Monday, November 17, 2014

Meriahnya Bandung dengan orang Malaysia...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan


"Wahai orang yang beriman, kenapa kamu memperkatakan barang yang tidak kamu amalkan." (Maksud ayat 2 Surah Al-Shaf)


PEMERGIAN saya ke Jakarta dan Bandung tempoh hari lalu adalah atas ajakan dan tajaan seseorang. Awalnya tidaklah saya ketahui tujuan ahli kumpulannya; setibanya di sana barulah saya ketahui bahawa mereka sebenarnya gila ber'shopping'. Mereka leka 'shopping' dan 'shopping' - kata orang putih, 'shop till you drop'.

Ya, mungkin itulah tujuan utama kumpulan demi kumpulan 'parivisata' (pelancong) Malaysia yang begitu ramai ke Bandung sama ada melalui melalui penerbangan terus ke Lapangan Terbang (Bandara) Husein Sastranegara di kota itu atau melalui lebuh raya sejauh 120 kilometer menghala ke timur selepas mendarat di Bandara Soekarno-Hatta di Jakarta.

Selepas tahu 'kegilaan' mereka ber'shopping', tidaklah saya kerap mengikuti rombongan itu kecualilah ketika mengunjungi Taman Visata Tangkuban Prahu. Ketika duduk-duduk di sebuah bangku bersama isteri betul-betul menghadap 'Kawah Ratu'  di kemuncak gunung berapi itu, seorang lelaki Sunda, penjual barangan cenderamata yang menggantung barangan jualan di tubuhnya, merapati kami (ahh, potong 'stim' pulak budak ni, fikir saya) dan 'membuka kisah sedih pribumi orang kebanyakan Indonesia' walaupun kami tidak membeli apa-apa daripadanya. Sungguh ramai penjual, mungkin menyamai jumlah pelancong!

"Ya, pak dan ibu, kami sangat suka sekali dengan orang Melayu-Malaysia. Orangnya berbudi bahasa, berlainan sekali dengan pelancong orang putih malah orang Asia lain yang bengis dan kasar menghalau kami yang mencari makan," katanya sedih ketika kami memfokuskan mata melihat dasar Kawah Ratu yang berasap-asap.

Dia terus bercerita dan bercerita - daripada mitos Tangkuban Prahu iaitu kisah Sangkuriang yang jatuh cinta dengan ibunya sendiri, Dayang Sumbi yang cantik jelita. Untuk menggagalkan 'cinta terlarang' itu Sangkuriang diminta membuat sebuah perahu besar; akhirnya Yang Maha Kuasa menelangkupkan perahu itu yang kononnya membentuk Gunung Tangkuban Prahu - kepada nasibnya sekarang.

"Presiden Indonesia sudah bertukar tangan, tapi nasib kami masih macam ini. Semua penjual (cenderamata) di sini bukan menjual barangan sendiri sebaliknya kami ambil daripada pihak tertentu. Kami hanya dibayar komisen saja atas setiap barangan terjual. Hanya penjual ada kartu ini saja boleh berjualan," katanya sambil menunjukkan kad nama lusuh yang tergantung di lehernya.

"Rakyat biasa Indonesia sangat susah," katanya. "Untuk dapat makan pun susah, apatah lagi mahu sekolahkan anak-anak." Lelaki Sunda itu mendakwa persekolahan di Indonesia adalah berbayar demikian juga kos rawatan perubatan yang begitu tinggi.

Namun penjaja itu menjelaskan etniknya bermaruah tinggi. Mengemis-ngemis tiada dalam kamus kehidupan orang Sunda yang dakwanya 100 peratus Muslim. Biar susah bagaimanapun, mereka akan keluar mencari rezeki. Dia sendiri berjalan berpuluh-puluh kilometer dari desanya ke Bandung dan Tangkuban Perahu demi mencari sesuap dua nasi.

Dia juga bercerita betapa ramai orang Sunda sudah ke Malaysia, mencari rezeki, Ditanya kenapa dia tak pergi; katanya kos pembiayaannya tersangat tinggi, dia tidak mampu membayarnya.

Ya, berdasarkan perbualan dengan lelaki Sunda itu tahulah saya 'betapa pentingnya sumbangan' orang Malaysia kepada perkembangan ekonomi di Bandung. Ya, ramai daripada pengunjung dari Malaysia 'bagaikan orang gila' menghamburkan jutaan rupiah mereka (selepas ditukar daripada ringgit) di premis jualan seperti kain, barangan kulit dan aneka barangan seperti di Pasar Baru Trade Centre.

Bagaimana saya tidak mengatakan orang Malaysia ramai di Bandung - di hotel saya berselisih bahu dengan orang Malaysia, demikian juga di tempat beli belah malah di puncak Gunung Tangkuban Prahu! Malah suatu pagi ketika bersarapan di hotel, saya berpeluang 'berceloteh' dengan seorang 'makcik' berusia lebih 70 tahun yang duduk di sebelah saya. Ya, Bandung dikunjungi beramai-ramai oleh orang Malaysia, tidak kira muda atau tua. Selain membeli belah, apa agaknya mereka buru di kota ini yang mereka turut membantu 'ekonominya' pak pengusaha hotel, pengusaha visata dan kedai-kedai?

Berdasarkan perkembangan ini, saya beritahu teman-teman baru Indonesia saya termasuk seorang 'dosen' (pensyarah) universiti, bahawa sebenarnya hubungan orang Indonesia-Malaysia adalah tersangat erat, mereka saling perlu memerlukan. Hal ini berlainan daripada 'kerja gampang' sesetengah pihak yang mahu mengeruhkan hubungan kedua-dua negara seperti 'projek ganyang' Malaysia.

Perihal hubungan baik Malaysia-Indonesia misalnya mahu terus dimantapkan oleh pihak berkuasa Malaysia seperti dilakukan Duta Besar Malaysia, Zaharin Mohamed Hashim (pembaca ingatlah balik siapa tokoh ini) yang menganjurkan Malaysia Day pada 25 Oktober lalu. Acara yang diadakan di Sekolah Islam Terpadu Fajar Hidayah, Kota Wisata, Cibubur, Jakarta itu, bertujuan antara lain mempererat persahabatan, kerja sama serta mempromosi nilai-nilai dan warisan kedua-dua negara. 

Ya, Malaysia-Indonesia adalah negara serumpun dengan rakyat kedua-dua negara saling memanfaatkan antara satu sama lain. Nama Bandung memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia mencipta masakan seperti mi atau sirap Bandung, tetapi maaflah pak, mi Bandung tiada di Bandung!

3 comments:

ibu madina said...

Pengakuan tulus dari saya IBU MADINA TKI kerja disingapura
saya mau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga,, serta penghargaan dan rasa kagum yang setinggi-tingginya kepada KI SAKTI,,saya sudah kerja sebagai TKI selama 5 tahun disingapura,,dengan gaji lebih kurang 3jt 500/bln,,tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari,,apalagi setiap bulan harus mengirim orangtua di jawa barat,,sudah lama saya mengetahui room om ini,,juga sudah lama mendengar nama besar KI SAKTI,,tapi saya termasuk orang yang tidak terlalu percaya dengan hal ghoib,,jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng yang mau menipu..tapi saya pikir tidak ada salahnya untuk mencoba minta angka ghoib KI SAKTI.
dan kemarin saya di beri 4d singapura yaitu 9942 ,,saya benar2 tidak percaya dan hampir pinsang,,angka yang di beri KI SAKTI ternyata tembus 100%,,awalnya saya coba2 menelpon,,saya bilang saya terlantar disingapura,,tidak ada ongkos pulang,,terus beliau bantu kasih angka 9942..mulanya saya tidak percaya,,mana mungkin angka ini keluar,,tapi dengan penuh pengharapan saya pasangi kali 175 lembar,,sisa gaji bulan JUNI ternyata meledak….!!!
dapat 500jt..sekali lagi terima kasih banyak AKI,,saya sudah kapok kerja jadi TKI,,rencana bulan INI mau pulang aja ke jawa barat,,buat AKI saya tidak akan lupa bantuan dan budi baik KI SAKTI
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi
KI SAKTI di nomor: {_082_338_188_733_}
demikian kisah nyata dari saya (( SUMPAH DEMI ALLAH.!!..INI BUKAN REKAYASAHH ))

BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL KI SAKTI
angka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: dubai
angka"GHOIB thailand

primera trans said...

Jom...jom...
Cuti cuti Bandung with family
And get our amazing tour package for 4 Days 3 Night..
▪ 4 pax price about 940K/94sgd/284RM

▪ 5 Pax Price about 870K/87sgd/264 RM

▪ 6 Pax price about 820K/82Sgd/246 RM

▪7 Pax price about 785K/78.5Sgd/238 RM
πŸ‘ πŸ‘“πŸ‘žπŸ‘ŸπŸ‘’πŸ‘—πŸ‘œπŸ‘’πŸ’°

Note : Package included
▪ Daily transport included driver, fuel, tol, parking, driver meals
▪ New car with 7 seater, full Aircon
▪ Daily mineral water
▪ Breakfast daily from hotel
▪ Daily tour (as costumer request)
▪ Hotel 3 star with 2 person inside
▪ Airport pickup and drop
▪ Tax and service
Hotel choice 🏀🏣🏒
▪ Tebu hotel ( riau street )
▪ Fave braga (inside shoping mall)
▪ Kembang hotel (cihampelas jeans street, cihampelas walk shoping mall )
▪ Citra dream hotel (walking distance to pasar baru)
▪ Dbest hotel pasar baru (with pool)

More detail you can contact us
Primera Trans Bandung
Whatsapp : +6285 318 49 0001
Gmail : primeratrans@gmail.com
Path : Primera trans
Facebook : Primera Trans Bandung

Happy holiday allπŸŽΆπŸŽ΅πŸ“πŸ“πŸŽ‰

primera trans said...

Greeting traveler

Jom cuti2 Bandung,
284 RM/ kepala
4 Hari 3 Malam
Murah tapi tak murahan..
harga budget service 5 star...
Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang πŸ˜‰

sudah masuk sekali
✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
✅ Tea maker dalam bilik
✅ Makan pagi
✅ Airport transfer
✅ Transport untuk tour 4 hari
✅ Supir yang ramah dan berpatutan
✅ Minyak
✅ Tol
✅ Parking
✅ Kereta with good aircon

Minat segera whatsapp admin yaa..
10 orang pertama dapat percuma :
✅ bags Louis vuiton
✅ free indonesian sim card 1 pack


whatsapp admin jangan lupa
+6285318490001
email : primeratrans@gmail.com
facebook : Primera Trans Bandung