendapat 5A dalam UPSR. Sekolah seperti ini mewajibkan pelajar mengambil subjek Bahasa Arab dan Pengajian Islam Tinggi.

Selain soal pelajaran anak-anak, ibu bapa perlu peka kehidupan sosial mereka. Kini gejala dalam masyarakat begitu teruk, apakah ibu bapa tidak sedar-sedar lagi akan kepentingan ilmu agama kepada anak-anak

Adakah mahu sedar selepas anak masuk ke Sekolah Harapan? Itu pun dikira baik lagi kerana masih ada peluang untuk bertaubat tetapi janganlah selepas mulut dipenuhi tanah dalam kubur baru menyesal kerana itu tidak berguna sama sekali!

Ramai tak hantar anak ke sekolah agama rakyat

Posted on 21st JAN 2010
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Barangsiapa sembahyang isyak berjemaah, seolah-olah dia telah sembahyang seperdua malam dan barangsiapa sembahyang subuh berjemaah, seolah-olah dia telah sembahyang malam itu seluruhnya." (Riwayat Sahih Muslim)
***

KETIKA sesi pendaftaran seorang anak ke sekolah agama rakyat (sekolah petang) baru-baru ini, saya berkesempatan berbual-bual dengan guru kelasnya. Ustazah itu memberitahu saya satu hal memeranjatkan – lebih kurang 50 peratus saja anak-anak di sekolah kebangsaan (sebelah pagi) belajar di sekolah agama.

Akibat kekurangan murid, bagi satu-satu darjah (tahun) hanya dibuka dua kelas dengan jumlah pelajar kurang 50 orang. Ini adalah separuh daripada kira-kira 100 murid bagi satu-satu darjah di sekolah kebangsaan.

Saya yang mendengar hal itu terlopong mulut, selama ini mati-matian saya ingatkan adalah wajib bagi murid sekolah kebangsaan, menghadiri sekolah agama rakyat. Rupa-rupanya tidak, yang wajib hanya menghantar anak ke sekolah rendah, bagi sekolah agama rakyat tiada undang-undang mewajibkannya.

Ustazah berkenaan memberitahu saya ada pelbagai alasan ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke sekolah agama. Kena bayar yuranlah, lebih banyak belanjalah kerana anak dihantar ke sekolah dua kali dalam sehari dan ada yang memberitahu tak ada orang hendak menguruskan anak-anaklah. Demikianlah betapa banyak alasan diberi.

Berkenaan hal tidak wajib menghantar anak-anak ke sekolah agama ini barulah saya tahu pada hari berkenaan tetapi hal budak-budak tidak pergi sekolah agama dengan ibu bapa masing-masing tidak ambil peduli sudah lama saya tahu dan saksikan. Malah ada ibu bapa yang seakan-akan mengalakkan anak-anak mereka tidak ke sekolah agama.

Dulu, saya perhatikan seorang budak Tahun Enam tidak pergi ke sekolah. Semasa budak-budak lain pergi sekolah, dia bermain-main dengan rakan sebaya. Bapanya yang ditanya mengapa si anak tidak ke sekolah agama, berkata; “dia penatlah kerana sedang bersiap sedia menghadapi UPSR!” Aaiii, takkan nak ambil periksa awam sehingga tak boleh pergi sekolah agama!

Ustazah itu memberitahu saya, anak-anak yang tidak dihantar ke sekolah agama akan menghadapi banyak masalah. Mereka akan lemah pengetahuan agama, lemah Jawi dan terlepas peluang amalan praktikal seperti sembahyang berjemaah. Memang betul di sekolah kebangsaan ada subjek pengetahuan Islam termasuk bab solat tetapi itu tidak memadai.

“Saya cukup hairanlah, daripada membiarkan anak-anak bermain tak tentu hala pada waktu petang, lebih baiklah mereka dihantar ke sekolah agama. Dalam keadaan masyarakat sekarang ini tunggang langgang, masih ramai ibu bapa tidak pedulikan pendidikan agama anak-anak mereka,” keluhnya.

Selain gagal menguasai ilmu agama, anak-anak yang tidak mengikuti sekolah agama rakyat juga akan bermasalah apabila mahu menyambung pelajaran pada peringkat sekolah menengah.

Ini kerana sesetengah sekolah berasrama penuh seperti sekolah integrasi mengambil kira pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam sekolah agama selain mendapat 5A dalam UPSR. Sekolah seperti ini mewajibkan pelajar mengambil subjek Bahasa Arab dan Pengajian Islam Tinggi.

Selain soal pelajaran anak-anak, ibu bapa perlu peka kehidupan sosial mereka. Kini gejala dalam masyarakat begitu teruk, apakah ibu bapa tidak sedar-sedar lagi akan kepentingan ilmu agama kepada anak-anak

Adakah mahu sedar selepas anak masuk ke Sekolah Harapan? Itu pun dikira baik lagi kerana masih ada peluang untuk bertaubat tetapi janganlah selepas mulut dipenuhi tanah dalam kubur baru menyesal kerana itu tidak berguna sama sekali!

Siapa bertanggungjawab lemahkan kuasa raja-raja Melayu?

Posted on 18th JAN 2010
***
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Ya, Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat di atas pundak kami, sebagaimana Engkau pikulkan di atas pundak orang-orang yang sebelum kami." (Surah Ali Imran ayat 286)
***

Ketika tercetus isu pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato’ Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (KSU) negeri Selangor, kita difahamkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor bagi memulihkan kuasa Sultan sebelum Pindaan Undang-Undang Perlembagaan 1993 yang diusahakan pemimpin kerajaan khasnya daripada Umno.

Dengan melakukan pindaan itu, adalah diharapkan perkenan Sultan diperlukan dalam pelantikan setiausaha kerajaan, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri.

Jika Menteri Besar Selangor daripada Pakatan Rakyat berusaha mengembalikan sedikit sebanyak peranan Sultan, pemimpin Umno-BN berperanan besar dalam menghakis kuasa raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan 1993 namun kini mereka bercakap berdegar-degar, seolah-olah merekalah yang pembela dan paling taat setia kepada institusi raja.

Sebenarnya, tindakan pemimpin Umno-BN itu mempunyai implikasi yang sangat dahsyat terhadap raja-raja Melayu sehinggakan mereka boleh disaman dan dibicarakan di mahkamah khas. Perkara ini pernah berlaku ketika krisis Perlembangaan negeri Perak sedikit masa dulu di mana Pengerusi DAP, Karpal Singh mempunyai hujah untuk menyaman Sultan Azlan Shah.

Sehubungan itu tidak wajar menyalahkan Karpal di atas kelantangannya sebaliknya salahkan pemimpin Umno-BN yang bertindak keterlaluan sehingga sanggup menghakis kuasa dan menyanggah kedudukan payung rakyat itu.

Dalam sistem kehakiman Malaysia, diwujudkan mahkamah-mahkamah khas bagi membicarakan kesalahan oleh pihak-pihak tertentu dan salah satunya adalah Mahkamah Khas Raja-Raja bagi membicarakan kes-kes kesalahan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan.

Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan di bawah Bahagian XV, Perlembagaan Persekutuan pada 29 Mac 1993 di mana mahkamah ini membicarakan kesalahan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong atau Sultan mana-mana negeri atas sifat peribadinya. Bidang kuasa mahkamah ini sama seperti Mahkamah Awam yang lain melalui Perlembagaan atau Undang-Undang Persekutuan dan pejabat pendaftarannya adalah di Kuala Lumpur.

Prosiding Mahkamah Khas Raja-Raja diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamat. Tindakan atau prosiding mahkamah ini hanya boleh dimulakan oleh Peguam Negara.

Bagi keanggotaan Mahkamah Khas Raja-Raja, Perkara 182, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keadilan mahkamah ini dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi, dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan/Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

Mahkamah Khas Raja-Raja ini mempunyai bidang kuasa membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh DYMM atau Sultan negeri-negeri di dalam Persekutuan. Mahkamah Khas memiliki bidang-bidang kuasa sama seperti mahkamah-mahkamah awam yang beribu pejabat di Kuala Lumpur manakala semua prosedur sivil dan jenayah di mahkamah-mahkamah awam boleh dilaksanakan di Mahkamah Khas Raja-Raja.

Akibat daripada adanya mahkmah khas ini, DYMM atau Sultan terpaksa turun takhta jika dipenjara sehari atau lebih.

Jika kita soroti sejarah, Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan di bawah Bahagian XV, Perlembagaan Persekutuan pada 29 Mac 1993. Persoalannya apa sebenarnya yang berlaku pada tahun ini? Hakikatnya pada tahun itu, Parlimen meluluskan Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Kekebalan Raja-Raja) yang turut disokong oleh pemimpin Umno-BN termasuklah Perdana Menteri sekarang ini Najib Razak (ketika itu masih menteri) dan ramai menteri dan ahli Parlimen BN yang masih berkhidmat sehingga hari ini.

Jadi berdasarkan hujah ini, sedarlah, pemimpin Umno-BN sebenarlah yang menghakis kuasa raja-raja Melayu, ironinya sekarang ini mereka mendabik dada kononnya merekalah pejuang kedaulatan institusi raja-raja Melayu.

Mengharapkan pelancongan Islamik di Langkawi

Posted on 17th JAN 2011
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Panjang umur, pendek akalnya

1. Ali r.a. berkata, "Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Akan datang kaum akhir zaman panjang umur tetapi sedikit akal. Mereka membicarakan tentang kebaikan hanya sebatas kerongkongan dan keluar daripada agama bagai panah meluncur dari busarnya'."

2. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pada malam diisrakkan ke langit aku melihat bibir para lelaki dipotong dengan gunting daripada neraka. Aku bertanya, 'Siapakah mereka wahai Jibril?' 'Mereka ialah alim ulama yang memerintahkan kebaikan kepada manusia tetapi melupakan dirinya sendiri'." (Petikan majalah HIDAYAH Jan 2011)
***

SELEPAS kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Pas menerajui Kedah berikutan kejayaannya pada pilihan raya umum 2008, dipercayai pihak berkenaan sudah memulakan daya usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap pengamalan ajaran Islam dalam kehidupan.

Tentunya dalam amalan membabitkan cara hidup pihak awam, cabarannya besar, namun ia perlu diteruskan kerana dakwah Islam tidak terlalu menekankan hasilnya tetapi kesungguhan dan istikamah sesuatu usaha itu. Sebagai contoh, dalam dakwahnya, Nabi Muhammad s.a.w. sudah berusaha keras mengislamkan Abu Talib tetapi sehingga akhir hayatnya bapa saudara dikasihinya itu tetap dalam kafir. Nabi boleh berdakwah, tetapi memberi hidayah adalah Allah SWT.

Sebagai pengunjung ke Langkawi pada musim cuti sekolah Disember lalu, penulis mempunyai beberapa cadangan bagi membantu memantapkan industri pelancongan pulau legenda Mahsuri ini ke arah menepati kehendak Islam agar dapat memberi kejayaan dunia dan akhirat kepada semua pihak termasuklah penduduk Langkawi sendiri. Kejayaan dunia dan akhirat inilah yang kita kehendaki sejajar dengan penghulu doa ‘Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar’ yang bermaksud “ya Allah berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkan kami daripada api neraka.”

Antara tempat penulis kunjungi adalah Pulau dan Tasik Dayang Bunting. Memang sungguh indah pulau dan tasik ini. Namun di pinggir tasik ini yang dijadikan tempat mandian, penulis dapati pelancong lelaki dan perempuan mandi di tempat (kawasan air dikepung) yang sama. Pemandangan adalah kurang mengenakkan; faham-fahamlah jika perempuan sudah bayah kuyup sekalipun berpakaian seluar dan kemeja-T berlengan panjang dan bertudung, maka terbonjollah sana sini.

Amat malang jika perempuan-lelaki bebas bersama dengan berpakaian begitu. Jika Dayang Bunting masih hidup, pasti dia terkedu melihat pencemaran itu. Oleh itu penulis mencadangkan agar pihak berkuasa membuat tempat mandian berasingan untuk lelaki dan wanita.

Penulis percaya hal ini tidak memerlukan pengubah-suaian dan kos yang banyak; memadailah di pasang pemidang dengan bilik persalinan berasingan lelaki-perempuan. Pasti kerajaan Pakatan Kedah yang diterajui Pas tidak menghadapi masalah mengeluarkan arahan ini. Apabila pengasingan ini dilakukan, suasana akan lebih sopan dan harmoni, Dayang Bunting pasti tersenyum melihatnya!

Di Pantai Cenang, penulis melihat beberapa Mat Salih berseluar katuk manakala Minah Salih menutup tubuh dengan secebis kain di dada dan kemaluan saja. Terseksa juga jiwa terpandangkan bonjolan dan lipatan pada daging mereka. Ya Allah, Kau ampunilah dosa hamba-Mu ini yang tersilap pandang di Pantai Cenang.

Seorang penduduk asal Langkawi yang penulis temui di Kampung Kelibang, Pak Lah Salleh berkata ada penduduk prihatin pernah memasang papan tanda di pantai-pantai Langkawi meminta pengunjung agar bersopan sedikit dalam berpakaian, tetapi kebanyakan papan-papan tanda itu ditumbangkan oleh pihak tertentu.

Kata Pak Lah, akhirnya penduduk setempat menjadi lali dengan pemandangan itu dan inilah antara perkara yang membimbangkan insan prihatin sepertinya kerana keadaan itu mengundang pelbagai masalah sosial kepada penduduk.

Beliau juga bimbang dengan penjualan minuman keras dalam tin oleh segelintir pekedai Melayu. “Disebabkan harga minuman dalam tin ini murah, dikhuatiri remaja dan anak muda Melayu turut membelinya bagi tujuan berseronok-seronok yang akhirnya menyebabkan bermacam-macam kejahatan lain,” katanya.

Pak Lah mendakwa tidak banyak perubahan berlaku berkaitan bab mendedahkan aurat secara keterlaluan dan penjualan minuman keras ini ketika Umno-BN memerintah Kedah dan sekarang ini apabila Pas-Pakatan berkuasa. Beliau berharap kerajaan sekarang dapat berusaha lebih keras membendung perkara kurang menyenangkan ini.

Berdasarkan pengamatan, penulis berpendapat masjid-masjid di Langkawi juga boleh dipertingkatkan peranan dalam memperhebatkan pelancongan Islamik di pulau legenda ini. Alangkah eloknya pakej-pakej pelancongan memasukkan kunjungan ke masjid-masjid sebagai atur acaranya sama seperti kemestian menziarahi Makam Mahsuri dan juga melawat pusat memproses minyak gamat.

Penulis percaya hal ini jarang dilakukan kerana didapati masjid-masjid kelihatan kurang bermaya ketika solat waktu termasuk pada siang hari. Jemaahnya tidak sampai satu saf; jadi alangkah eloknya jika rombongan pelancong dapat ditarbiyah melalui kunjungan ke masjid pada masa tertentu bagi menunaikan solat jamak dan qasar. Bagi yang bukan Islam pula, kunjungan ke masjid, akan dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap agama rasmi negara ini.

Kebanyakan pelancong ke Langkawi dari tanah besar Semenanjung menggunakan perkhidmatan feri sama ada di Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Penulis percaya dengan berkuasanya kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Pas di Kedah mampu mewujudkan suasana Islamik bagi penumpang feri di Kuala Kedah.

Alangkah eloknya jika sebelum feri memulakan perjalanan ada taklimat perjalanan oleh petugas, kemudian diikuti pembacaan doa menaiki kenderaan dan keselamatan agar dilindungi dan diberkati Allah SWT.

Namun apa yang penulis perhatikan pada perjalanan pergi dan balik pada bulan Disember 2010 itu, penumpang disajikan bunyi bising tayangan video filem ‘Jangan Pandang Belakang, Congkak’ yang ceritanya merapu yang penuh dengan unsur bertentangan dengan nilai agama.
Sesetengah pelancong mengharapkan perjalanan mereka menjadi ibadat lantas diganjari oleh Allah SWT tetapi apabila berada dalam suasana begitu, dikhuatiri mereka berada dalam kemurkaan Yang Maha Berkuasa sedangkan Dia boleh menghukumkan dengan menenggelamkan feri pada bila-bila masa saja.

Demikianlah, penulis memohon pengharapan agar kerajaan PAS Kedah dapat berusaha bagi membuka jalan bagi industri pelancongan Islamik di negeri itu, khasnya di Langkawi. Alangkah bagusnya, jika bersuka ria dalam melancong pun kita dapat, ganjaran istimewa daripada Allah SWT pun kita dapat sejajar dengan doa ‘Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar’.

Friday, January 14, 2011

TBS: Why must the ‘poor rakyat’ be sacrificed?

***
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
It (the Qur'an) is a Book We have sent down to you, full of blessings, so let people of intelelligence ponder its Signs and take heed. (Qur'an, 38:29)
***

COME 1st January 2011 I was very excited. It was not because of the beginning of the new year but from that day my daily travel using public transport would be ‘upgraded’ – express buses from the South heading for the federal capital would have a new ‘home’ in the city – the hi-tech transportation hub (Southern Integrated Terminal or in Malay ‘Terminal Bersepadu Selatan’, TBS) at Bandar Tasik Selatan, a few kilometres south of the heart of Kuala Lumpur.

Prior to this, buses from the south were operating at a temporary bus terminal at Bukit Jalil. For about nine months since the closure of ‘Hentian’ Puduraya (bus terminal) for repairs and upgrading works, travellers like me had a hard time catching our buses at several improvised lanes of a stadium car park; which the authority unashamedly named Platform 1 and so on. Mind you, the temporary bus terminal only ‘houses’ tents for ticket counter booths and stalls and waiting areas, so passengers were subjected to rain and sun when they alighted or boarded their buses.

The first of January was on Saturday; I did not go to work on that day since it was my off day. Sunday is also my off day; I only went to work on Monday, the 3rd of January. In Melaka Sentral that morning before departing to Kuala Lumpur, I asked ‘my’ express bus driver regarding the latest development pertaining to TBS; whether his bus would head for the new station or still use the old Bukit Jalil Station.

The bus driver said his company's fleet of buses would still be using the old station; I was relieved because from Bukit Jalil it would be easy for me to catch the light rail transit (LTR) straight to my office in Titiwangsa. Even though the new terminal at Bandar Tasik Selatan (TBS) also houses three train service operators namely Express Rail Link (ERL), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) and RapidKL which its commuter train I use daily, the unfamiliar surroundings might take time for me to be accustomed with, thus I am afraid I would be late for work.

The bus driver gave four reasons why his company refused to move to the hi-tech hub. Firstly, the terminal management company, TMAS, would charge RM1 per bus passenger entering the hub; secondly with the introduction of centralized ticketing operations run by TMAS, express bus counters would cease operations, jeopardizing the future of their ticketing staff; thirdly charges of express buses entering and using the facilities are too high, RM50 per bus as compared to RM15 at Bukit Jalil and lastly they were given short time notice to move to TBS.

The bus driver said his company pitied passengers as they had to pay more and to avoid this, for the time being, his company would not bulge from Bukit Jalil until further notice. But it was reported Commercial Vehicles Licensing Board (CVLB) director Halimah Sadique had given a stern warning to express bus operators that the authority would revoke their licenses if they refused to move in by 15th January.

When the ITT was opened on 1st January, Halimah was furious when she visited the area because only a few bus companies were operating from there; promoting her to say: “I had expected all of them (bus operators) to move in by today (Jan 1). Do you know the rakyat are miserable at Bukit Jalil?”

Yes Madam Halimah, the rakyat or to be exact public transport users are not only miserable at Bukit Jalil but through out the whole country since long, long time ago. As for me who was born in Malacca in 1962 and then had an early education there but moved on to study and work in Kuala Lumpur in the 1980s until now, among the icons of my life was the Malacca bus station, the express buses, Hentian Puduraya and in recent years the LRT.

Hentian Puduraya signifies the sad story of the rakyat. The dirty, crowded, chocked and other negative sides of the station which was built some 40 years and throughout those long years, the ‘poor rakyat’ had to suffer in silence. Prime Minister, Najib Razak made a visit sometimesin 2008; only then the authority decided to have a massive upgrading leading to a temporary closure for the station in early 2010.

As an alternative, a temporary bus station was set up in a car park in Bukit Jalil and would be operating until works at Puduraya completed and the TBS in Bandar Tasik Selantan began operation. The refurbished works at Puduraya failed to materialise in September as scheduled and still on going with the authority concerned giving assurance that it would be ready on 2nd February 2011, the same date the Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry had issued a directive that the TBS should start operations.

Halimah of CVB had directed bus operators to shift to TBS by Jan 1 but the ministry headed by Raja Nong Chik Zainal Abidin has other ideas, so why must the poor rakyat suffer from this undesirable situation?

Bukit Jalil is miserable; the situations worsen during rainy seasons. Once when I was rushing to catch a bus at about 8.40pm, I stepped on a muddy pool and one rainy night I had to run in the open from the LRT Bukit Jalil station to a Transnasional bus company tent situated at the furthest end, my clothes all wet. And I shivered in the bus on the two hours journey back to Malacca. So you were right, Madam Halimah saying that the rakyat are miserable in Bukit Jalil!

But please, don’t make the rakyat more miserable by forcing them to use the TBS as soon as possible; subjecting them to more inconvenient situations as many main issues pertaining to the station have not been resolved. As for passengers, I was told they had to pay more for their tickets, bus companies had to dig deeper in their pockets, many workers would be out of job and stallholders at Bukit Jalil and local small time traders in Bandar Tasik Selatan would be unable to move in the hi-tech terminal as the rent is ‘unbelievable’ to many of them.

Yes, the country is moving to become a high income nation as desired by our top leaders, but the big question is who benefits most from this policy? Those in power could build great buildings and hi-tech infrastructure such as the TBS to promote businesses thus enabling a few to earn millions or billions of ringgit but what about the majority of the rakyat? Why ‘pinch’ money from the ‘rakyat’? They remain poor and now with this type of development; they had to spend more on their hard earned little money!

*** Note

The bus company I used to travel daily finally gave in and moved into TBS on Thursday, 6th January. On that morning (about 9.30am), about 20 passengers of the said express bus company including myself made history, stepping on the gleaming floors of the magnificent six storey building.

Before entering the compound of TBS, our bus was screened before making way to the arrival area (bay). Then we were ushered to an escalator (a sensor-driven one) to Level 3 where various facilities to passengers such as centralized ticketing counter, e-ticketing kiosk, information counter, ‘surau’ and most important to me a pedestrian bridge connecting to train station catering to the ERL,KTMB and RapidKL lines.

My rating on the station; it is a three star, so congratulations to those concerned but please do no not burdened the ordinary rakyat with unnecessary charges or exorbitant prices of goods and services available at the station. And why must the TBS brochure in English only? I failed to find any in bahasa Malaysia!

Regarding prospect of businesses at the new station, a female assistant at a stall in the bus station in Bukit Jalil had this say when I told her that the new station at Bandar Tasik Selatan is ready: “Pak cik saja pindah, kita orang tak mampu” (Uncle, you alone move to the new station, we can't afford it) because she was told the rent for a shop lot there would be thousands of ringgit per month!

Thursday, January 13, 2011

Abdullah bagaikan Gorbachev?

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepada-Nya, dan mereka pula bertasbih bagi-Nya, dan kepada-Nya-lah jua mereka sujud." (Al-'A'raaf Ayat 206)
***

PADA sebuah majlis ilmu yang penulis hadiri baru-baru ini, penceramah menyatakan Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah bagaikan pemimpin terakhir Soviet Union, Mikhail Gorbachev yang membuka laluan kepada berakhirnya empayar terbesar dunia itu.

Gorbachev memulakan program pembaharuan perestroika dan glasnost manakala Abdullah juga melaksanakan pembaharuan di peringkat bawahan (rakyat) dengan salah satu slogan terkenalnya ‘bekerja bersama saya bukan bekerja untuk saya’. Abdullah juga terbabit dalam usaha penambahbaikan pasukan polis dan pencegahan rasuah dan sama seperti Gorbachev yang kehilangan kuasa, beliau juga turut disingkirkan oleh juak-juak yang tidak sabar berkuasa.

Akibat kebangkitan rakyat, empayar Soviet Union akhirnya terlerai kepada 15 republik merdeka pada 1991 dengan Russia mendakwa sebagai pewaris. Boris Yeltsin dengan cepat menonjolkan dirinya sebagai wira rakyat sekali gus berjaya menabalkan dirinya sebagai Presiden Russia yang pertama.

Dalam kes Abdullah pula, selepas diasak kuat oleh tokoh dan orang dalam partinya sendiri, beliau menyerahkan jawatan walaupun hakikatnya beliau menang pada pilihan raya umum ke-12 pada 11 Mac 2008. Tetapi prestasi kurang memberangsangkan Umno-BN pada pilihan raya itu selepas berlaku kebangkitan rakyat yang menyaksikan lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, menyebabkan Abdullah terlalu tertekan, lantas menyerahkan kuasa.

Gorbachev yang masih hidup (sekalipun isterinya Irina mati beberapa tahun selepas kehancuran Soviet Union) dapat menyaksikan detik-detik pedih kehancuran negaranya, tetapi bagaimanakah nasib Abdullah agaknya? Masih sempatkah beliau menyaksikan kehancuran partinya, seterusnya gabungan perikatan Barisan Nasional dan akhirnya tertawannya Putrajaya di tangan pesaingnya?

Walau apapun dihadapinya, syabas diucapkan kepada Abdullah kerana beliau telah merintis jalan kepada kebangkitan rakyat. Kebangkitan rakyat ini bagaikan tidak dapat dibendung dan buktinya Pakatan Rakyat menang pada setiap kali pilihan raya kecil sehinggalah mereka digagalkan di Bagan Pinang oleh calon bernama Isa Samad yang kini dilantik sebagai peneraju Felda. Isa adalah liabiliti kepada Umno-BN kerana kes politik wang (rasuah)nya, sekali gus memudahkan Pakatan dalam usahanya ke Putrajaya.

Apabila Gorbachev tersingkir, Yeltsin cepat-cepat mengambil alih kuasa. Pengganti Abdullah, Dato’ Seri Najib Razak pun begitu, demikian juga Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak sabar-sabar untuk ke jawatan nombor dua. Namun kedua-duanya tidak dapat membendung kebangkitan rakyat yang sebenarnya sudah bosan berada dalam cengkaman Umno-Perikatan (BN) sejak lebih setengah kurun lampau.

Namun kebosanan rakyat itu sebelum pilihan raya 2008, tidak dapat disalurkan kepada perikatan parti atau pihak yang dapat menyaingi Umno-Barisan Nasional. Ini kerana parti-parti saingan Umno-BN yang berjuang sendirian, jelas kelihatan tidak boleh digantungkan pengharapan.

Pakatan Rakyat hanya terbentuk selepas pilihan raya itu yang membabitkan kerjasama longgar PAS, PKR dan DAP. Namun selepas dilambung dan diuji badai dan samudera, pakatan itu kian mantap dan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua yang berlangsung di Pulau Pinang pada 18 Disember lalu membuktikan komitmen ini.

Apabila PAS dan DAP ternyata dapat bekerjasama dengan Singa DAP, Karpal Singh, menyatakan beliau bersedia mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan dan PAS sebagai rakan sekutunya; ternyata kedudukan Umno-BN seperti telur di hujung tanduk, bagaikan empayar Soviet Union di ambang kehancuran.

Persefahaman PAS-DAP inilah yang paling ditakuti oleh pemimpin Umno-BN. Ini terbukti dengan tindakan mereka termasuk media massa memperbesar-besaran pergeseran kedua-dua parti termasuklah kerap mengulang-ulang kenyataan lama Karpal Singh – “langkah mayatnya dulu.”

Selain menyerang hubungan PAS-DAP, mereka juga menghabiskan banyak masa untuk menghancurkan PKR dan pemimpinnya Anwar Ibrahim. Ternyata mereka gagal, PKR kini dalam landasan pemulihan dan pembersihan selepas pemilihan parti manakala Anwar terus disepakati sebagai peneraju yang berupaya memperhebat gabungan ketiga-tiga parti – PAS, PKR dan DAP.

Jika Gorbachev yang menerajui empayar paling hebat gagal menahan tumbangnya kuasa beliau di Kremlin, mampukah Najib dan sekutunya mempertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan Pakatan.

Sewajarnyalah Najib dan rakan-rakannya belajar daripada Gorbachev dan Abdullah yang berundur secara baik bagi membolehkan peralihan kuasa berjalan secara aman dan lancar.

Jika Gorbachev dapat menerima kejatuhan itu dengan hati terbuka, lantas banyak menghabiskan masa tuanya di Amerika dan negara Barat lain (termasuklah ketika pemergian si isteri tersayang), tidak usahlah Najib menyebut-nyebut pasal bermandian darah atau berpisah nyawa daripada badan bagi mempertahankan kerusi empuk dan mahligai bergemerlapan di Putrajaya.

Mungkin adalah lebih baik merancang pemergian jauh-jauh bersama isteri tersayang ke UK, USA, Australia, New Zealand atau mungkin ke negara pewaris Soviet Union, Russia yang ditinggalkan Gorbachev!

Wednesday, January 12, 2011

Kalaulah Misbun ada sikap seperti Ruqaya Al-Ghasara…

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu daripada seorang menjadi ramai. Daripada dirimu, Allah menciptakan isterimu dan daripada kedua-duanya, Allah membiakkan ramai lelaki dan perempuan. Bertakwalah kepada Allah dan dengan nama-Nya, kamu saling meminta antara satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu." (Surah an-Nisak, ayat 1)
***

KETIKA ini kisah peletakan jawatan Misbun Sidek sebagai jurulatih perseorangan pasukan badminton negara menghiasai bahagian belakang akhbar (seksyen sukan). Sejak di IPT lagi saya meminatinya dan selalu juga membicarakan keunikan Misbun.

Ketika Misbun hebat dengan pukulan pancung dan servis S-nya pada tahun awal 1980-an, pensyarah kami turut membincangkan hal ehwal pemuda dari Kanchong Darat, Banting ini. Antara persoalan mereka mengapa Misbun berlatih dengan berlari di bawah sinaran matahari terik ‘tengah hari buta’.

Ada yang menuduh Misbun ‘gila’ dan tak kurang juga mahu tahu rahsianya Bagi mereka luar biasa sungguh kelakukan pemenang pingat emas Sukan SEA 1981 ini. Malah Misbun berjaya memasuki pertandingan akhir All England pada 1986 di mana dia ditewaskan Morten Frost Hansen.

Ketika zaman kehebatannya, selalu saya impikan alangkah syahdunya jika Misbun Sidek dapat merintis jalan ahli sukan pertama mengenakan pakaian menutup aurat sepenuhnya.

Maksud saya, Misbun pakailah seluar trek panjang bagi menggantikan seluar katuk yang biasa dipakai ahli sukan lelaki. Ketika ada nama itulah, Misbun boleh buat tuntutan dan mengenakan syarat: “Kalau mahu saya main, benarkan saya pakai pakaian menutup aurat sepenuhnya sejajar dengan kehendak agama saya, Islam. Kalau tak, saya berhenti (letak jawatan).”

Mungkin pada awal 1980-an itu, Misbun masih muda; dia tidak terfikirkan hal itu. Tetapi sekarang sudah ada beberapa contoh yang membuktikan ahli sukan yang mengutamakan penampilan menutup aurat sepenuhnya sudah berjaya di peringkat antarabangsa.

Jadi kepada ahli-ahli sukan muda kita termasuk atlit wanita fikir-fikirlah perkara ini, seterusnya bertindaklah seperti pelarian pecut Bahrain, Ruqaya Al-Ghasara.

Kalau anda fikir anda ahli sukan yang hebat (termasuklah ahli sukan angkat berat wanita yang mendedahkan sebahagian buah dadanya) oleh itu terpaksa menayangkan aurat anda, Ruqaya lagi hebat, dia adalah juara acara 200 meter pada Sukan Asia di Doha pada 2008. Malah pada Sukan Olimpik di Beijing 2010, Ruqaya tetap istikamah berhijab.

Namun apa yang saya perhatikan ahli sukan kita gemar meniru pakaian atlit Barat yang hampir semuanya berlari, melompat dan berenang dalam keadaan hampir berbogel. Anda, sebagai jaguh kampung sudah berani lawan Allah SWT, apa agaknya akan anda lakukan jika anda sudah sekelas Ruqaya?

Insaflah, seorang atlit wanita Muslim yang masyhur pada tahun 1980-an dulu dengan kerap berseluar pendek, kini sudah bertudung litup. Anda bila lagi?

Jangan tunggu sehingga pencen, kerana lebih awal bertaubat lagi baik kerana ajal di tangan-Nya, minta-mintalah jangan ketika tengah asyik bersukan dengan seluar katuk, kita jalan, apa macam?

Didoakan semoga semua ahli sukan Muslim kita mempunyai rasa cinta mendalam kepada agama sebagaimana ditunjukkan Ruqaya Al-Ghasara!

Tuesday, January 11, 2011

PAS Melaka tidak wajar lagi fikir lahir anak sulung

Posted on 11st JAN 2011
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya dia mahu yang kedua dan sekiranya dia mempunyai dua lembah nescaya dia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat." (Riwayat Ahmad)
**

PILIHAN raya umum ke-13 semakin hampir, jadi sewajarlah parti-parti yang bertanding bersiap sedia. Namun masih ada saki baki masa untuk melakukan muhasabah diri dan pecutan terakhir. PAS Melaka yang belum memenangi sebuah kerusi pun sama ada di peringkat negeri dan Parlimen perlu tangkas bangkit, meyakinkan rakyat mereka berupaya menguasai kerajaan negeri sekali gus menghantar seorang Ketua Menteri baru daripada parti itu.

Ini kerana melalui pilihan raya umum lalu, PAS sudah berjaya menzahirkan kerusi di negeri-negeri Selatan yang tradisinya kubu kuat Umno iaitu Negeri Sembilan dan Johor tetapi di Melaka tetap sifar (0). Apabila hal ini berlaku, ada pemimpin dan penyokong masih dalam angan-agan untuk melahirkan anak sulung sama seperti pada pilihan raya sebelum ini, lantas usaha mereka setakat itu saja sedangkan jendela perlu dibuka seluas-luasnya.

PAS Melaka perlu perlu berusaha dan bekerja terangat keras bagi membuktikan kepada rakyat mereka mampu dan berhak merajui negeri ini, lantas menyakinkan rakyat terutama orang Melayu supaya memilih mereka. Jika ini tidak dilakukan dengan mereka masih dibuai angan-angan untuk melahirkan anak sulung, orang Melayu tidak akan ada keyakinan kepada mereka lantas PAS akan kecundang buat kesekian kalinya.

Kesempatan penulis berbual-bual dengan orang Melayu peringkat akar umbi termasuk daripada PAS sendiri menunjukkan bahawa mereka tidak bersedia dan tidak akan sesekali dapat menerima seorang tokoh daripada DAP (kemungkinan besar berbangsa Cina) menjadi Ketua Menteri negeri ini. Namun hal ini (kemungkinan seorang bukan Melayu menjadi Ketua Menteri) tidak dapat dielakkan jika gerak kerja PAS masih dalam angan-angan untuk melahirkan anak sulung.

Jumlah kerusi Dun Melaka adalah 28 buah. Ketika ini BN menguasai 23 daripadanya manakala DAP lima, manakala PAS dan PKR sifar (0). Daripada 28 kerusi, melalui pilihan raya 2008, DAP bertaruh 8 dan menang 5. PAS bertanding 13 kerusi tetapi kalah semua manakala PKR bertanding 7, juga kalah semua.

Seorang pemimpin PAS yang ditemui berkata, pada pilihan raya umum berikutnya, PAS dijangkakan bertanding di 13 kerusi, DAP 8 dan PKR 7 (sama seperti pilihan raya 2008). Berdasarkan ini, jika berlaku sedikit perubahan dengan sokongan kepada Pakatan Rakyat meningkat dengan diandaikan DAP menang di kesemua Dun (8), PAS mendapat 4 kerusi manakala PKR 3 kerusi, tentunya kerajaan negeri bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat, tetapi apa yang dibimbangi oleh rakyat peringkat akar umbi Melaka, DAP akan menerajui kerajaan negeri dan kemungkinan seorang bukan Melayu menjadi ketua menterinya.

Berdasarkan kegusaran rakyat peringkat akal umbi ini, ditambah dengan keghairahan sesetengah pemimpin PAS untuk hanya bercita-cita melahirkan anak sulung, tentunya ini tidak dapat meyakinkan rakyat terutama orang Melayu untuk mengundi PAS pada pilihan raya akan datang.

Apatahlah lagi kini berlaku gertakan sesetengah pemimpin Umno bahawa jika memberi sokongan kepada Umno-BN, terimalah padahnya nanti, kamu akan berketua-menterikan seorang bukan Melayu. Berdasarkan senario ini adalah amat penting bagi semua warga PAS, tidak kira pemimpin atau peringkat akar umbi bekerja tersangat keras di samping berdoa kepada Illahi agar dimenangkan PAS pada pilihan raya itu. Kerja keras itu bukan setakat untuk mendapat anak sulung, malah menang sekurang-kurangnya sembilan kerusi bagi membolehkan seorang ketua menteri Islam daripada PAS dilantik. Persoalannya, adakah gerak kerja sekarang adalah untuk menang sekurang-kurang sembilan kerusi atau tetap dengan nostalgia hendak melahirkan anak sulung?

Berdasarkan kehendak rakyat peringkat akar umbi, cita-cita melahirkan anak sulung sewajarnya sudah lama dikuburkan, kini PAS Negeri perlu memperhebatkan gerak saraf dan usaha bagi meyakinkan semua rakyat terutama orang Melayu bahawa ia benar-benar sudah bersedia untuk menggantikan Umno.

Ini sejajar dengan seminar ‘PAS sedia ganti Umno’ baru-baru ini yang pada majlis perasmiannya, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang antara lain menegaskan: “Kita kena memenangi undi orang Melayu yang bukan daripada kalangan kita, bukan ahli PAS. Pengundi Melayu tetap menjadi keutamaan untuk ‘dimenangi’ bagi memastikan Pakatan Rakyat memperolehi mandat bagi membentuk kerajaan baru.”

Persoalannya, sudah bersediakah orang Melayu Melaka memberi undi mereka kepada PAS? Pada pilihan raya umum Mac 2008, hanya ada satu dua kawasan saja PAS kalah kepada calon Umno (BN) dengan majoriti kecil (kurang 2,000) iaitu di N4 Lendu (majoritinya 1,633) apabila Iderris Kassim (BN) meraih 3,798 undi berbanding calon PAS, Mohd Amir Yaakub yang mendapat 2,165 undi dan di N9 Durian Tunggal (majoritinya 1,476) apabila Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman mendapat 2,841 undi manakala calon Umno-BN, Ab Wahab Ab Latip mendapat 4,713 undi.

Jika dilihat kepada komposisi kaum di kalangan pengundi di Dun ini (Lendu dan Durian Tunggal), kira-kira 72 dan 67 peratus masing-masing adalah Melayu; mungkinkah ini bermakna PAS mencatat peningkatan undi di kawasan yang sekalipun majoritinya Melayu tetapi mempunyai pengundi Cina dan India yang besar.

Di kawasan peratusan pengundi Melayunya sangat tinggi seperti di Tanjung Bidara (kira-kira 93 peratus), Ayer Limau (89 peratus), Serkam (87 peratus) dan Ayer Molek (84 peratus), undi yang diraih PAS tidak memberangsangkan. Di Tanjung Bidara PAS kalah dengan majoriti 3,304, di Ayer Limau 3,383 dan di Ayer Molek 2,279 undi. Apakah ini bermakna orang Melayu Melaka masih keberatan mengundi PAS?

Berlainan kegagalan PAS di kawasan majoriti pengundi Melayu yang sangat tinggi, di kawasan bercampur-campur misalnya di Parlimen Bukit Katil (P137), di mana pengundi Melayunya hanya kira-kira 51 peratus, calon PKR, Khalid Jaafar kalah dengan dengan majoriti kecil 1,758 undi. Malahan di Dun Bukit Baru dalam Parlimen yang sama di mana peratusan pengundi Melayunya hanya kira-kira 55 peratus, Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam menang dengan majoriti 2,708 undi. Beliau memperolehi 7,644 undi berbanding calon PAS, Bakrin Sidek yang mendapat 4,936 undi.

Pada pilihan raya 2008 itu, DAP menang lima kerusi iaitu di Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Bachang dan Ayer Keroh. DAP tewas di tiga Dun - Duyong (N21) kepada calon MCA-BN dengan majoriti hanya 806 undi, di Klebang (N14) dengan majoriti 1,303 dan di Bemban (N24) dengan 2,141 undi.

Semua kekalahan DAP ini, majoritinya kecil saja, pada pilihan raya umum ke-13, kemungkinan besar DAP menang kelapan-lapan kerusi ini. Jika DAP menang lapan, PAS perlu menang sembilan untuk menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di negeri bersejarah Melaka. Berdasarkan peningkatan undi PAS di kawasan yang pengundinya lebih bersifat bercampur-campur (peratus pengundi Melayunya 50-60 peratus), PAS diramalkan boleh mendapat sebuah dua kerusi di kawasan seperti ini tetapi apakah hal di kawasan peratusan Melayunya tersangat tinggi seperti di Tanjung Bidara, Ayer Limau dan Ayer Molek? Inilah yang PAS perlu fikirkan, bagaimana mahu menukar pengundi pekat Umno ini untuk menyokong dan mengundi PAS atau setidak-tidaknya terus menyokong Umno tetapi mengundi PAS.

Kalau pengundi pekat Umno ini terus ditakut-takutkan jika mengundi PAS, Ketua Menteri akan bertukar tangan kepada DAP dan kemungkinannya seorang Cina; PAS akan terus tenggelam, gagal mendapatkan undi orang Melayu.

Berdasarkan senario inilah PAS perlu bekerja dengan tersangat kuat bagi meyakinkan pengundi tidak kira Melayu, Cina atau India mengundinya untuk membentuk sebuah kerajaan negeri Pakatan Rakyat diterajuinya sendiri. Oleh itu keazaman dan usaha melahirkan anak sulung perlu ditukar kepada kerja tersangat keras bagi melahirkan anak sulung kembar sembilan.

Insya-Allah PAS boleh melakukannya dengan usaha yang tersangat kuat di samping berdoa kepada Allah SWT. Doa adalah senjata terkuat orang mukmim, insya-Allah PAS akan membuat perubahan paling hebat di Melaka, yang mantan Ketua Penerangannya, Dr Mujahid Yusuf Rawa pernah mengingatkan kira-kira sedekad lalu, Melayu Melaka insya-Allah akan berubah dalam tempoh 15 tahun. Kini masanya hampir tiba, 10 tahun sudah berlalu, Melaka akan berubah dalam tempoh lima tahun ini, lebih cepat lebih baik bagi kesejahteraan rakyat dunia dan akhirat.